Thursday, April 10, 2014

Blog update???


Assalamualaikum...

Betul ke tindakan aku update blog ni? Aku tak yakin aku boleh istiqhomah lagi. Selalunya janji memang tinggal janji. Tapi entah angin apa menyerang, rasa nak update blog. Tapi mungkin jugak sbb aku tiba2 ada spirit nak promote puerh tea aku. Kann????? Hahhaa.. Pecoh borr..


Sebenarnya perasaan nak update blog tu mmg ada. Tapi tak ada pemangkin. Mmg bab hapdet-menghapdet ni nak kene ada something yg boleh trigger kita bertindak. Dalam kes aku ni bila dah nampak yunnan tea yg aku jual tu ada demand je, mula lah gatal tangan nak update kan. Konon nok promote yunnan tea aku tu tru blog ni.. Tp bukan promote yunnan tea ajer lah, niat nak update life tu ada jugak tertanam. Mcm aku ckp, yunnan tea ni as pemangkin. Elok lah tu dari tak ada langsung kan. Kan?? Tapi aku tak tahu la sampai bila boleh buat secara nekad ni. Biasanya separuh jalan je. Ermm.. Susah!


              
Btw, sebut pasal life, kadang2 aku masih mcm tak percaya je aku kawen dgn apek ni? Seriously! Tak percaya aku dah jadi isteri orang. Walaupun dah hampir 3 bulan aku jadi isteri orang, tapi perasaan tak percaya tu masih datang kadang2. Maybe lama sgt aku membujang. Sempat pegang title andartu kejap. Alih2 jodoh datang tiba2. Dengan orang yg tak disangka2 plak tu. Berlainan bangsa plak tu. Dah la berlainan bangsa, negara pun lain. Inilah yang dinamakan jodoh. Bila Allah dah tetapkan, duduk kutub utara pun blh bertemu. Semuanya atas kuasa Allah..

Tapi memang weh.. Seriously dulu mcm pernah la terlintas aku ni tak kan kawen. Sebab terasa jodoh aku berat sangat. Tapi bila datang je perasaan tu cepat2 aku tepis. Jgn dilayan perasaan negetif. Tapi mmg ada. Igtkan title cikceriberi tu aku akan pegang sampai bila2. Huhu. Dan aku dah bersedia tuk redha. Rupanya planning Allah maha dasyat. Sungguh aku terkejut dgn perancangan Allah. Indah!! One day aku rasa nak story je perjalanan aku bertemu jodoh. Moga boleh dijadikan panduan buat bujang2 di luar sana. InsyaaAllah.

Rasanya url blog ni dah patut kene tukar kot. Aku skrg bukan cik lagi. Aku sekarang sudah Mrs. Zheng!!! Hahaha

Alhamdulillah

About tea, sesiapa berminat dgn original yunnan tea (atau lebih dikenali puerh tea di yunnan), samada green tea atau red tea, boleh contact/whatspp moi at 0183581121. Atau kalau nak jenguk2 dulu boleh add instagram moi (ccb11) atau terus ke fb page moi :


Sebarang pertanyaan boleh lah tanya kat sana yer.. Terima kasih
^____^







No comments:

Post a Comment