Saturday, December 17, 2011

Menempel kat family org lain....



Biasalah...aku mmg muka x tahu malu. Menempel itu kepakaran aku. Maklumlah, duk kat sini xde mak bapak, so menempel la kat family org lain. Eceh, mcm duk obesi je. Padahal duk Serdang je. Hehe..


Btw, dua tiga hari lepas aku menempel kat family kwn aku (kwn gym, pangkat adik la) pegi berpikniking kat Sg. Congkak. Aku ni pantang org ajak activity cam ni. Terus kata ya..nak join. Mana boleh x join klu ada bakar2 ayam.



Chalet kitaorg..cute kan. Boleh lah baring2 or solat dlm ni. Siap ada plug lg...


Best jugak Sungai Congkak ni sbb ada chalet tuk letak brg2 dan yg penting bersih..Time aku pegi tu x ramai org even cuti sekolah. Dulu, (dlm tahun 2008) aku pernah pegi Sungai Gabai kat area2 sini jugak. Bg aku x brp nak best sbb ramai giler org dan kene panjat tangga cukup tingggggiiiiiii. Time tuh aku punya badan stock blue hyppo. Giler mengah nak sampai atas. Tp Sungai Congkak ni x payah panjat2. Siap blh parking kete tepi sungai lg. Bukak pintu terus terjun sungai (klu dah kemaruk sgt la).


Aku dgn Anim..Kwn yg mengajak.


       
       
Belum apa2 mestilah melantak dulu...lapor wooo..Nasi lemak di prepare kakak ipar Anim. serious sedap. Sardin roll diprepare Anim..Pun sedap. Yg kat bawah tuh mee goreng sambal belacan. Di prepare jiran anim, makcik Ani...1st time mkn..pedass woooo.  Aku? errrrr...bwk kopok keping je. Dah kata org Tganu kan...ahhaha


Activity wajib kan...

Ni mak anim. Dgn aku2 pun panggil mak. Mak tgh layan jiwang sorang2 kat sungai. 

Ni makcik Ani. Jiran si Anim..Sporting giler.. Siap boleh mkn bersuap lg...



Bergambar itu wajib - Me and anim


Anim dgn adiknya.. Adik bradik anim ni mmg comey2 sorang2..sepesen je muka..dah nama pun adik bradik kan..


The rest enjoy je lah the picas okehh... ;)







Anak mak yg plg bongsu..comell







                                                
Sorry la terbuat aksi Zila Bakarin kat sini..


Kecut kaki tgn aku berendam lama sgt dlm air. Balik rumah rasa cam nak demam je. Tp nasib baik x jd demam. Acah je lebih. Whateverpun mmg fun weekend. Lain kali leh join lg. Buat Anim, thanks kerana mengajak. Lain kali leh ajak lagi. ^___^








Alapadan..comey doh la aku pah ni...



Sblm aku pergi lebih lanjut, for those who do not understand the tittle above, sila google translate bahasa Terengganu sendiri..kehkehkeh..Okeh, lets start.


Aku x bertanggungjawab kalau aku cantik berseri lepas ni. Hahahha. Sila muntah darah. Ok, the story begin when lately aku so obsess nak mencantikkan diri. Normal lah kot. Stp wanita mesti nak cantik kan? So, bbrp hari lepas aku join factory visit to Kilang Cerebos. For ur info, Cerebos ni lah yg produce Brand's products. Alaaa yg ayam brand, innershine bla bla bla tuh..Korang telan x benda alah ni? Aku telan...Tp x semua la..


Best lawat kilang ni. Byk info dpt. How they get halal certificate, the process flow, cleanliness bla bla bla... Sbb tuh bila kadang2 aku dpt email saying pasal certain2 food product ada itu la, ini la, x halal la, apa la..mmg aku x percaya bulat2..Im a food technologist btw..Cesss..


At Cerebos Company


Aku mmg pengguna tegar Innershine sejak bbrp tahun lepas..Mula2 mmg telan sbb nak cantik, nak bertenaga etc...Tp last2 aku telan sbb dia sedap. Apa ertinya all good things inside food jika x sedap. Eh, aku x tau la betul ke x pegangan aku ni.


Dan juga aku ada cita2 nak menggantikan tempat Dania Danielle. Ko jgn harap la nak duk kat gambar ni lama2...nanti turn aku plak..Huh


Eh, aku sbnrnya nak berceita pasal new Brand's product ni.  Known as OPC. Apa itu OPC sila gugel sendiri sbb aku malas. Yg buat aku terkinja2 nak beli OPC ni sbb dgr aje for skin regeneration. Dalam dia ada acai berry la, collagen la..apa ntah lagi. Being me mmg x suka serabut2 dgn content. Moi suka terus jump conclusion- Skin effect. Abis citer (Mmg teruk food tecnologist ni). Then terus x pikir panjang. Mak nak kekal jelita nyah. Eceh! Dan nasib baik rasanya sedap.



Rembat 2 kotak




Satu kotak ada 8 botol.



Mcm gigih je aku bercerita Brand's product ni. Padahal bukan advertorial pun. Aku yg meng-advertorialkannya sendiri. Mesti bangga Cerebos.







Thursday, December 15, 2011

Pizza dan rentung




Assalamualaikumm..


 Hari ni aku baik hati sket belanja 2 anak dara ni Dominos Pizza. Eh aku pun anak dara, cuma tua sket je. Haha..Whatever. Alkisahnya aku ni byk sgt coupon dominos yg x digunapakai. Aku ni bukan minat sgt pizza2 ni. Tak kisah la pizza hut ke dominos ke apa ke. Tp disbbkan hari tuh aku kesian sgt kat mamat sorang ni duk promote coupon dominos ni kat aku dan aku pun mls nak dgr dia membebel panjang2...so aku rembat je coupon2 tuh. So, sementara masih valid apakata kita gunapakai. Tp klu aku nak melantak pizza sorang2, idok le. So, wajib panggil org lain mkn skali.



Btw, baru aku tau system dominos ni. Masa call nak order tuh, yg tukang bercakap tu cakap, "if pihak kami hantar  lewat dr 30 min, cik boleh dpt free regular pizza for next order..kami akan bg coupon lg masa penghantaran nanti". Then aku reply.."Oh yer ke" (dlm hati terus berdoa moga mamat tukang hantar nanti sesat jalan tuk 2 3 min..boleh dpt free pizza).. Skali termakbul doa aku ko, mmg lewat dlm 2 3 min je. Mmg rezeki aku tuk dpt pizza free for next order. hahahha..


 Yang ni je pun... Ni pun x abis tuk 3 org mkn.


 2 minah comel ni sbnrnya dulu student aku. Kira nya ex student la. (Sbrnya aku pun x igt time bila aku mengajar depa ni...ermm).. Masa mula2 jumpa kat UPM ni dulu, siap masih ber cik2 ngan aku..Ahh, jgn nak ngada2...panggil aje ahkak....hehe..Mak sempoi nyah..Time mengajar je buat2 garang2..mmg berlakon sungguh..haha


 Ni 2nd room prof aku sbrnya.. Dlm bilik ni peti sejuk pun ada.. Mmg harmoni sungguh..Aku dtg sini just tuk print je biasanya. Harta kerajaan mmg wajib digunakan secara berhemah.


 Pandai jugak posing cik kak ni..Aku igt aku sorang je yg tgh posing...


Habis melantak mmg kekenyangan tahap cipan. Sampai kan hujung pizza "suami soleh" pun masing2 surrender x mampu nak habiskan. Then borak2 layan perasaan hati nurani. Topic mestilah pasal lelaki. Secret admire bla bla bla... Skali tgh syok borak...Then "KRINGGGGGGGGGGGG".. Bunyi loceng (loceng ke org pnggil??? Tiba2 aku lupa term yg lebih sesuai..ah lantak lah) ntah dr ceruk mana ntah. Dlm hati aku fire drill ke or alarm tgh keuzuran buat perangai. Mmg masing2 buat bodo. Klu ada api sedang marak kat luar konpem jd bbq kitaorang. Skali org ketuk pintu suruh keluar. Mmg betul2 latihan kebakaran. Nasib latihan. Klu betul2?? Apa2 pun mmg potong stim. Org tgh syok2 borak..






Kami at tempat berkumpul. Tgn pun x berbasuh bau pizza lagi tuh... Aku x kira nak bergambar jugak


2 cik adik manis

Eh boyfriend aku pun ada... Bila terpandang je dia terus dup dap dup dap.. Mana taknya... progress ciput..Kan x pasal2 kene bersoal jawab kat tgh2 lebuh raya ni. Tp last2 dia ternampak.. kene panggil jugak. Sigh*




 Fedulikkkkk...Aku tetap nak bergambar...


p/s: Nampaknya dia xde kat sini. Adakah dia rentung kat dlm bangunan? Izinkan aku rentung bersamamu...hahahha








Sunday, December 11, 2011

Dari RM200 ke RM20. Jimat!!!




Assalamualaikum....


Hai all...Hows ur weekend? Must be great huh? Mine. Just terperuk kat umah for entire 3 days ni (termasuk esok i guess). Why? Sbb semlm aku gatai p buat facial peeling, so adalah dinasihatkan untuk mengelakkan any UV penetration onto my skin dlm bbrp hari ni. Eceh!!! So, moi yg patuh arahan ni stay aje lah kat umah. Giler patuh kan??? Whatever....


Ok, aku bukan nak citer pasal weekend but nak citer pasal penjimatan. Hari tuh masa aku melayan nafsu kat Shu Eemura, moi telah diperkenalkan dan digosok2 dan dicucuk2 oleh salesgirl SE tuh dgn harapan nafsu aku memuncak2 untuk tibai benda alah ni:



SE cleansing oil


Untuk remove make up. Aku yg dua tiga menjak kembali (kembali??) bermake up ni mmg wajib sbnrnya beli benda alah ni. But at that time, x beli lg. Masih berpikir2 since time 2 aku just didemokan kat tangan je. (x kan nak demo kat muker kot, abislah make up mak nyah). Sblm ni pun mmg dah pernah came accross dgn this product. My best buddy ada pakai. Tp time 2 buat bodo je. X berminat sgt. Tp since the amoi kat SE tuh gave me sample for trial and bila balik umah try mmg aku jatuh cinta. Best!! Mmg best giler. 



Terus teruja nak beli. Tapiii....RM 200++ for make up remover??? Aiyoooo. Berbaloikah? Mmglah berbaloi if we compare with the quality and satisfaction bla bla bla. But again the same question hits me.. RM 200++ for make up remover?...Hahahhahaha..Biasanya bila this situasion hitting me, akan ended up beli je. Sbb persoalan "beli x beli, beli x beli, beli x beli" sgt lah mengganggu jiwa dan raga dan bakul segala..hahhaha..So, biasanya akan end up dgn beli je.. 



But not this time memandangkan I've been introduce by my best buddy with this alternative:



Biore facial cleasing.


Time I was hanging out with her kat Alamanda the other day (melayan ombak rindu), then aku citer la about SE make up remover ni. Berbaloi x beli bla bla bla. Then, my buddy pun introduce la this option. Its exactly the same feeling, same effects and same satisfaction (to me lahh, i dont know u - Asalkan makeup aku tanggal dgn senang). Cuma yg x same nyer...hanya lah HARGANYA...hahahha... Ya... It's only RM 20. I repeat 20 malaysia ringgit youuu. Cuba compare dgn SE punya product. Aku jimat 200 hengget kan..  Ada hikmah lah jugak melengah2 kan masa membeli ni.Syukur...hahhaha.




P/s: SE punya lipstic tersangatlah giler best!!! Xperlu pakai lip balm (before) dan lipgloss (after) applying the gincu. Langsung shiny and glossy uuuuuu...Jimat masa...heheh






Wednesday, December 7, 2011

Kisah Payung!!!- Hanya kerana ingin mencari dan mencipta peluang...





Assalamualaikumm...


Errmm..err...mana nak start ekk? X reti..Allahu akbar!!!

Today's story gonna be interesting (at least for me). Okey2, I know2...Im in angau state (based on my previous entry)... Most of u pun dah tau kan. So, this entry also jugak about my angauness......Ermmm...should i write about this? Should i? Shouldn't i?


But wait2, somehow, somewhat i feel like nak bukukan aje my pengalaman ni dlm blog ni. (InsyaAllah klu ada masa dan mood). I dont know why. Maybe this excitement brings me to write or maybe i want to wrap it as my memory (at least). What ever it is, i want to highlight here, that i dont mind whatever the result from my action is.. Saya hanya ada kekuatan untuk mencuba...mencuba...mencuba..Tp of course dlm hati sangat berharap dan berdoa the result will be positive. Allah maha besar..Dia yang menentukan segalanya..Here it goes....




Ptg td, mcm biasa abis lab aku akan mencari peluang sehabis daya untuk walk with him to the car park. Huih giler desperate aku. Imagine cepat! cepat!! Mmg desperate. Aku x kisah dah korang nak ckp apa pun. Yg aku tau peluang kene cari. * Tp xde la sampai aku berlari  pecut 100m kejar dia then tiba2 tercegat tepi dia mcm kartun..Ko giler apa..Pandai2 la kan...




 Time tu hujan. Berjalan punya berjalan...then we pass tru from one building to another building. Of course la aku suker giler tahap tenuk sbb dpt berjalan beriringin dgn pujaan hati. Dlm hati Allah aje yg tahu. Takut ada, excited, gabra jgn cakap la. Cover je lebih. Tapi bila we pass by the tangga, he suddenly stopped and said..






Him: Errr...I need to go to my lab lah sekejap..
Me: Ooo...ok...

(dlm hati hampa giler sbb x dpt berjalan bersama sampai ke kereta...But then he said...)

Him: Err Sheriffa, wanna borrow my payung?
Me: Err...but how about u?
Him: It's okey lah...I think the rain is about to stop..dah x lebat sgt...





Apa korang igt aku nak lepaskan peluang ni. Wpun itu adalah payung semata2...Yer payung je. Tp payung itu lah yg blh jd penyebab aku nak contact dia or bercakap2 ngan dia esok. Peluang harus di cari. WPUN HAKIKATNYA DLM BEG YG AKU TGH PIKUL TIME 2 MMG DAH SEDIA ADA PAYUNG. YERRR...AKU MMG SELALU BAWAK PAYUNG. Tp because of him, because of nak mencari ruang dan peluang, terpaksa la reply: "Err...boleh jugak..Tomorrow, I'll give back to u.. TQ ya..."




Eceh..Giler berlakon. Serius, I've never been so this serious sampaikan payung pun nak jd kan bahan kes. Oh Ya Allah. Sudah nya 2 payung la aku bawak balik ari ni. Satu payung aku, satu payung dia.. On the way nak cross road nak ke kereta tuh xde pun nak berpayung2 bagainya. Hujan dah reda pun sbrnyanya. Action je lebih. Tp sbrnyanya by the time dia ckp dia nak ke lab and offered me his payung, 2 feelings come across into my mind:





a) This guy mmg x nak berjalan ngan aku and cross the road with satu payung ngan aku. Mesti dia pikirkan if dia teruskan, mesti kene cross the road satu payung ngan aku..ala2 romantik g2...So, nak selamat baik dia cabut awal2 ckp nak g lab. :D

b) This guy mmg betul2 ada keje kat lab and he is really nice guy when offered me his payung.






Or maybe im thinking too much. Yea..I am typical woman btw. Whats ur opinion? Tell me.. My friend always advice me to BE POSITIVE. Okey2...








What a neat and tidy guy pintal payung mcm ni.. Aishhhh


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Err.. Astagrfirullahala'zim...Giler beza pemandangan. Boleh agak lah kan ni payung sapa. Nasib x tersembul keluar dr beg...Klu tak, tak boleh nak berlakon td.




Apa2 pun. yang pasti malam ni aku tido peluk payung. Err..with his payung..Not my payung. Sekian!!!








p/s: Baca2 jugak...gelak2 jugak..tlg doakan sekali jgn dilupa yer...Sgt menghargai... :)










Monday, December 5, 2011

Hampa hatikuuuuuu




Ari ni aku pakai cantik2, make up cantik2 dgn harapan nak mengorat/memikat sorang anak jantan ni..*Fuyooo terus terang betul ayat kan??*


See...aku siap berpinkish lg ari ni.. Gigih aku selongkar tudung2 lama disbbkan nak match ngan baju punya pasai..Aku bukan pakai sgt dah tudung belit2 skrg ni. Sarung Ariani je senang. Tp because of HIM...belit pun belit la...hahahha













Tapiiiiiiii.... HAMPEH.COM... Usahkan nak pandang aku...Nak jeling sebelah mata pun idokkk...Hancur hatiku...Uwaaaaaaaaaaaa!!!! Nyaknyer kat ku kan???


Gugel Translation:
*Nyaknyer - kesian