Monday, April 26, 2010

Tanggungjawab bersosial


Ari 2 (ayat kg nak memulakan cerita), deparment aku telah organised satu program. Khas tuk org2 kg atau penduduk setempat. Kali ni adun yg terpilih ialah Adun Seberang Takir. Yeaaa..akak2 Seberang Takir mmg sporting habis. Program ni dipanggil USR atau nama panjangnya University Social Responsibility. Klu x paham lg meh sy translate kan.. Tanggungjawab Sosial Universiti..Eh ke Universiti Tanggunggjawab Sosial? Lantak la mana2 pun. Yg penting ada perkataan tanggungjawab. Sbb mmg besar tanggungjawab kami. (Ceh).


Yer la..besar tau. Sbb kami dikira mencurahkan ilmu pada akak2 ni untuk membuat sesuatu produk. (Dah namanya pun duk University kan, mestilah kena curahkan ilmu..x gitu?). Produk2 yang telah diajar oleh kami ialah Kordial, Jem Nenas (bukan tart yer), fucuk, dadih dan cincau (bukan buat air cincau, tp kami hasilkan cincau tuh). Aku siap bg explanation lebih2 pasal product ni bukan apa, sbb kadang2 org luar silap paham. Depa igt kami ajar memasak kat akak2 ni. Oh sorry la, Im Food Technologist okehhh..Bukan chef. Andai kata aku ditugaskan mengajar memasak seperti ikan singgang kat akak2 ni...Rasa2 akan terbalik, depa yg ajar aku..Kami ajar something yg boleh bukak peluang pada akak2 ni untuk kembangkan lg buat perniagaan ke, nak jual kecil2 lan ke..whatever la..Senang citer untuk menjadi pengusaha industri makanan la..


Tp kan..kisah benar nya aku bukannya master pun buat seme2 ni..Wpun dr level diploma, sampai ke degree then master duk belajar tp x pernah terror. Mcm mana nak jd pensyarah ni..(Ada student aku baca ke blog ni?? Do not follow ur CCB kkk). Nasib baik la ada ramai lg fasilitator2 yg berpengalaman dan penuh pengetahuan..Klu harapkan aku, hancuss.. Apa2 pun, aku juga tetap belajar...Mls nak ckp byk2..Jom layan video dgn gambor..daaaa





Penyakit x leh tgk camera..huhu


Kacau leklok makcik..


Fasi2 berkaliber kecuali aku...


Friday, April 23, 2010

Bachelor Party ala Melayu..

Tiga dara pinggitan...bakal menjadi 2 dara pinggitan...




Alhamdulillah...baru je balik dr "bachelor party" ala melayu with my beloved friends, Cekgu Rosma and Cik Mah..Seharian berendam dalam air semulajadi di Sekayu Waterfall. Keluar 8.30 pagi, balik 8 mlm. Sungguh tidak sedar diri bila ada peluang bersuka-sukaan. Kan best klu mcm ni selalu. Ceria je. hehe. Ok..x nak citer panjang lg, coz CCB ada tugas lain yg perlu disetelkan. Nanti ada masa CCB cont. daaaa...



Di suatu tengah hari yang terik...




Nak citer sket pasal story semlm. I x g keje..Eh bukan saja x pegi. Tp i cuti..Kenapa cuti? Sbb saja2 gatal cuti. Dalam erti kata lain menggunakan peruntukan cuti tahunan yg diberi majikan secara berhemah.


Tp bila duk kat umah, mcm hal yg jd. Xde rupa cuti pun. Lg penat ada la. Salah satu kejadian yg x terduga ialah kebakaran terbuka depan umah i. Depan rumah i ni penuh dgn semak samun. OK2, bukan betul2 depan umah. Klu betul2 depan umah, mcm mana org lain nak nampak umah aku atau nak parking kereta. Kan? I mean seberang jalan depan rumah i. Depan umah la pendek citer.


Kejadian berlaku dlm pukul 1 tgh hari. Giler panas terik time tuh. Paham2 je la kan cuaca kat pantai timur skrg ni. Sapa2 yg sayang kulit dinasihatkan berhibernasi dlm rumah. Ok, i dalam toilet time tuh (nak jugak bg tau). Keluar toilet dengar something mcm "prup prap prup prap". Mcm dahan pokok dipatah2 kan. Seiring jugak suara nenek ku bising2 cuba memberitahu sesuatu.


Berdesusss aku berlari ke arah nenek untuk menyiasat. Tgk ke luar tingkap pandang ke seberang jalan. Ya Rabbi...Giler tinggi punya api marak. Open fire burning ke apa ni. Takut seh tgkk. Dgr bunyi prup prap prup prap tuh lg menakutkan. Api sapu bersih semak samun dpn umah aku. Terpikir tetiba..nak kena call bomba ke ni? (sbb x pernah guna talian kecemasan kan..so jd mcm berpikir jap). Call my mom dulu, tanya pendapat (sempat lagi tuh). My mom ckp, call bomba. So, aku for the 1st time menggunakan talian kecemasan terus call bomba. No fon bomba pun x tahu. Mak ckp 999 la. La yer ke..bukan 994 ek?



Sambil menunggu bomba dtg, my brother and i jd bomba x bertauliah jap. Gunakan paip air depan umah aku tuh, sambung dua getah paip kasi panjang, sembur air ala2 malu2 kucing ke tempat kejadian. Lencun baju aku dibasah air sbb dia punya sambungan asyik terputus. Tersembur air kat muka aku. Mau x lenjun. Dah la tgh panas terik. Tp panas2 main air best gak.


Giler punya lama tunggu bomba sampai. Sempat aku dan abg aku padamkan mana yg patut. Tp api masih ada. Dalam 15 min lebih jugak la baru bomba sampai dgn trak dia tuh. Jakun jap tgk trak bomba depan umah aku. Terus zass masuk umah ambik cam. Hehe.



Bukti cerita bukan rekaan...



Abg gagah menjalankan tugas.. Tergoda i...haha
Air cam ni baru best nak padam api..


Abg gagah dah relak sket...



Ini adalah pokok buluh kecintaan nenek aku.. Nasib baik x sempat hangusss. Abg bomba ckp bahaya nih klu pokok buluh terbakar. Boleh melayang api jatuh merata2..Mau jatuh atas atap umah x ke nayerr.. Nauzubillah..Syukur x sempat jd apa2..


Itu lah cerita cuti sy di hari kamis. Hikmah kejadian...Depan umah sy dah x semak dah. Tp sy rasa sy tau je sapa punya angkara..xper la..abaikan..




Thursday, April 22, 2010

My Best Friend Is Getting Married


She's a friend of mine. I mean one of my best friends. Friend which i considered as "Kawan Dunia Akhirat".. Yea I know, I do have a lot of friends. But not all friends can teach u what friendship is. Kan? Pendek kata kawan time susah dan senang. Kawan yg boleh mendengar apa masalah kita. Kawan yg boleh menangis bersama. Kawan yg bukan cari kita time kita senang je. Bukan jugak yg jenis tikam belakang etc2. Syukur Ya Allah, sepanjang 28 thn hidup ni, Allah gives me a few friends that I mention above. Alhamdulillah...


Berbalik kepada cerita asal. I called her Cik Mah as her name is Fatimah Asma binti Mohd Izhar. We have been friend since sekolah menengah lagi. Actually, I kenal dia since sekolah rendah lg, but that time, she was my enemy. Selalu buli aku ngan kwn dia yg sorang lg. Xper lah 2 citer lama. Citer zaman hingus meleleh. Cik Mah pun mesti dah igt2 lupa kisah ni. Nevermind. This entry is not about the past..but about today and future.


Cik Mah ni boleh aku anggap temanku dikala sunyi. Di kala boring. Di kala x tahu apa nak buat. Di kala aku bosan x bertepi. Almaklumlah boyfriend xde. Dia mmg boleh di harap dalam bab2 menghilangkan mood2 boring i.


But within 2 weeks from now, she is getting married. I know I should be happy for her upcoming wedding. Yes, I am. Truly happy. However, it cannot be denied that other part of mine still feel sad.. The word "sad" is not the best word to describe here i think. Pls give me other words to describe my feeling now. I know you u can catch what im trying to say. I just feel that, I lost someone. Someone that can fill up my emptiness.





I know2...This is not good for me. This is the our flow of life. X kan sampai sudah nak membujang kan. Me myself, one day is going to change my single status too. But again..I just trying to express my feeling here. I think nothing wrong with that. Actually, this is my third time this feeling appeared whenever my very close friend is going to get married. Dua yg sebelum ni siap nangis time wedding. Dan rasa2 nya, this gonna be the third tears wedding. To me, sapa2 yg dapat merasai the feeling of friendship shj yg faham apa yang i membebal kat sini. Nevermind. I dont know why. Maybe just because I have to accept things are not going to be the same anymore. Yer la kan..klu dulu suka hati je nak keluar jalan2, mkn2, ronda2 sampai lewat mlm pun. Tp bila dah kawen, xkan terus mcm 2 kan. That why i rasa mcm feeling lost.






Sesungguhnya even i kawen lewat, i rasa happy sgt2 kerana berkawan dgn dua orang ni. I puas dgn hidup bujang i. Yer, yang disebelah kiri Cik Mah 2 another close friend of mine. Cekgu Rosma. Kami tiga serangkai sebenarnya. Tp lps ni xjd 3 dah. Dah jd 2. Huhu..xpe..Friendship never end. Cuma keadaan je berbeza. Like i said, this is flow of life. We have to accept it. Wpun sayang sebenarnya nak tinggal zaman bujang. Rasa2nya, klu lps ni Cekgu Rosma meninggalkan zaman bujangnya jugak, so it's my turn to change my status too.. Rembat je mana yg ada..hehe..


Buat kawanku Cik Mah, aku ucapkan selamat bakal pengantin baru. Moga kekal ke akhir hayat. Ceria dan happy sokmo. Moga perkahwinan ini tidak sekali2 melenyapkan persahabatan kita. Sob sob! Esok kita bertiga akan bergembira bersama maybe untuk kali terakhir b4 naik pelamin. Yer, Bachelor Party esok! Yeayyy....sob sob..



Sunday, April 18, 2010

Hari ini dalam sejarah...


Sekarang pukul 11.59 p.m, 18/4/2010 bersamaan hari Ahad. Lagi satu minit nak menginjak ke hari esok..Eh (tgk jam) dah masuk hari esok pun...Fuhhh..Berakhirnya juga hari ni. Hari yang betul2 bersejarah. That why aku ambik masa sket ni tuk coretkan jugak sumthing.. Untuk jadi kenang-kenangan dan peringatan.Tp aku x leh citer the whole story, coz aku aku masih berbaju kurung ofis yang aku sarung dr pagi td. Melekit2 badan ni. So, I just short cut je or lebih tepat buat dlm flow chart je. Senang. Here the story begin.....kisahnya bermula pada petang hari...


Pagi: Cam biasa masuk ofis lewat + terhegeh2. Dah la x pergi perhimpunan bulanan tuk kali ke berapa ntah..Serius aku hilang ingatan jap.
*
*
*
*
*
*
Tgh hari: Buat keje cam biasa plus call sorang mamat ni tuk dating petang ni. Set time and venue (Eh jap dia bukan pakwe aku, tp guna word dating je la. Senang). Dari semlm duk berjanji nak dating, tp aku asyik bz je. Dah la 1st time ni nak dating. So ari ni terpaksa tunaikan. Repeat yer, 1st time dating.
*
*
*
*
*
Setel keje pukul 6. Bergegas mcm ribut ke tempat yang dipersetujui untuk 1st date. X pergi jauh pun. Dekat je ngan opis aku. Jimat masa dan tenaga.
*
*
*
*
*
Running our 1st date (geli aku)..hahaha..Ok2..serius! We all chat mcm biasa. Pot pet pot pet. Bincang2, ckp2, gurau2, bla bla bla...dah pukul 7 lebih. So masa tuk balik.
*
*
*
*
Keluar kedai
*
*
*
*
This guy mcm blur tiba2.. Tiba2 terpacul dr mulut dia.. "Mana kereta sy???"
*
*
*
*
Aku masih mcm----> Buat2 gelak manja bajet dia bergurau. (Sengal aku ni..Geli pun ada)
*
*
*
*
"Serius kereta sy xde. Td sy park kat sini" ** Dia masih memegang kunci**. Aku dah cuak..Tp aku pulak yg blur. "Awak biar betul ni?" Masih dlm kepala hotak ni dia nak main2..Sbb nya kereta dia rupa mcm mana pun aku x tau. Lg pun mana la tau dia nak masuk kan aku dlm rancangan Wakanabeb ke? (Sengal tahap dewa aku ni). Then tetiba dia ckp, "awak jom g balai..kita buat report". Yer! SEKARANG AKU PERCAYA. JOM!
*
*
*
*
Ke balai polis Gong Badak. Buat report.. Lama plak kat c2. Nak dekat pukul 8 baru setel. Padahal xde org lain pun yg buat report. Apa punya system daa..Time ni dia dah x senang duduk.. Ckp pun dah x betul. Sian aku tgk. Nak gosok2 nak tenangkan dia pun x boleh sbb bukan muhrim..Tgk je la..Tiup kata2 penenang je la yg boleh.. 2 pun ntah apa2 yg terpacul dr mulut aku. Sungguh tidak menenangkan keadaan.
*
*
*
*
Hantar dia balik umah dia. Dia nak solat then lps tuh kena pg IPD Kuala Terengganu nak setelkan report (ntah brp panjang punya report). Lps hantar dia aku balik umah aku, coz aku pun terkejar2 nak solat. Tp on da way nak balik tuh sempat dia tanya aku kenal x mana2 "bijak pandai" yg guna cara Islam yang boleh tgk2 kereta dia sebelum terlambat. Kebetulan mak aku baru kehilangan duit 2 3 hari lps.. So mmg tgh deal la dgn sorang bijak pandai ni. So aku pun rekemen la kat dia. Dia kata boleh x teman kan dia pegi jumpa bijak pandai ni lps dia setelkan report kat IPD. Aku kata no hal. Nanti nak tanya mak. (Tp aku ada 2nd date mlm ni. Tp jugak x kan aku nak abaikan dia dlm keadaan mcm ni..Sungguh tidak berperkemanusiaan). Xper..apa2 hal balik solat dulu.
*
*
*
*
Balik umah solat. Citer kejadian kat mak aku..Then tanya pasal nak jumpa bijak pandai tuh. Mak aku ckp no hal. Boleh je bawakkan. Aku tanya mak aku, aku kena ikut skali ke? Mak kata x payah la.. Biar abg aku yg temankan dia. (So, aku boleh dating lagi mlm ni..hehe...Eh jap...yg ni bukan dating..Ni nak jumpa my beloved friend yg byk berjasa ngan aku, Anip). Then, aku ckp kat dia sory, aku xleh temankan..Ada hal yg x boleh dielakkan. (Menipu sunat, sorry la aku dah berjanji ngan anip). Tp abg aku akan bawakkan pegi jumpa bijak pandai tuh.
*
*
*
*
Anip dtg bawak merz lama bapak dia yg sungguh kelakar (aku x de niat nak kutuk ek anip). Tp serius kelakar. Nak tergolek2 aku tgk. Dah naik lagi nak tergolek..Sungguh antik dan klasik. Dah la aku masih berbaju kurung. Mcm zaman 60an je aku rasa.
*
*
*
*
Sampai kedai air buah. Nak dating kat sini. Kat sini pun kete anip buat lawak. Xjumpa punat nak padam lampu la..Nak kunci kete x boleh la (Ada gaya kunci pintu rumah, serius!). Ada la dlm 5minit duk berdiri nak selesaikan masalah sebelum masuk kedai. Nak gugur jantungku kete anip buat lawak. Bab nak padamkan lampu mmg x leh blah. Siap call bapak dia tanya mcm mana nak padam...hahah. Alkisahnya, Mula2 dia nak pegi kedai yg aku pegi yg 1st date td. Aku ckp jangannnnnn.. X mo dah.. " Kekgi kete mg plok ilang"..
*
*
*
*
(Dlm duk dating ngan anip, tp masih memikirkan mcm mana la ngan mamat td? Sian hilang kete 1st date ngan aku. Tp aku tau dia tgh jumpa ngan bijak pandai ni sbb abg aku tlg teman kan. Harap2 kereta dia selamat lg la. Bukan niat aku nak menggatal ngan lelaki lain. Tp apa la aku blh tolong?
*
*
*
*
Setel 2nd date. Nasib baik kete anip masih ditempat yg asal. Huhu. On da way nak balik mak aku call. " Dah balik lum ni? Kalau boleh balik skrg la.. Cepat sket ..ada hal". Aku dah cuak..Serius! Hal apa plak ni..Serius rasa mcm darah xde kat muka..Nak suruh anip drive laju2 pun paham2 je la kete dia..huhu
*
*
*
*
Sampai umah. Tgk kete byk2 kat laman. Apa kes ni? Terus tuju tempat yg sepatutnya. Rupa2 my 1st date ada kat umah aku tuh. (Abis kantoi aku kuar ngan anip). Dgn adik bradik dia skali. Dlm kepala hotak aku: apa hal plak ni? Abg aku ckp, bijak pandai ckp, ada org dengki ngan dia..Dengki sbb nampak aku kuar dgn dia. Ppuan punya angkara. Ppuan ni upah org curik kete dia? Bukan curik yg betul2 nak curik. Tp curik nak main2..Dlm kata lain..Khianat sbb dengki. (Sbb 2 mak aku suh balik cepat2 coz bimbang keselamatan aku...ooo) Kepala aku set: Adoilaaa...xkan la ppuan ni dengki ngan aku.. Helo...Ni 1st time tau aku kuar ngan dia. Sblm ni sumpah x pernah. Lg pun aku baru je kenal2 g2 ngan dia, wpun family aku ngan dia dah lama kenal. Tp kenal2 g2 je. Dlm hati aku jugak terdetik: ganaznya ppuan ni, siap boleh upah org curik kereta. Giler! Pas 2 ada jugak hati aku terdetik: Byk scandal mamat ni nih...siap ada org blh dengki. Mcm2 bermain kat otak ni. Lantak la..aku bukan awek dia. Lg pun aku x tau nak percaya ke x kata2 bijak pandai tuh. Kan? Mcm mana la bijak pandai ni boleh tahu aku kuar ngan dia, sbb this guy ckp dia xde pun bg tau. Musykil!
*
*
*
*
*
Conclusionnya: Harus/Wajib/Sunat kan aku dating lg ngan this guy? (This guy refer to my 1st date, not anip. Anip mmg akan aku date sampai bila2..Eh jap, akan stop bila salah seorang dah kawen). Ur opinion is really appreciate.
*
*
*
*
Dan skrg aku mengadap laptop mencoretkan pengalaman aku hari ni.. Dah aku nak mandi. Serius betul2 sejarah ari ni. Kesian mamat tuh. 1st date ngan aku dah hilang kete. Anda kat luar, ada brani nak date ngan sy? hehe..*kidding.





p/s: Aku x rasa ada gaya flow chart. Kan?

Saturday, April 17, 2010

Oh Happy!




I just got back from my business's preview. Oh i like this feeling. Happy!Excited!Pleased!Glad!...Apa lg? All those what-so-called +ve feelings. I never thought involved in this biz can give me all those feelings. Rasa mcm teruja jatuh chenta ajer..hehe


I can see those feelings from my biz partner too. Both of us bring a few prospects to be introduced into this kind of Biz. And, all of them gave us +ve feedback about this biz. Alhamdulillahhh. Malah, a few of them agreed to register for Biz course in KL. Skali lg alhamdulillah..Nak seribu daya, x nak cukup dgn satu alasan. Kan?


Ermm...aku ni dr ari 2 lagi duk berckp pasal biz. Tp, x pernah reveal biz apa aku buat? Huhu..Sorry2. I just need a quality of time to reveal everything. For the time being, for those who are eager to know what Im currently doing, u can hit me at:


019-9864535

or just email me:


sheriffa.fahima@gmail.com

Till then...





Thursday, April 15, 2010

Happy with new lappy!



Heheh..xde lah. I bukan beli new lappy. Tp i pergi format my current laptop today. Letak window baru and everything baru. So the feeling rasa mcm pakai lappy baru. Boleh cam 2?


Masih menyesuaikan diri dgn Window vista 7 ultimate. Dulu pakai vista je. Then, the owner of the kedai suggest vista 7 ultimate.. Lebih light katnya. Lantak lah. Klu ko rasa yg tuh lebih cun, taruk je. Lg pun aku x nak ketinggalan. Tgk kat PC fair ari 2, seme dah pakai Vista 7, xkan aku nak duk belakang lg kan..chewahh..


Tp wpun everything dah updated, still ada satu benda ni aku masih guna yg zaman dolu2 punya. Teka apa. Tang satu ni, mmg aku x leh go on dgn yang terkini punya, otak x leh set betul2..hehe. Tahu apa? The one and only, Yahoo Mesengger. Yang ni mmg aku pakai old version punya. Aku menyampah tgk version baru punya. Cannot go bak kata org tganu. hehe. Nasib baik installer dia masih ku simpan kemas2 dlm pendrive (2 bijik), dlm hard dics, dalam lappy lama, dalam email. Fuhh, In case anything happen, x payah aku mengigau cari installer ym lama. Version 11 x silap aku. Skrg verison apa ekk? Sbrnya owner kedai tuh dgn baik hatinyer dah tlg install ym. Tp aku uninstall balik, then masukkan yg aku berkenan. Lantak la org nak kata aku old version pun..Ada org kata ke?


Alkisahnya, lappy aku ni bukan wak hal sgt pun sampaikan perlu format. Just aku bergaduh ngan printer je. Berpeluh aku 2 hari 2 mlm berperang ngan printer..Ntah apa masalah x tau la. Mcm x leh go on ngan lappy aku punya system. Klu aku teror godeh2, aku yakin dpt solution punya, tp mls nak pikir panjang, pegi kedai format je. Abis citer. G2 lah aku. X suka pening2 kepala. Suka ambik conclusion je. Huhu. Bila la perangai ni nak berubah. Tp td try print dah ok. Harap dia x wak perangai la lps ni. Klu x tamat la riwayat ko wahai sang printer..






Wednesday, April 14, 2010

Bila CCB masuk lab!



Okey.. Jom kita mengira:

0.75 x 10 = 7.5

Kan? Budak sekolah rendah pun tahu ni. Amount di atas adalah amount citric acid yang perlu aku masukkan in jam making.


Tapi, entah macam mana kepala aku ni register 0.75 x 10 = 75. Ya Rabbi. Korang bayangkan berganda2 citric acid yang aku tuang dlm jam tuh. Jauh lari dr amount asal. Tuhan je yg tahu betapa masam nyer jam aku bikin..fuhhh..giler dasat. Aku sendiri pun x sanggup nak test. Kesian Kak dayang x pasal2 jd mangsa aku. Sory ekk Kak Dayang..hehe


Jam tuh bakal dipersembahkan kepada YB2 yang datang untuk satu program under my deparment. Nasib la merasa dulu, klu x mahu 40 hari 40 malam YB tuh cirit.

Sudahnya, keje yg sepatutnya settle pukul 4 terus extent jd pukul 6. Xpasal2 miss evening exercise..huhu



Saturday, April 10, 2010

Akhirnya aku berjaya jugak...



I consider myself as buta IT. Ok, klu buta IT mcm mana blh ada blog and fb bagai kan. Oklah, maybe bukan buta IT, tp kurang pengetahuan. I ni yg jenis main klik2 je. Tanpa mengetahui apa tujuan 'klikkan' itu. But hey, thats how we learn kan. Klu tetiba blog jd tu jd tunggang langgang, nasib badan la atau lebih tepat..Padan Muka!


Tp sejak kebelakangan ni, Im proud of myself. 1st, sbb blh letak pic header yg gedik2 tuh. Fuhhh, jenuh 2 tau nak mengedit. Padahal bukan edit pun, juts gunting2 gambar tuh je. Then letak kat header. Tu pun makan hari. Nak gelak pun gelak la..


Tp hari ni lah plg proud. Or lebih tepat petang hari sabtu ni. Why?? Sbb i berjaya add nuffnang ads at my sidebar. Hoho..berjaya! Dah lama ni mencuba..dah nama kurang pengetahuan, mmg ambik masa.hehe. Aku pun nak earn some money through blogging. Mana tau kan, rezeki ada di mana2...Usaha yg penting.


So, kengkawan, sila klik kat nuffnang ads tuh yer..Buat baik akan di bls baik...kihkih..
Korang nak ckp aku jakun ke apa ke, lantak la..yg penting aku berjaya.




Friday, April 9, 2010

Nothing



I want to write something, but i don't know what to write about.
Maybe to much things to write up will end up with nothing. I'm not good at writing, however deep inside i wish i could be a good one.


I told u, there's nothing to say. So i will end up here..daaaa




Wednesday, April 7, 2010

Yang tebal makin nipis, yang tinggi makin mendasar..




I don't know others, but being me, I always been so particular about certain things. Contohnya makanan kat bawah ni. Dadih. Bila2 time bulan mengambang, dadih mmg menjadi my feberet.




But when I bought this dadih the other day, I was so shocked.. Eh, tipu. X de lah terperanjat sgt. Cuma macam..Haa!!!sikit nyer..Cuba tgk isinya. Ciput kan. Tu i belum sentuh tu. Jgn ckp i dah cedok2. Klu teliti betul2, hampir separuh dr original content. Klu dulu beli penuh bekas.. Paling tidak pun dia punya head space xde la melampau mcm ni. Tp ni dah melampau ni. X puas aku mkn. Kenapa x bg bekas kosong je. Blh jugak mengamuk. :")


Begitu jugak time aku beli roti tempayan. Eh jap, bahasa standard, roti Nan. Klu org tganu panggil "roti payyanggg". I ni suka beli roti payyang kat pasar malam. I noticed one day, i beli roti ni nipis melayang. Dua tiga bulan lps rasanya tebal elok je. Huhu..Lg skali x puas mkn.


Adoi la, so skrg ni most of the peniaga nak cut cost je. Of course la kan. Berniaga mesti nak untung. Barang keperluan seme makin mahal. Klu x cut sana, cut sinun, mcm mana nak untung.


**As for me, I prefer they increase the price rather than they cut the product's content. What's ur opinon?



Sunday, April 4, 2010

Untuk semangat je..



Pic2 menggedixs kat atas tu xde tujuan apa2. Just untuk bg semangat kat aku supaya
terus berblogging. Pendek kata, those picas inspired me to keep on posting something. Konon la. Harap2 mcm 2 la. So sila jgn sakit mata belek blog ni. Jika rasa x selesa, just go to the content straightaway. ^ ^

Saturday, April 3, 2010

Settle satu...

Alhamdulillah...baru je submit students' mark tuk satu subjek..lega..dah lewat sbrnya. Awat la aku ni wat keje lembab norr..Sorry ekk kakju hantar lewat..Sila check email yer..sy dah send. Ari tuh ada dua org student dtg my room tanya markah depa.. Tp sory la my dear student, nasib ko la dpt cik ceri beri ni.. I buat keje mmg penuh zuhud+tawadduk. Untuk kesejahteraan masa depan korang jugak..hehe.. Lps ni klu cik ceri beri ni rajin, ada la markah korang terpampang kat pintu bilik..tgk je la..

So skrg tinggal satu aje lg lab yg belum setel. Yg ni bukan setakat nak key in data, marking pun belum habis..aiyakkk..xper2..caiyok2..


Okey..kita stop citer pasal kerjaya aku ni.. Skrg kita citer benda lain. Ni ha..semalam aku balik keje, ada terima satu surat..kecik je. Nampak gaya surat ni cam pelik sket. Sbb bila pegang2 ngan tangan rasa x rata. Ada gelembung2. Saja buat aku tertanya2. Biasanya klu surat tuk aku awal2 dah aku dpt trace surat dr mana.. Klu x bil streamyx, celcom, klu x celcom, cimb master card, klu x cimb master card catalog cosway.. jarang2 skali ada la surat cinta PTPTN..surat2 ni je yg selalu mengacau hidup aku..Tp yg ni lain mcm..


Then bukak le dgn rakus nya nak tgk apa yg gelembung2 tuh..Bukak je, aku cam pelik sbb nya surat dr Ajinomoto..Apa kes? Nak ajak aku main masak2 ke..



Rupa2 nyer company pak aji ni tgh duk promosi Perencah Pati Ayam TUMIX diorang. Siap dgn peraduan skali. Eh, bukan ke TUMIX ni dah lama dah kat market. Xper la, maybe ni strategi diorang..Itu x kisah la..lantak depa..Yg buat aku musykil, mana la depa dpt details aku. Seigt2 aku la xpernah aku bg details or isi mana2 form kat company pak aji ni.. Nak masak guna tumix jauh skali.. Yer la masak pun sebulan skali sejak2 bz ni. Klu ada TUMIX pun konpem x jumpa bila time nak masak sbb barang2 kat dapur aku selalu berubah tempat dek penangan nenek aku yg suka mengemas tahap dewa..eh dah melalut.



Ok back to the main point..Pasal details aku yg diorang dpt ni biasa la kan, ada la 2 cara depa. Sama jugak mcm org buat sales credit card yg slalu calling yg ntah dr mana dpt number kita kan..Ceh, buat terkejut plak bila company pak aji ni bg surat ni..X, i bukan apa, terkejut sbb dr company cenggini..Rasa sungguh x sesuai dgn character aku. Klu dr syarikat kosmetik ke, boleh la terima lg..perasan!



Tgk pada peraduan yg disediakan mcm best..Dpt honda City youuu..Cuma isi form then bg benda alah kat atas ni..Benda ni la yg bagi surat tuh rasa gelembung2 tu..Syarat nyer just gunakan TUMIX ni kat dlm masakan then kembalikan peket kosong berserta borang ke company pak aji..senang kan? Nak kosong kan paket ni lg senang..Aku tuang je perencah ni dlm tong sampah. Setel. Klu nak tggu aku masukkan dlm masakan konpem raya haji tahun depan belum tentu habis. Lg pun klu aku masak xperlu TUMIX2 ni..mmg dah origin sedap. Yer la sedap kat tekak aku..aku yg nak makan..hehe


Aku duk kecoh2 ni, aku sorang je ke dpt benda ni..Mesti korang pun dpt jugak kan..Saja je aku nak kecoh..kasi hot..haha



** Korang rasa la kan, kalau company Pak Aji ni baca blog aku, nak ke dia bg Honda City tu kat aku..Haram!! Rasanya kereta sorong pun agak2 nak bg..





Thursday, April 1, 2010

Aku masih di sini...



5.33 pm..Aku masih di sini..Di mana? Kat opis la..Eceh..nak bg tau aku rajin la tuh sbb org lain dah balik..Tp aku masih kat opis..Good point. Xde la, wpun masih di ofis, tp p bukak blog, xde maknanya...kan kan..Aku bukan buat keje yg hakiki (wpun hakikatnya mmg keje melambak..relak ah jap..layan blog) . Tp x leh kata aku curik tulang tau..Sbb ofis hour dah abis.. Klu nak kata aku membazirkan bil elektrik kerajaan maybe boleh diterima kot..


Apa point aku kat sini..nak ckp apa ni? Well sbnrnya mmg aku nak bg tau yang jadual aku begitu padat skrg ni. Semalam was the hectic day..tp berbaloi..8 am till 5.30 pm kat ofis (eh jap, pukul 8 ke aku masuk keje??abaikan..) Seharian kat opis duk marking je keje nyer...adoi la byk tul lab report...Sejak dari 2 mggu lps hampir 800 keping (keping ke?) report aku kena mark..Naik berpinau mato den.Bontot pun kematu jdnyer sbb duduk..X gerak2..Yer yer..tau tau..Org lain lagi byk..Saja je nak bg tau aku punya. .No offence. Lps ni klu x puas hati, bg tau korang punya plak yer..hehe kidding. What ever pun kita kena ikhlas dgn keje kita. Bila ikhlas hati pun tenang..keje pun jd mudah..InsyaAllah.

Then after 5.30 pm sempat lg aku p main badminton jap. .Main stgh jam pun jd la. Asal berpeluh. Knowing the fact that exercising is vital for our health, then i will never leave behind this routine activity. At least 3 times a week. Dah, dah ceramah pasal kesihatan plak dah. Aku bab2 kesihatan mmg mcm ni..Tiba2 naik semangat..ceh.

Then malamnya, I run my bisnes.. One of my customer asked me to activate her children's portal. Syukur alhamdulillah, rezeki.. Aku sejak terlibat dgn bisnes ni baru aku sedar erti " duit x kan dtg bergolek"..Xde istilah goyang kaki dapat duit..Yang ada usaha, tawakal dan doa..InsyaAllah, Allah will help...

Ada ke yg tertanya-tanya what kind of bisnes I tgh buat ni? Tungguuuu..I will story more some other time.. Now x sempat, coz nak balik dah. Mlm ni ada appoinment ngan client..I like this job. Easy peasy..



p/s: Ada org ajak aku lawan badminton mlm ni..So sorry la, disbb kan aku dah exercise 3 kali mggu ni, so tonite bisnes comes 1st..hehe