Wednesday, March 23, 2011

Hari ini!!!



Alhamdulillah... baru je dpt bangkit (bangkit?klasiknyer word!) dr katil. Seharian hari ni dr pukul 12 tgh hari sampai kul 5 ptg mmg berguling2 je atas katil. Seyes x tipu. 5 jam aku berguling2. Beginilah bila senggugut menyerang. :( Tapi alhamdulillah, sejak 3, 4 bulan lepas sakitnya x de la melampau2 mcm dulu. Means xde sampai muntah2. Just x larat nak bangun dan buat keje je. Ni pun jalan pun terhoyong hayang lagi + terkangkang2. Mcm org baru lps beranak je aku rasa. So, baik duduk diam2 dan update blog. Kan?


Disbbkan x larat nak angkat kaki,tangan, leher dan kepala segala.. Mkn tgh hari (tgh hari pada pukul 6 ptg) mestilah sesuatu yg cepat dan senang. X larat nak angkat sudip dan kuali bagai. So, kita angkat smartfon je...



Domino's Pizza adalah jawapannya. You know what? This is my 1st time ever rasa Domino's pizza. Apa kesian? Hahahah.. So, kejakunan berlaku di sini. Sbb tu siap ambik gambar ni. Weh korang, kat Terengganu nun mana ada Dominos2 ni. So, mana aku nak carik? Nak suruh delivery dr KL ni ke? Mau cas seribuuu!!


Alaa....lg pun aku ni bukan big fan any type of fast food ni pun. McD, KFC, Burger King, Pizza baru brp kali aku rasa sepanjang 29 thn hidup ni. Cannot go omputih kata. X kene dgn tekak. Tp dlm byk2 fast food, pizza la yg plg ok sket dr yg lain.





Knp mesti ada Lasagna sekali untuk lunch? Biasala, aku kan haloba!





Disbbkan aku x reti order pizza, aku main hentam je apa2 pun. Lantak lah sedap ke x. Nak alas perut je. Gebu jugak domino's ni ekk






Skali hadap je. 4 slices tuk aku sorang. Lasagna?? Mlm karang lah...hahaha..haloba sgt!



Owchh.. Dr td aku duk risau sbb esok ada presentation (again!). Tp Allah Maha Kaya, sedang aku duk berguling2 atas katil , Dia mendengar rayuan ku. Tetiba dpt email dr my lecturer:


Dear students,

"Please take not that the class presentation scheduled for tomorrow will be postponed as Prof. Dato Suffian will give his talk tomorrow."

Senyummm dan syukur... Nak je aku reply balik: "MY PLEASURE"


hahahhaha

Tau2 je, slide aku masih koyak rabak dan compang camping. 





Tuesday, March 22, 2011

Past few days punya activities




Aku rimas tgk gambar2 ni dlm bb aku...So, tak kira nak kene transfer dlm blog jugak. Baru puas hati. ;P
Dua tiga hari lepas a friend of mine dtg dr jauh nun di Terengganu menghabiskan cuti sekolah beliau dan bergembira disini. Just spent 2 day here. Ok lah 2 boleh release tension. Bukan tension beliau sahaja, tension aku pun skali. Maklum la time tu baru lepas abis presentation aku yg ntah apa-apa. Dah la sblm present tu kereta aku masuk lubang, terkopak lg bumper (tul ke eja ni) depan tuk kali ke dua (last min punya keje kan...mmg mcm ni, gabra punya pasal-padan muka aku). 


Tak pegi mana2 pun...just jalan dan aktiviti wajib mestila melantak kan. Tgk gambar je la. Mls nak citer. Aku tgh buat slide ni. Esok nak present lg.hoho


 Ke Korea untuk melantak.ahakss


                    

Mmg melantak x hengat dunia punya. Puas hati. Oh sapa2 pegi Seoul jgn lupa tunjuk student card (if ko student la) dpt less 4 hengget.



Sisa2 daging terakhir. Mmg tak larat nak sumbat dah. Kekenyangan tahap kronik




Layan gambar gedix sket..









Hari ke dua: Setelah kepenatan gaban berjalan sakan. Buruk tak perangai duk dlm shopping mall gaya cam ni. Kepada sapa2 yg ckp CCB manusia ayu, baik lah korang pikir 10kali balik.

cun x aku? Model tgh makan roti..

Skali lg..ayu ke?



xde keje duk dlm surau...Sorry cekgu..gambor mg byk 1/4 je..hahah



Owch....lupa.. Recommended. Mmg sesuai untuk release tension. Dr awal citer sampai akhir ko tahan gelak je la keje nya. Wpun cicak cekeding ni gayanya mcm ni, tp percayalah, ko akan tetap anggap dia hensem dan macho. Sbb dia adalah Johnny Depp!!!



Sunday, March 20, 2011

Jemputan...mkn2 today



Alhamdulillah..baru je balik dr food service competition kat upm ni. Balik2 je terus rasa nak update blog. My housemate yg in-charge this event, so she invited me as one of their guest. Just guest je. Bukan juri. Meaning that dtg hanya tuk makan dan makan dan makan. For ur info, me and my two housemates (aku duk bertiga je), asalnya semua pure food technology. Degree holder from UiTM dihatiku. Tp ntah mcm mana, kwn aku yg sorang ni leh lari bidang ke food service.. Ok lah 2, asal ada keje. Kan? Dan best jugak, boleh invite aku mkn free mcm ari ni slalu. :D Aku yg food tech ni, skrg ni makin bertambah pure. Bukan stakat food tech, im now more to food engineering. Sigh! Mcm mana leh masuk dlm bahgian yg plg nak elak ni ekk? Aku pun confuse. Ada hikmahnya insyaAllah..

About food service.. It's totally different as compared to food tech eventho its all about food.  X payah la terangkan kat sini. Korang bukan paham pun! Cuma aku nak bg tau, i am nothing at servicing. Zero knowledge. Ni klu student aku baca ni buat malu je. Haha.. But yes i am. I think i should gaining some knowledge about food service as UMT also offered this subject. Poor i am.



Yg aku tahu, stp kali diinvite event mcm ni aku hanya tahu melantak. Service? Apa aku fedulik. Ok, lets take a closer look, what i had for today..Oh, aku mmg fail bab hafal nama2 makanan. Tgk gambar je la ekk..




 Starter dulu ke appertizer dulu? Ni pun xleh nak bezakan. Yg tahu besttt..



So, yg ni appertizer? Ke starter? Mushroom soup with bread. Ni pun sedap.



 Butter...comelnyer....



 Main course. Kwn aku punya. Fish snapper ape benda ntah. 



  Main course-mine- Chicken bla bla bla... 




 Oh my jiwa mmg 'cannot go' dgn carbonated drink. Dlm setahun skali je kut aku minum air bergas ni. Bila? Time raya la. So, thn ni dua kali minum. Jiwa kampung sungguh aku ni.




 Dessert. Bread butter pudding. 




Kaw sungguh kopi ni. Pening aku!



Actually food was not their main objective. Dah namanya pun food service competition right? Of course, they focus on service. Tp as for me, apa saja yg free, of course sedap..hahaha. Alhamdulillah for rezeki today. 


Sekian!






Monday, March 14, 2011

I cant find my mind..



Tomorrow im going to present my proposal. Oh, really hate this part. The more i think of it, the more i stuck into myself..eventually i got blank. When i got blank, i tend not to think of it. When im not thinking of it, the result is i will do nothing. Watching Merlin tonight instead of practicing my presentation. But believe me, watching tv without absorbing the content. My mind is out of nowhere.. Pls catch it for me... Pray for my success tomorrow..



Ohhh... I manage to catch one beautiful quote by Naga Merlin Tonite. He said:


 "ALL GREAT STRUGGLES DEMAND SACRIFICES"


I love motivational quote.. Tak kira la sapa yg ckp, org ke, naga ke, hantu ke,....sekian..





Saturday, March 12, 2011

Masalah apabila menjadi pengguna BB (Blackberry)






Sapa kata guna smartfon tiada masalah...Adaaaaa... Tp prob aku ni pelik sket..
I dont know u.....but being me always facing this masalah setiap kali dpt msg.. Bukan setiap kali la. Tp slalu je..

Contoh situasi:


Kawan: Woit, buat apa? jom jalan2 esok...wayang ke?

Then i replied..


Aku: Aku? Duk menelaah la konon2 nyer...
Aku: Padahal layan blog..hehe
Aku: Esok ke?
Aku: Xleh ah babe..
Aku: Aku ada hal...
Aku: Nak setelkan sumthing
Aku: Lg pun bukan ada citer best pun leni..
Aku: Tp klu ko yg belanja jd best la
Aku : Hahahhaha




Kendian aku perpikir sejenak...Mcm ada yg x kene. Awat aku reply msg mcm chatting ni???



AIYAKKKKKKK!!!!!




Itu msg from SMS la cik kak....bukan msg from BBM. If BBM mmg la aku leh syok reply mcm tuh. Boleh buat gaya chating. Sbb FREE. Tp klu SMS ko reply mcm ni mmg jenuh la ko nak bayar fon bill tiap2 bulan cik kak oiii... Kopakkk!!


Itulah natijahnya if kemaruk duk berBBM. SMS ngan BBM pun dah xleh nak differentiate. Aku rasa fon ni dah cukup smart dah, cuma penggunna dia ni yg x brapa nak smart ^ ^



* Mesti kwn aku tuh kepeningan naper aku reply msg dia berderet cenggitu. Kan boleh reply skali harung je. Jimat sen..
"hahahhahah" pun nak reply asing2. Well, pengguna BB je tahu. Tu pun species yg mcm aku je kot...




p/s: tu belum masuk bab aku layan BBM, SMS, FB, and YM serentak. X cukup jari dibuatnya. Lps 2 mengadu smartfon cepat abis bateri. Boleh x?




Friday, March 11, 2011

Alhamdulillahhh...




Terasa begitu syahdu ari ni. Cuaca hari ni cukup mendamaikan. Hujan renyai-renyai.. Seakan mengimbau memori silam. Eceh..Byk aku punya memori? Memori slide presentation aku x penuh2 lg ni. Yg ni lebih penting. X payah penat2 imbau memori lain. Buat keje!




Apa2 pun bersyukur kepadaNya pada hari yg indah ini.. Alhamdulillah...Allah Maha Besar..



Bangga!!!




Both of them are my business partner.. Dtg dr jauh nunnnn di Terengganu and stay in KL ni tuk 2 hari semata2 nak timba ilmu dlm perniagaan ni. Owchh...uoll igt x i buat bisnes apa? I did mention it in my previous previous previous entry that i'm running some sort of education business. Kan? For those yg follow my blog dr dulu mesti dah tahu kan? *Ada ke org folo blog akuh??? 


Yes, I'm still running this business. Maybe, i kurang blog about my biz lately due to some inevitable reasons. Yer ke x dpt dielakkan?? Alasan semata2. Hehe.. Ok la, maybe my life quite unstable lately. Yer la, dari Terengganu pindah ke KL, settle urusan phd, cari umah sewa, pindah masuk umah, cari 2, cari ni...bla bla bla...Ok. Alasan. Nak seribu daya. Kan?




But, the point here is, i never quit. And actually, im still active. Cuma belakang tabir kot. Skrg nak kembali selak tabir..Nak kedepan balik. Opps sorry. This entry is not about me, but purposely made for both of them..my beloved biz partner. 


Kata org, nak berjaya dlm sesuatu bidang mesti ada ilmu kan? Im so proud of them sanggup dtg dari jauh untuk menimba ilmu dlm biz ni. At first, masa mula2 nak tinggalkan diorang ni kat Terengganu, gundah gulana sungguh hati ni. Takut dikatakan mengabaikan biz partner. Takut diorang rasa down. Takut x dpt serve sebaik mungkin. Dan mcm2 takut lg. 




Tp semua tu mainan perasaan je. They performed well. In fact a way better than me. Yg kakak sebelah kanan tu, asalnya dlm bisnes ni zero..Yer la kan, tukang jahit kampung je. Nak on laptop pun x reti, apatah lg nak menaip bagai. Namun, berkat usaha dan kegigihan akak ni, skrg ni bukan takat on laptop, boleh berfb, beremail bagai... siap boleh jd speaker kat tganu skrg. Aku sungguh bangga dgn dia.. Betul2 bangga. Alhamdulillah.. Moga Allah mempermudahkan segala urusan..Aminn..





Wednesday, March 9, 2011

Kakak terbaik...

Bangun pagi td (pagi la sgt kan...) terus tgk handfon. As usual la kan. Aksi pertama lps bangun tido. Nak check la dah pukul brp, bbm, sms, email...bla bla bla.. Then terpandang tarikh ari ni.. 9/3/11. *Termenung jap. Mcm familiar je with this tarikh. Then tiba2 ntah mcm mana termasuk tarikh yg sama dlm kepala otak aku ni, cuma tahun yg berlainan. 9/3/93 (Cantik no ni kan??) - Ya Allah, besday adik aku ari ni...huhu. Macam mana blh terlupa ni. Sepatutnya dr semlm lg aku wish...Bertuah punya kakak!!! Then got a msg from my mother said:


Birthday adik anah ari ni...jgn lupa


Then i replied: Yer ahhh...igt2...jap ag adik call adik anah... (cetttt, padahal baru je igt)


Then my mother replied back: X per...besday girl tido ngat lg...


hahahha...lawak mak aku ni...Fuhh..tp nasib baik tido lg adik aku ni... xde la nampak bersalah sgt...





                           

 To Cik Ponah, my dear little sister, happy birthday dikkk...Nok mende?Nok mende? Nok mende? Kabo je.. Cuma jgn request ni...






Waaaaaaaaaaaaaa....4 thn doh janji nok beli benda ni....nanteyyyy...

Oh wanita!!!

Disbbkan aku wanita, disbbkan semlm hari wanita sedunia...so ari ni aku nak dedicate this song to all women out there. Kenapa x dedicate semlm? Sbb semlm aku sibuk! Ko apa tau...


To all women. Believe in urself..You're so special.



And the special one in my life goes to.....

of course to my mom... the one and only..tiada dua apatah lg tiga..wpun my umi x tahu nak bukak blog (hanya tahu bukak cimb click, cimb email and other bank statement...mentang2 lah keje bank..ini je yg tahu), tp aku x kira, nak dedicated jugak lagu ni tuk my umi..


She such a superwoman, wonderful, tough lady, pure mommy's heart....speechless

a miracle one....


love u umi...



Oh, teringat conversation via sms between me and mak aku semlm... Alkisahnya, aku mintak tlg mak aku ni belikan aerobic outfit kat tganu. Kebetulan ada kwn aku nak dtg melawat aku kat sini...So, mintak tolong belikan dan kirim kat kwn aku ni...



Umi: Kak intan (penjual) kata ada seluar aerobic.Maybe esok dia bawak kat umi

Aku: Ok.. Umi tgk le yg mana berkenan..asal jgn ada yg pendek doh la..Umi kira2 ah, esok2 adik bayor ah

Umi: Adik?? nok bayor balik?? Ke umi??? hahahahhaha


Kureng asem mak aku ni...tau2 je aku wat diam pas ni... ^ - ^





Tuesday, March 8, 2011

Pujian????




Hari ni balik dr gym senyum sampai ke telinga..muehehehe



kerana....

Ada org puji gue...looking a wayyyyy younger than my actual age
(yer ke idok  minah ni? ke nak ambik hati aku je?)


x baik bersangka buruk ngan org kan? Dah org puji tuh, kira bertuah lah tuh...

Tp kan...nasib baik minah ni tgk aku tahun 2011 ni. Andai di flashback balik ke 2-3 tahun sudah...pasti tiada kata-kata manis yg terpacul. Silap hari bulan siap kutuk aku...Eh skali lg, x baik bersangka buruk ngan org... 


Mau x kutuk... dulu aku gemuk, tp nak bergaya jugak. Ayat power: NAK BERGAYA TP X SEDAR DIRI-AKU LER TUH...hahahha


OH!THANKS TO HERBALIFE KERANA MENGEMBALIKAN KEYAKINANKU..eceh, sempat ag promote. Whateverrr....



Back to puji-pujian td...I wanna tell u something about me. Something bad about me. Worst part about me that i'll reveal. 


Errmmm... Setakat ni, i dont know why, somehow, somewhat, i couldn't accept any compliments from guy saying that 'u ni cantik la....u ni lawa la'

I feel like...yackkkk...Oh my bad... x menghargai pujian sungguh.. But thats the way I am. Kena ubah 'peel' aku ni...


Kenapa aku jd cam 2 ekk?? Susah nak explain. Mmg perangai buruk sejak azali kut. It's not because i think those compliments are contradict with the way i exactly look.. No no no.. I already know, I am beautiful. Apa? Muntah hijau dah?? Hey, women out there...kita semua mmg dilahirkan cantik lah.. Kita harus berbangga dan bersyukur dgn kejadian yg Allah bagi ni.. Kita mmg cantik. Bukan aku je..Korang pun.. So, lap balik muntah hijau td...


It just, i dont need puji-pujian dr kamu guyss... Menyampah tau x.. 



Eh jap2, there was a time i menghargai pujian. Betul2 menghargai pujian. Pujian yg i rasa betul2 ikhlas dr lubuk hati beliau.. And it was from a guy. I repeat, a guy!




And it was this guy. Not exactly this person la.. but a kind of this type of guy. Yes org gilerrr.. Hahahhaha.. Kata org, bila org gile puji, mesti ikhlas kan? Yer dok? Muehehhehe. Sbb 2 aku bangga kot. Citer sket.. Time 2 aku dalam klinik kerajaan, waiting my friend wat checking apa ntah. Then tiba2, ntah dr ceruk mana org giler boleh masuk klinik ni...Kira species yg x membahayakan la. Masuk dgn riang dan gembiranya sambil menyanyi2..Siap ngan gaya bagai. Ala2 tgh odisen g2.. Bersungguh2 dia nyanyi.. Aku time 2 duk kat tempat menunggu yg kerusi berderek2 tuh. Kira ramai la org lain duk menunggu jugak. Hamba Allah ni teruskan menyanyi dgn machonya.. Kami yg menunggu ni bagaikan juri dia. Dr satu juri, ke satu juri dia bergerak.. Dgn gaya tersendiri. Lain juri, lain gayanya.. Tup2 depan aku, dia leh pandang muka aku sekejap, langsung keluarkan satu lirik yg memuji kecantikan.. Aku nak describe kat sini pun x reti. Pokok pangkalnya pujian lah. Lirik lagu ntah apa2 yg kata aku ni wajah berseri, putih nan melepak (wpun hakikatnya xde la melepak pun).


dan....


Aku pun tersipu2 cam kerang busuk.. 

dan

*Dan2 tuh aku pun join giler jugak!!!Mueheheh


Sekian!




P/S: By evaluating this entry, u may know why up until now, i dont have special bf kan? Wahhh promote diri ni.. Dah jenis x menghargai pujian, org lelaki ni jenis suka puji...alahaiii...











Wednesday, March 2, 2011

Aku cukup menyampah dgn situasi SMS di bawah:





SI B: SALAM...SEDANG BUAT APA? KLU X SIBUK BOLEH KITA SEMBANG?


AKU: WSALAM....MAAF, SKRG SIBUK SKET..ADA KEJE...SORRY YER...


SI B: YER KER?? NAK BERKENALAN DGN AWAK BOLEH????






BODOH!STUPID!IDIOT!PAGAL!...APA LG? BODOH IN MANDARIN APA EK?? LUPA DAH... DAH KU BILANG SIBUK..STILL LG TANYA YER KER?? SIAP NAK BERKENALAN. ADOI LA...DAH LA GAYA SMS MCM BUDAK SEKOLAH RENDAH. BUDAK SEKOLAH RENDAH PUN MATURED LG RASANYA.. GELI DEN..SI B NI MMG STOCK OTAK TERTINGGAL KAT PASAR MALAM...OR JENIS OTAK KENA FORMAT BALIK.. KLU DIA REPLY MCM NI KAN BEST SKET:


"OPSS SORRY KACAU..NEXT TIME YA....."






*Awat aku emo ari ni ni???