Wednesday, April 23, 2014

Slim dengan Omega Guard dan Herblax shaklee






Assalamualaikum...

Kat sini aku nak story sini mcm mana aku agak struggle sikit nak slim a wayy before nak kawen dulu..Maksud aku dalam 2 bulan sebelum kawen. Maklumlah nak pakai baju pengantin...Dan aku target, aku tak nak pakai korset/girdle atau sewaktu dengannya masa wedding day..

Memanglah aku bukan target nak turunkan 20 kilo...10 kilo pun tak...dan aku pun tak tahu nak turunkan berapa kilo... Yang aku tahu aku tak selesa dengan badan aku waktu tu. Sesiapa yg jenis prihatin dengan badan sendiri pasti paham maksud aku ni. Mau tak selesa, time tu tgh galak berdating dgn Mr. Zheng, makannnn je kejenya..Dia tu pulak mmg jenis species hantu raya, segala mak nenek dia telan.Dengan aku2 pun turut melantak. Memang badan naik. Boleh rasa wpun tak timbang.

Mungkin korang akan ckp aku dah kurus..Korang tgk kut fb memang lah..kene pulak angle positive, slim je memanjang, tp sapa2 yg tgk aku real live tahu lah yg aku nampak makin berisi. Nak2 housemate aku waktu tu. asyik kene perli je dgn ... Hehe

So, aku perlu bertindak.. Memang aku agak 'pakar' dlm penurunan berat badan. Maksud pakar tu sblm2 ni aku just perlu bersenam and amalkan good eating habit je. For sure can. Cuma ambik masa je.. Kadang2 sebulan aku turun sekilo dua seperti saranan pakar2 diet yg profesional. Dan aku x kisah jenis turun sekilo dua je dlm sebulan, malah aku enjoy turun berat badan style gitu.

Tapiiii...time tu..maksud aku 2 bulan sebelum wedding day boleh dikategorikan waktu kritikal. Sangat kritikal! Kiranya special case la. Aku perlu cepat (wedding day ko). Aku perlu lakukan sesuatu so that impian x nak pakai korset tercapai. Waktu tu mmg aku x boleh nak amalkan good eating habit sgt memandangkan asyik keluar makan je dgn Mr. Zheng (org tgh angau kan). Even bersenam pun tapi sbb makan tak jaga tak jadi jugak. Hanya boleh maintain (or worst naik berat). Nak turun berat dgn keadaan waktu tu agak mustahil (i know well my own body). So, aku perlukan sesuatu to burn out the calorie. I mean i need something to immediately burn apa yg aku makan..speed up the process...tak mo simpan2 dlm badan. Tak mo jd lemak tepu..makan-burn-buang terus-habis citer. Lemak tepu kita buang dgn cara bersenam.

So apa yg aku buattt.....Yess, aku ambik omega guard and herblax shaklee (sometimes lecithin). Yesss, mmg ini yg aku ambik. Maybe ada yg tanya kenapa x ambik product yg boleh turunkan berat 40 kg dlm seminggu tu?? Sorry sket arrr...Thats not me! Produk2 yg bukan under lab testing ni sebelah mata pun aku x pandang. I am food technologist hokeyy (okey berlagak..hahha). Aku bukan dambakan product yg boleh slim cepat.. Tp slim in a correct way. Wpun aku kesuntukan masa waktu tu, tp tu bukan alasan aku rembat je mana2 product punggung lentik kat pasaran. Aku hanya perlukan produk yg burn terus lemak yg aku makan dan buang. (sbb aku x boleh nak amalkan good diet time tu). Yang selebihnya aku boleh bersenam.. Harap uols boleh paham apa yg iolss terangkan ni yer...

So, mmg omega guard dgn herblax ni x sia2 aku laburkan duit. (bukan mehelll punnn)..Senaman?? Memang senaman aku tak tinggal. Mcm aku mention byk kali sblm ni. Aku ni, ambik produk ke tak ambik ke, bersenam mmg aku tetap bersenam. Mmg agak aggresive lah aku bersenam time tu. Treadmill, squash, aerobic, stepboard, belly dancing bla bla bla...semua benda aku tibai...asalkan lemak tepu aku cair. Bahgian lemak yg baru masuk kita serahkan kat omega dgn herblax. 2 bulan sebelum kawen mmg aku pulun habis2..Formulanya hanya omega guard+herblax+exercise. Diet?? Ni kali ke 40 aku ckp, mmg aku xleh diet sbb aku berdamping dgn hantu raya...hahah.. Sapa2 yg folo fb aku right before kawen ari tu tau lah mcm mana aku melantak. Mmg NO DIET. Kelaut! Klu aku diet time tu maybe 10 kilo lg aku boleh turun berat. So, korang jgn folo aku bab diet kelaut tu...

Result??? Wallahhh, mmg menakjubkan.. Tp pls jgn tanya aku berapa berat aku turun.. Mmg aku x tau..sbb aku x timbang (aku penakut naik atas penimbang) Yang aku tau....yesss, I dont need to wear korset on my wedding day.. Malahhh, my wedding dress terpaksa tailor bukak jahitan...kecikkan!!! kecikkan bykkkk plak tu..boleh berdiri, berjalan, duduk dgn yakin on my wedding day...Dan aku tersenyum bangga sbb usaha aku berjaya...kihkih...so, thats my story...kpd yg duk tanya2 aku mcm mana nak slim...it works on me..maybe works on u too...yg penting usaha!


So, kepada uolss yang nak order shaklee product dgn moi, boleh pm moi atau whatspp je terus. Senang!. No No fon moi : 0183581121.

No comments:

Post a Comment