Dengan cuaca redup2 (or should i say mendung? x ke sama?). Org Terengganu panggil cuaca jo-ong (bukan ju-on yer kwn2). Angin membelai-belai rambutku yg x brp nak subur ni. Sejuk yg asyik. Sunyi yg begitu mendamaikan... Ahhh...alangkah indahnya berada di kampung tempat aku dilahirkan ini.
Pemandangan dr jendela rumahku. Damaikan?? Korang percaya x klu aku ckp aku ni pencinta alam? Aku x suka tgk org buang sampah merata-rata. Aku suka bercucuk tanam. Tp yg mengstresskan aku, apa yg aku tanam pasti dijahanamkan oleh ayah aku. Ayah aku ni x tau la rabun ke apa.. Setiap kali dia potong rumput, abis ngan pokok2 yg aku tanam skali dia cantas. Akan selalu terjadi pertengkaran kes pokok. Sungguh stress. If ayah aku x cantas pun...pokok yg tgh nak subur di ragut kesucian oleh kambing2 durjana. Double stress!! Ok, xper, itu citer dulu..zaman aku bercucuk tanam. Now aku dah hampir lupakan hobi tuh. Time constraint. Cett. Eh, pnjang plak citer untuk sekeping gambar pemandangan.
Back to story sepatutnya. Poyo aku kan??... Dulu time stay kat kampung, giler membebel tiap2 hari. Bosan la..xde mall la..Mcm2 hal lg yg membangkitkan stress. Konon. Now bila dah stay KL, poyo rindu kampung plak dah.. Tapi...lumrah la kan. Nak2 aku ni. Memang cepat bosan if stay at the same place and do the same daily routine. Arghh..sungguh bosan hidup mcm tu. So, untuk mengelakkan aku stress bosan, i need to change. Need to do something challenging. Chewahh.. Ntah apa2. Aku x tau la korang paham ke x. Tp the point here is..normal lah untuk kita merasa bosan if stay lama2 kat satu2 tempat. So, kita kene berubah2 untuk lebih menghargai apa yg kita ada. Mcm aku skrg. (apa aku ckp niiiii??). Abaikan!
Aku balik kampung ni pun kejap je. Semlm sampai. Eh, korang tau kan aku stay kat Serdang now. Al maklumlah dah lama x update blog, story2 pasal diri sendiri kat sini. Takut korang blur plak. Yup, now aku stay in Serdang, Selangor. Doing my Phd for for 3 years kat UPM. Hopefully. Hidup aku kat sana baru nak kembali stabil. Syukur Alhamdulillah. Sblm ni aku agak stress dan terumbang ambing coz xde tempat menetap yg tetap. Sungguh menguji keimanan mencari umah sewa idaman. So, tidur dlm kotak. Hahaha. Ok tipu!. Aku menumpang umah kwn aku tuk sebulan. Paham2 je la if xde rumah sendiri ni kan ( I mean umah sewa). Sungguh hazabb hidup. X leh nak punggah barang and susun cantik2 mcm rumah sendiri. Xleh nak beli barang2 keperluan mcm rumah sendiri. X leh nak beli katil, nak beli almari, nak beli meja study, nak beli mcm2 lg la tuk menjadikan hidup ni complete kan. Dah la aku ni jenis study nak ada complete set: meja dan kerusi..x main la landing2 atas tilam..badan mak lenguh nyah..mak x tahan. Kang klu beli kan satu kes plak aku nak mengangkut bagai. Dah la sewa lori kat sana mahai nak mampus. If kat kampung ni pakai lori kwn ayah aku, bayar pakai senyum je (bermula la adegan memuji kebaikan kampung plak) ^-^.
Tapi alhamdulillah, dua tiga hari before balik kampung ni, aku dah dapat masuk umah sewa. Walaupun bukan idaman, tapi bersyukurlah dgn apa yg ada. Rumah lama dan usang dan berhabuk giler2. Tp bila digunakan sket segala tenaga yg ada ni ngan kwn2 aku, rumah yg buruk pun leh jd cantik. Kan? Ini lah gunanya tgn dan kaki dan kepala dan segala anggota kurniaan Allah ni. Wpun ada lagi sket2 cacat cela umah 2, tp aku buat2 x nampak je. Nanti blh bg tau owner suh repair. Dah desperate sgt kan..Redha je. Aku dtg nak study weh, bukan keje. So aku kena tenang2. Serentak dgn tuh jugak, aku p beli segala barang keperluan untuk melengkapkan hidup. Complete set bilik tidur (katil king size lagi youuu, almari baju, dressing table), meja study dan kerusi pusing2 ala2 opis (wajib) dan langsung peti sejuk toshiba jugak aku rembatt. Fuhh, mcm org baru kawen masuk umah baru kan?? Hahaha..Lantak la..Asal aku happy.
Dan sekrg aku lega dan tenang..Alhamdulillah..Boleh duk kat kampung dengan tenang sambil melihat pemandangan yg mendamaikan. Aku balik pun kejap je. Isnin ni nak kena ada kat UPM balik dah. Adushhh... x leh ke nak stay lama2 sket??
Bila dah ada kat kampung ni, geram je nak angkut semua brg yg ada. Tp apakan daya, xmuat kete. If pakai lori dr KT ke KL nun xde dah nak byr pakai senyum2 je. Mau kene lempang ngan drebar lori. So, tahan2 je la nafsu ni nak angkut semua brg. Ikut kan hati mau je aku angkut set sofa lama, dining table dan lagi satu peti ais. Rumah aku ni mmg byk peti ais sbb aku ada seorg mak sedara yg sgt bermurah hati suka dermakan peti ais umah dia kat umah aku. Ada skali tuh sampai 4 peti ais umah aku. Now ada 3 coz satu dah dermakan kat org. Tinggal 3 ni pun yg pakai 2 je. Yer la, buat apa pakai byk2, buat up bil api je. X ke rugi. Tp aku nak angkut ke sana pun x terdaya. Terpaksa la aku beli sendiri kat sana.
Opss lupa. Tipu! Aku ada satu lg peti ais. Cute version punya. Mini peti ais. *Tetiba teringat lg satu peti ais aku dan terus pandang belakang tempat aku menaip skrg ni dan terus snap gambar. Giler keje spontan. Hahah. Betul2 blkg aku. Disimpan dlm bilik tidurku di kampung. Reason letak dlm bilik tidur? Sbb aku kedekut nak mampus nak berkongsi makanan yg aku beli ngan abg aku. Jahat x?Hahaha.. Ngan adik aku no hal.. X de masalah. Sila2..
Ini dia peti ais tuh. Aku beli time aku buat master dulu masa duk bangi. Jenama Tagwood. X glamer ekkk?? Xde class?? Weh ko jangannnn....sejuk niiiii....Kecik2 berbisa ni.. X caya???
Nahhhhhhh!! Boleh bikin iglooooo lageyyy... Ko punya boleh???hahaha
Tupperware kat blkg tuh konpem x leh nak tarik kuar dah.
**Aku rasa entry ni dah mcm entry peti sejuk dahh**
If korang tanya nape aku x angkut je mini peti ais ni pegi Serdang. Jawapannya, x main dah la mini2 ni.. Aku nak rasa the real life duk umah sendiri (wpun umah sewa). Brg2 mesti real punya. Bukan gaya student dah. (Wpun hakikatnya mmg student).
Tapi kannn.. dlm banyak2 benda kat umah aku ni, aku tertarik ngan satu benda alah ni. Ntah tiba2 muncul depan bilik aku. Sungguh manarik untuk diangkut ke Serdang.
Ini dia.. Mesin fotostat 3 in 1 ni. Wpun aku dah ada printer lexmark 3 in 1 buat being me mmg x pernah puas. Lgpun yg ni lebih besar dan lebih kukuh dan lebih sasa dan lebih mantap nampak dr gayanya. Toshiba lg. Dah terbayang2 aku blh mempotosetat journal2 aku dgn rakusnya guna benda alah ni. Tpppp....bila tanya abah aku sapa punya ni..dia jawab.." kwn abah punya". Ringkas je jawapan. Atau pun abah aku ni dah tahu peel anak dia ni xde tatasusila bila tiba bab melesapkan brg2 kat umah ni. If dia ckp dia punya, konpem lesap mesin ni mggu depan. Apakah?? x puas hati!!