/*-------- Begin Drop Down Menu -------*/ #menubar { background: #8E8E8E; width: 840px; color: #FFF; margin: 0px; padding: 0; position: relative; border-top:1px solid #B2FFFF; height:35px; } #menus { margin: 0; padding: 0; } #menus ul { float: left; list-style: none; margin: 0; padding: 0; } #menus li { list-style: none; margin: 0; padding: 0; border-left:1px solid #1A6680; border-right:1px solid #1A6680; height:35px; } #menus li a, #menus li a:link, #menus li a:visited { color: #FFF; display: block; font:normal 12px Arial, Tahoma, Helvetica, FreeSans, sans-serif; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; text-decoration: none; } #menus li a:hover, #menus li a:active { background: #130000; /* Menu hover */ color: #FFF; display: block; text-decoration: none; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; } #menus li { float: left; padding: 0; } #menus li ul { z-index: 9999; position: absolute; left: -999em; height: auto; width: 160px; margin: 0; padding: 0; } #menus li ul a { width: 140px; } #menus li ul ul { margin: -25px 0 0 160px; } #menus li:hover ul ul, #menus li:hover ul ul ul, #menus li.sfhover ul ul, #menus li.sfhover ul ul ul { left: -999em; } #menus li:hover ul, #menus li li:hover ul, #menus li li li:hover ul, #menus li.sfhover ul, #menus li li.sfhover ul, #menus li li li.sfhover ul { left: auto; } #menus li:hover, #menus li.sfhover { position: static; } #menus li li a, #menus li li a:link, #menus li li a:visited { background: #B3B3B3; /* drop down background color */ width: 120px; color: #FFF; display: block; font:normal 12px Arial, Tahoma, Helvetica, FreeSans, sans-serif; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; text-decoration: none; z-index:9999; border-bottom:1px solid #1A6680; } #menus li li a:hover, #menusli li a:active { background: #130000; /* Drop down hover */ color: #FFF; display: block; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; text-decoration: none; } /*-------- End Drop Down Menu -------*/

Thursday, December 6, 2012

Borak PTPTN



Ada hari tu sembang-sembang pasal PTPTN dgn mak aku...lebih kurang mcm ni (versi tganu yer..campur2 sket dgn standard vocal kot-kot korang tak paham...)


Me: Banyak nyer lah adik (my panggilan kat rumah) berhutang dgn PTPTN..doh nak bayar guana ni?
Umi: Berapa ribu??
Me: Ada kat 27k rasa..Dok igt doh...
Umi: Gini ah, apa kata umi tolong bayor..pah tu adik bayar ah ke umi bulan-bulan..blh jugak pahala we pitih ke umi..
Me: Apakata gini mi...Adik bayar paka pitih adik..pah tu umi bayor ah ke adik bulan-bulan..ke gane?
Umi: Layyang ke mung Sherri eh...nok dekko sokmo...


Khakhkahkhakhakhahahkhak...

Nak putar alam tak menjadi...


Thursday, November 22, 2012

Genap 30 tahun

Assalamualaikum...


 


Dapat message dari TM ni dalam jam 12.09 am sebentar td.. Dan dan tu jugak baru tersentap "eh besday aku!!!" Giler fokus berangan besday sendiri pun tak ingat.

Terima kasih TM sebab remindkan aku punya besday. Errmm dah tua aku yer..30 tahun sudee. Tapi perasan muda.. Payah!

Doaku semoga Allah kurniakan aku hati yang kuat lagi tabah untuk menghadapi dugaan dan ujian hidup mendatang. Sentiasa denganNya andai badai melanda.


Buat masa sekarang perkara paling aku gerun adalah Phd aku ni. Moga aku dapat menggenggam segulung ijazah Phd Ya Allah.. Permudahkanlah urusanku Ya Allah.. Aaminnn



Tuesday, November 20, 2012

Teguran (bukan pujian) slim



Assalamualaikum

Rata-rata sekarang, mana-mana aku pergi je..tak kira either at faculty, sedara mara dekat, sedara mara jauh, kawan kenal rapat, kawan kenal tak berapa nak rapat or even jiran sebelah rumah kiri dan kanan..PASTI dan sure akan tegur aku kurus sekarang.



Memang berat aku turun 3 kilo after and before operation dulu. Dulu 58kg. Now 55kg. Konpem orang akan tegur slim. Hasil amalan pantang tak berbelah-bagi selepas operate (tapi aku makan nasik 2 kali sari jugak, cuma way of cooking berbeza). Aku ni ideal body weight memang takat 55 kilo je. If tersasar turun bawah 55, konpem orang akan kutuk tak cukup makan. Kering kontang. Melampau sungguh.

Tapiiiii....

Dalam ramai-ramai yang tergur aku slim, ada jugak tiba-tiba yang tegur aku gemuk. Huh?? Aku rasa macam dah cukup kering dah aku sekarang. Ada juga yang kata aku gemuk. Tahu di mana dan siapa?

Of course la bila aku masuk spa or salon kecantikan. Aku tak tau la semada memang depa ikhlas tegur or hipokrit nak lariskan product. Tapi tak de la pulak depa duk promot mana-mana product kurus ke apa. 

Yang pasti aku tak kan terpedaya untuk kerat lemak kat pusat2 kecantikan ni. Kerat rambut tak apa. 

Sekian!!!



Saturday, November 17, 2012

Feeling muda...



Assalamualaikum


Semalam lepas habis lab aku and family terjah Alamanda. Tak ada tujuan pun. Saja-saja je wat hilang boring. Plus bawak mak and adik aku ni jalan-jalan. Mak aku ni tak pernah ke Alamanda. Selalunya if datang KL mesti pergi Sogo. Kejap kejap Sogo. Macam tak ade tempat lain. Paling tak pun SACC Mall Shah alam (sebab area rumah makcik aku). Biasa lah...warga Terengganu ni kalau datang KL suka norr masuk Sogo (warga agak berusia esp). Apa yang best pun aku tak tau daaa. 

Tapi lama pulak mak aku ni duk membelek-belek baju. Jenuh menunggu..aku and adik aku pun apa lagi. Phone kat tangan. Barang-barang display cantik je depan mata. Camwhore ler jawabnya.


 Adik aku la ni yang start. Awalnya sopan je kakak dia duduk menunggu. Tak ada gangguan. Aman. Skali minah ni datang. Try topi la, try spec mata la. Tergugat jugak iman kakak dia ni.


 Bila kakak dia join sekaki, tak ada nyer nak post beradap. Pendek kata bila depan camera memang tak ada adap. Gini lah jadinya..



 Dengan topi


 Dengan spec



 Feberet pic of the day (kiri). Feeling gaya artis tak sedar diri je. Tag harga pun 'cokeng' agi.


Ok..dah takat ni je gambar. Orang tengok aku duk posing aku wat bodoh je. Lantak la...


Ohh, sebenarnya aku nak story pasal baju yang aku pakai dalam pics2 di atas. Setiap kali aku pakai baju ni, ada ajer 2, 3 tangan yang datang membelek sentuh-sentuh baju aku ni. Tanya beli kat mana and belek2 cantuman baju aku ni. Nak kata cantik, rasanya tak pun. Biasa-biasa je. Nak kata mahal memang menyimpang ah. Korang rasa berapa rial aku beli baju ni? Aku beli masa pegi hatyai berbulan yang lepas. Selai adalah 100 bath. 100 bath itu adalah bersamaan dengan 10 hengget! Yer, 10 hengget sahaja baju aku ni yer kawan-kawan. Tengok pun dah tahu murah. 

Tapi yang membuatkan orang macam curious nak belek-belek baju aku ni maybe sebab nak tahu design bahgian atas dengan bawah baju murah aku ni bercantum ke tidak. Unik ke? Yer..memang tidak bercantum. Asing-asing. Asalnya aku just beli baju belang-belang kuning tu je. Tapi baju tu kan senteng nak mampus. Karangkan kalau aku sarung baju tu je, mau nampak lurah bontot bila aku duk tertonggeng. Tak pun, bila angkat tangan konpem nampak pusat berkarat. Tak pasal-pasal Britney Spears jeless.

So, haruslah mencari alternative lain. Bernasib baik terjumpa pulak sleeveless hitam time jalan-jalan tak tentu pasal kat Mines. Kat bahgian bawah baju ni plak bukan yang jenis normal stright cut je. Design berombak-ombak (ke ada term yang sesuai tuk design macam ni, sorry la moi tak ikut trend). So, memang perfect combination tuk baju hatyai murah aku tuh. Pakai yang sleeveless hitam kat dalam, then sarung baju murah kat luar. Bila pakai jadi lah seperti di atas.  

So far sejak kembali bergelar student ni memang aku suka sangat pakai baju-baju cenggini. Feeling-feeling muda gitu. Eh, bukan aku perasan tau. Tapi ramai betul yang ternganga bila aku bagi tau my real age. Ramai yang x cayer I am actually 30 years old. Ada yang ingat aku tipu. Ada yang agak umo aku 23. Giler muda ko. Agak-agak ah kalau nak ambik hati pun. (Eh, orang puji muda pun marah).

Aku rasa selain aku ni active tak bertempat. Suka terkinja-kinja. Factor lain maybe because of cara pemakaian aku. Yer la, dulu waktu aku keje konpem masuk opis pakai baju kurung. Kalau tak baju kurung pun office wear yang aku yakin membuatkan aku (kita?) more matured. Tak gitu? Tapi factor utama aku rasa sebab status aku as student. Aku tak tau ah kenapa. Tapi tittle student memang buat aku feels young. Seriously. Padahal tak sedar diri. Bukannya diploma student. Tapi aku rasa sapa-sapa yang bergelar student sedikit sebanyak akan merasai feeling ni. Cuma maybe aku terlebih feeling. Ramai kawan-kawan aku cakap cenggitu. But once aku masuk keje balik esok-esok confirm hari pertama bekerja terus rasa matured (tak sampai hati nak sebut tua). Ala, macam aku tak pernah rasa. Life aku ni kan memang lompat-lompat. Kejap student, kejap kerja..then student balik..pah tu kerja balik. Perbezaanya memang ketara.

Tak caya? Moh kita sambung belajar. Jadi student. Kihkih..But make sure Full time. Tak main la part time part time ni. The feeling is not there!

Sekian!



Friday, November 16, 2012

Pagi


Assalamualaikum

Now berada kat lab dan sedang menunggu temperature yang di atas turun mematuhi temperature yang di bawah (sila refer gambar). Kena sama. Bila dah sama barulah analysis den bisa dijalankan. Selagi tak sama selagi tu la den duk melangguk macam sekarang.

Apo kan dayo...

Ni pun nasib baik dapat run experiment sebab pegawai sains yang pegang alat ni tak cuti. Kalau cuti terpaksa la aku carik hari lain. Draggg masa lagi.. What to do, this is my journey of phd. Normal.

Tuesday, November 13, 2012

Buang daki bulan ni?


Assalamualaikum


Cuti! Yup cuti hari ni. Sungguh aku tak alert yang minggu ni banyak sungguh cuti. Selang-seli. Kemain lagi aku plan nak buat lab sepanjang minggu ni. Pergi booking alat/instrument dengan pegawai sains semalam dengan harapan dapatlah aku run sample aku minggu ni. Sekali ambik ko, baru tau ada 2 hari cuti minggu ni. Nasib baik staff yang handle instrument tu bagi tau aku. Kalau tak mesti aku confident je pegi fac hari ni. Sumpah aku tak tau today is depavali. Depavali tak alert tak apa lagi. Tak ada sangkut paut dengan aku pun. Tapi yang cuti awal muharam kamis ni aku tak alert jugak apa kes??? Sungguh tak senonoh.

Kalau cuti selang-seli, confirm2 la kan staff akan ambik cuti skali harung. Bila lagi nak bercuti best mcm ni kan. Tapi bila staff/pegawai sains tak ada, tak dapet la aku nak run sample. Pendek kata, hancur lagi harapan aku! Sadiss...

Okey, sebenarnya aku nak story pasal semalam. Lepas mak aku datang jemput aku kat fac semalam, we all heading to Az-Zahrah Women Wellness Centre, Bangi. Panjang sangat namanya aku panggil Az-Zahrah Spa je. Aku ni boleh dikatakan customer tetap diorang la. Memang aku suka datang spa ni Cuci rambut, rebonding, relaxing, facial semua aku hentam kat sini. Bagi aku Spa ni tak de la spa yang high class stock-stock mak datin keluar masuk tuh (maybe ada je mak datin datang sini, aku jer yang tak alert). For me spa ni sesuai la untuk golongan pertengahan (eh ke bawahan?) macam aku ni. Tapi itu tidak penting. Yang penting aku suka dengan 'air tangan' salah seorang staff kat sini. Dalam ramai-ramai staff kat sini, dia sorang memang feberet aku. Rebonding, facial, kerat rambut ke apa ke..hanya tangan dia yang buat aku puas hati. Kalau aku wat appointment  memang dengan dia je. Dengan orang lain aku tak nak. Kalau dia 'full' aku rela tunda ke hari lain. Kita nak masuk spa kan..wajiblah berpuas hati. Kan? Maybe jugak badan aku, kepala aku, rambut aku hanya 'in' dengan dia je. Sesuai la dengan nama minah ni pun In. (nama penuh aku tak tau). Lain orang lain citarasa kan. Maybe orang lain 'seteru' dengan tangan orang lain. So, tak payah la terpengaruh dengan aku. Bahahahha...


Errmm, sebenarnya aku ke spa kali ni bukan tuk aku. Walaupun aku mendapat offer yang sangat-sangat-sangat special for this month. Besday aku kan bulan ni. Memang berbaloi sungguh offer yang diorang bagi kat aku. Massage whole body 50% less. Gilerr ko. Harga asal RM150. So, agak-agak la separuh harga berapa kan. 70 hengget lebih je. Memang lumayan. Tak cukup dengan tu, dapat pulak scrub for whole body for FREEEEEEE...Dah la aku tak pernah nak sental daki-daki kat badan aku ni. Memang cantik punya peluang..


Tapi sayang...sayang..sayanggg...seribu kali sayanggg... *lap air mata*..Mak aku tak benarkan aku berurut lagi. Katanya baru sangat lagi aku operate. Jangan lagi. Tunggu dulu. Orang operate tak berurut. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Rugih!rugih rugih.. Anggap saja bukan rezeki aku. Baru hati tenang. Chewahhh...

Tapi walaupun aku tak dapat nak manjakan diri tuk diri sendiri, aku ubah fikiran apa kata aku manjakan ibu tercinta pulak. Lagipun  aku kesiannnnnn sangat tengok mak aku ni. Macam exhausted sangat lately duk jaga aku sejak aku operate sebulan yang lepas. Pendek kata dari A sampai Z semua atas bahu mak aku. Andai kata ada lagi hurus selepas huruf Z, juga mak aku yang menanggungnya. Superwoman sungguh. 

Aku memang dah lama teringin nak hantar mak aku ni pegi berurut kat spa. Tapi sebelum ni kan duk kat Tganu. Mana aku tau spa mana yang best kat Tganu tu. Nama je orang Tganu aku ni. Tapi bab-bab macam ni, aku lebih arif di Bangi or Shah Alam. Heheh (jangan marah norr orang Tganu). So, alang2 mak aku stay dengan aku buat sementara waktu ni, memang peluang yang cantik. Nak paksa jugak mak aku berurut ka Az Zahrah Spa ni. Aku book appointment tanpa bagi tahu mak aku. Dah nama pun paksa. Tak kira. Pegi jugak!

Mula-mula aku cuba twist offer yang diorang bagi kat aku dengan mak aku. So, dapat la aku jimat duit. Tapi, failed. Offer hanya special tuk besday girl sahaja. Hampehhh...Tak apa lah, demi ibu ku rela. Apa lah sangat ajak pegi berurut dengan pengorbanan mak aku selama ni. Kalau di calculate, tak de percentage pun (paham tak?)


Mak aku ni sama macam aku. Pegi mana-mana pun suka pakai selipar jamban. Even masuk spa. Bahahha.. Btw, staff yang aku suka yang bernama In adalah yang sedang bercakap telefon. Best dengan dia. Staff lain pun best. Cuma taste aku dengan dia. Eh.



Serious mak aku puas hati. Dapat mandi buih ke mandi air panas ke  apa ntah..then massage for whole body. Memang mak aku cakap budak si In ni punya tangan best giler. Tak pernah lagi berurut dengan sesapa sebest tu. Lega dan ringan terasa seluruh badan. Haa...kan aku dah cakap!


Az Zahrah Spa ni kadang-kadang aku buat macam tempat berak aku je. Maksud aku, ada masa aku ke Bangi tiba-tiba aku rasa nak terkencing ke, nak solat ke..selamba je aku tumpang kat Spa ni. even time tu aku tak ada tujuan or tak aim pun datang spa ni. Dah terbiasa sangat. Harap-harap staf dia pun tak de masalah dengan keselamberan aku. 

Oh, btw, sementara menunggu mak aku massage, aku pulak duk melayan adik aku yang sorang ni pegi melantak kat Miyagi. Enjoy the pics ajer lah yer.. Malas dah aku nak mengarang...Bahahhaa..


















Banyaknya pic adik aku. Pic aku? Malas.. Tak de mood!

Sekian!!!



Saturday, November 10, 2012

Sedang menunggu


Assalamualaikum

Di kala aku menaip ni, hujan mengganaz giler kat luar ni. Sapa-sapa yang stay area serdang ni tahu lah macam mana ganaznyer hujan sekarang. Eceh, kat tempat lain pun hujan la aku rasa. Dah memang musim hujan turun sekarang. Aku suka jer...Aku kan suka hujan..

Dan now aku berada sorang-sorang kat postgrade room. Suasana agak creepy tambah lagi guruh berdentam-dentum kat luar nun. Gelap tak payah cakap. Tapi aku steady je. Aku yakin, sapa-sapa yang penakut memang tak berani stay kat tempat aku ni sorang-sorang. Aku ni jenis berani tak bertempat sket orangnya. Ni time hormon takut aku tak dirembeskan. Bila hormon takut aku datang, ramai orang pun aku kecut perut. Pelik sket aku ni

Sebenarnya aku tengah tunggu mak, abang dan adik aku datang jemput aku ni. Diorang pegi Aeon jap tadi. Aku malas nak pi. Sebab aku tau penat tawaf mall walaupun Aeon je. Aku kan stamina kurang sekarang. So, daripada layan depa, baik aku buat keje. Lagi pun memang aku ada keje nak di bereskan kat lab (padahal datang timbang sample yang dah dikeringkan jer pun..gaya macam rajin je weekend2 datang lab..jangan terpedaya!). So, sebelum they all pegi Aeon tadi, hantar aku jap pegi fac dan masuk lab dan now dalam postgrade room. Sorang-sorang! Tadi ada je orang. Now dah balik la. Dah nak masuk maghrib pun. Aku je yang tak reti nak balik.



Laluan utama ke postgrade room. Gambar ni nampak cerah sebab flash iphone aku je ni. Hakikat sebenar teramatlah gelap gumpita. Orang Tganu panggil gelap gelemakk..gelap guguk. Tapi so far alhamdulillah, tak ada lagi dengar benda-banda tak elok. Ataupun aku yang tak alert? Abang aku cakap lab aku ni macam 'walking dead'. Boleh?..

Ok lah, driver dah sampai..chow

Sekian!