/*-------- Begin Drop Down Menu -------*/ #menubar { background: #8E8E8E; width: 840px; color: #FFF; margin: 0px; padding: 0; position: relative; border-top:1px solid #B2FFFF; height:35px; } #menus { margin: 0; padding: 0; } #menus ul { float: left; list-style: none; margin: 0; padding: 0; } #menus li { list-style: none; margin: 0; padding: 0; border-left:1px solid #1A6680; border-right:1px solid #1A6680; height:35px; } #menus li a, #menus li a:link, #menus li a:visited { color: #FFF; display: block; font:normal 12px Arial, Tahoma, Helvetica, FreeSans, sans-serif; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; text-decoration: none; } #menus li a:hover, #menus li a:active { background: #130000; /* Menu hover */ color: #FFF; display: block; text-decoration: none; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; } #menus li { float: left; padding: 0; } #menus li ul { z-index: 9999; position: absolute; left: -999em; height: auto; width: 160px; margin: 0; padding: 0; } #menus li ul a { width: 140px; } #menus li ul ul { margin: -25px 0 0 160px; } #menus li:hover ul ul, #menus li:hover ul ul ul, #menus li.sfhover ul ul, #menus li.sfhover ul ul ul { left: -999em; } #menus li:hover ul, #menus li li:hover ul, #menus li li li:hover ul, #menus li.sfhover ul, #menus li li.sfhover ul, #menus li li li.sfhover ul { left: auto; } #menus li:hover, #menus li.sfhover { position: static; } #menus li li a, #menus li li a:link, #menus li li a:visited { background: #B3B3B3; /* drop down background color */ width: 120px; color: #FFF; display: block; font:normal 12px Arial, Tahoma, Helvetica, FreeSans, sans-serif; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; text-decoration: none; z-index:9999; border-bottom:1px solid #1A6680; } #menus li li a:hover, #menusli li a:active { background: #130000; /* Drop down hover */ color: #FFF; display: block; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; text-decoration: none; } /*-------- End Drop Down Menu -------*/

Sunday, December 30, 2012

Hang


Assalamualaikum...



Nak nangis pun ada ni. Stuck pada dua experiment. Moga ada jalan Ya Allah...Aaminn..





Saturday, December 29, 2012

Quote of the day



Assalamualaikum...

Sometimes a sick people can be very 'healthy' and healthy people can be very 'sick'
Same goes with...
A rich people can be very 'poor' and poor people can be very 'rich'
Allah is great..
It's all connected to one point - SOUL -


                                                                                       Sheriffa

Friday, December 28, 2012

Cadar cotton menarik hati (abstrak dan kartun)



Assalamualaikum


Cadarrrr...cadarr...cadar manyak cantik wooooo... 

Ok, rasanya ramai yang dah tahu Cik Ceri Beri aka CCB jual cadar kat facebook. Tapi selama ni tak pernah announce kat blog. So, disebabkan hari ni mood rajin datang, meh kita pakat belek-belek cadar kat sini pulak. Gigih ni upload gambar-gambar cadar kat blog. Dah la internet lembab semacam je ni. Tetap tak menghalang mood rajin yang meguasai diri ni.

So, here we go. Banyak jenis cadar sebenarnya yang CCB bentangkan kat facebook. Tapi kat blog ni as permulaan, kita letak dua jenis cadar ajer lah dulu yer. Cadar abstrak untuk dewasa and cadar kartun untuk kanak-kanak.


Cadar abstrak


Dalam banyak-banyak cadar abstrak yang CCB jual, yang bunga-bunga cinta color pink ni lah paling memikat hati customer. Ramai tul yang minat. 



Yang ke dua yang hijau ni. Juga ramai peminat. Sejuk mata memandang kot.


Then yang daun-daun pink ni.



Yang hitam si tompok manis ni pun selalu kehabisan stok youuu. Hitam itu memang menawan. Ahakss...


Dan banyak lagi lah cadar-cadar menarik memikat kalbu. Enjoy the pics ya..pilih-pilihhhhh....





























Ok done with cadar abstrak. Now kita masuk alam kanak-kanak. Cadar kanak-kanak ni lagi banyak design dan corak. Ramai ibu-ibu rambang mata dibuatnya. Sila belek-belek ya bukk..



Cadar kartun kanak-kanak


Dora 001


Angry bird 002


Doraemon 003


Strawberry 004


Strawberry


 Spongebob


 Sin Chan


 Thomas and friend


 Apa nama kartun ni ekk?? hahah


   
Princess ST 5003


 
Princess ST 5004


      
Princess ST 5005


        
Princess V.3 - pink and blue


McQueen


Ben 10


Barney


Cars


Pooh


The cars V.2 (dark blue, green, light blue)


Mickey Mouse


 
Smurf


Snow white


Hello Kitty blue


     
Smurf


Ben 10


Chipmunk


 
Boboy green


Description

Sedikit description pasal cadar ni yer tuan-tuan dan puan-puan..

- Cadar adalah 100% cotton. Bukan yang jenis kain licin tu yer..Memang high 
  quality mari punya.
- Cadar datang dalam pelbagai size iaitu single, queen dan king..
- Setiap size masing-masing ada comforter. Tapi anda boleh memilih untuk    
  membeli cadar sahaja atau sekaligus dengan comforter atau pun nak beli 
  comforter sahaja. Tak ada masalah :)
- Stok adalah terhad. So, jika anda berkenan dengan mana-mana cadar, saya 
  as tokey cadar ni wajib check stok dahulu. Anda emailkan kepada saya di 
  sheriffa.fahima@gmail.com dan saya akan check stok. Berikan saya sedikit. 
  Tak lama..kejap je ^^ Saya akan reply secepat mungkin.
- Payment perlu di jelaskan dalam masa 24 jam selepas stock confirmation.  
  (First come, first serve). Siapa bayar dulu, beliau dapat dulu.. ^___^
- Semua urusan jual beli adalah by postage. Tiada COD yer!!!


HARGA (TERMASUK POSTAGE)


SINGLE 

TANPA COMFORTER - RM 55
DENGAN COMFORTER - RM 130


QUEEN

TANPA COMFORTER - RM 65
DENGAN COMFORTER - RM 175


KING

TANPA COMFORTER - RM 75
DENGAN COMFORTER - RM 255


*TAMBAHAN RM10 UNTUK SABAH DAN SARAWAK.

               
So, begitu lah... Sesiapa yang berminat nak memiliki mana-mana cadar di atas boleh email me at sheriffa.fahima@gmail.com Ataupun boleh juga like my facebook page at Cadar Boombastic CCB. Jual beli juga boleh dilakukan di sana. Sekian.






Thursday, December 27, 2012

Hari ini



Assalamualaikummm



Tatapan pertama haruslah gambar owner blog. Walaupun gambar dalam jamban, apa gue fedulik. Kihkih.  Udoh bebenor jamban UPM ni. Tak semengah. Tapi jamban ni la yang aku duk hadap hari-hari. Nak pi jamban cun terpaksa turun naik tangga. Eh, apa citer pasal jamban ni. 

Ni gambar aku petang tadi sebenarnya. Habis lab awal sket hari. Mula-mula tu cam aku terpikir jap, nape macam settle awal jer keje aku hari ni. Kul 5 dah siap galas beg. Oh rupanya sebab aku tak payah basuh segala mak nenek glasware hari ni (kalau basuh konpem paling kurang setengah jam). Macam mana nak basuh, experiment tu kena bawak untuk hari esok. Esok baru boleh timbang. Kalau aku tersalah basuh hari ni, alamatnya tak de la kesinambungan untuk esok hari. 

Dah pernah tersalah dah pun..sob sob...

Experiment yang sama, ralik-ralik aku duk wat lab, rasa dah settle semua..sedap-sedap je terus humban semua masuk sinki. Duk bilas-bilas, korek-korek alat radas, tiba-tiba baru terpikir.."kenapa aku pegi basuh?? Masih boleh diguna untuk sambung next analysis" Terpana jap aku kat sinki. Tapi menangis air mata darah pun tak de guna.

Sudahnya repeat lab..gitu la nasib...

So, tadi settle awal, sempat bermesra dalam jamban. Cubaan untuk menghiburkan diri sendiri. 

Then, time drive nak balik, rasa macam tak syok je balik rumah awal-awal. So, instead of belok kanan balik rumah, terus press minyak masuk Mines. Dekat je. Tengok-tengok la apa yang patut. Mana tau ada nak beli something..


Yup.. memang ada pun. Teringat yang kawan baik aku dah beranak anak lelaki dalam sebulan yang lepas (oh, bini dia yang beranak sebenarnya, bukan dia). Sampai sudah aku tak jenguk-jenguk lagi. Memang boleh harap la ini kawan. Dah la kenduri kawen dia aku tak pegi. So, tak kan la dah dapat anak pun aku nak buat bodo lagi. Nasib baik la kawan aku ni lelaki. Kalau pompuan konpem dah lama merajuk dengan aku. 

So, time teringat ni cepat-cepat beli something untuk anak dia. Karangkan ntah bila ingatan aku datang balik. Baik rembat terus.


Beli 2 helai t-shirt budak. Nak beli seluar budak mahal bebenor. Seratus lebih. So, aku sebagai kawan yang sayang duit or boleh dikatakan kedekut...rembat 2 baju je. Jimat duit aku. Seluar pandai-pandai la beli sendiri. Hahaha.. Redha je la wahai kawan dapat kawan macam aku ni. 


Ni pun ntah bila la aku dapat jenguk dia ni. Harap-harap ujung minggu ni aku free. 



 Juga disudahi dengan gambar tuan tanah. Sekian.



Thursday, December 20, 2012

Malas..



Assalamualaikum...

Banyak benda nak story..Tapi malas...Hari pun dah lewat. So baik tido. Selamat malam...Sekian

Thursday, December 13, 2012

Maki hamun hantu....



Assalamualaikum


Dalam dua malam lepas aku tak dapat tido. Bukan tak dapat langsung. Tapi usaha nak tido tu punyalah payah. Gigih giler.


Bukan tak dapat tido mata tak ngantuk ke apa. Tapi time aku nak lelap je aku dengar macam orang ketuk pintu bilik aku. Nak lelap skali lagi aku dengar macam pintu pagar rumah aku di keriuk-keriuk (biasa la pintu pagar lama). Then next nak lelap bunyi air mencurah dalam bilik air aku. Nak lelap lagi, bunyi macam orang nak masuk rumah la plak..Nak lelap lagi, bunyi benda lain plak...macam-macam bunyi. Serious! Ntah berapa kali percubaan nak lelap aku fail malam tu. Serious tension. Tapi aku terpikir gak, ni imaginasi aku ke or sememangnya reality. Imaginasi maksud aku, yer la kan bila kita nak terlelap means saat betul-betul kita akan masuk ke 'alam lain' fikiran kita akan terawang-awang sket kan.. (ke aku je cam tu?) Time tu jugaklah kadang-kadang tiba-tiba kaki kita tersentak la (seolah-olah kita nak terjatuh lubang bapppakk besar). Kann? Alaaa mesti korang paham maksud aku. Apa benda ntah term yang dipanggil untuk kejadian macam ni (aku pernah terbaca beberapa fakta pasal ni).


Tapi kali ni lain. Lain maksud aku, kalau yang normal punya (contoh tersentak kaki tu), right after kaki tersentak tu senang-senang je aku lena. Terus dibuai mimpi. But kali ni, setiap kali aku tersentak disebabkan bunyi-bunyian tu, terus aku segar. Then aku pasang telinga (orang Tganu pangil 'bang dengor' means ko nak identify bunyi apakebenda tu). Bila aku bang dengor senyap la pulak benda tu. Dah tu punya lah payah nak dapat feel mengantuk balik. Bila feel mengantuk datang balik, then dengar lagi. Tak ke ko hanginnn???


Sebenarnya time dengar macam-macam bunyi tu memanglah aku takut. Takut apa? Hantu? Oh tidak.. Jangan silap paham. Kat sini aku tak nak lah cakap besar yang aku ni berani. Tapi setiap kali dengar something yang mencurigakan time nak tido ke apa ke, mind aku akan set "ORANG JAHAT", "PECAH RUMAH". Aku takut orang. Takut sehhhhh. Otak aku akan twist ke situ dulu. Lama tang tu then baru terpikir hantu setan. Dah la aku stay sensorang je. Yer, aku memang dah biasa sangat tido sorang-sorang kat rumah sewa ni. Hosmet aku jenis yang out station memanjang. 


Aku kalau bab hantu setan ni malas nak peduli. Ntah apa penyakit aku pun tak tau. Nak kata berani sangat tu tak la. Muncul depan mata konpem aku pengsan gak. Tapi aku pelik, seakan ada suara berkata " dah tak muncul, buat apa ko pedulik". So aku tak peduli. 


Errmm..otak aku ni lambat pikap sket bab-bab hantu mistik ni. Bukan tak percaya. Tapi lebih menjurus kepada bengap. Jenis tak cakna. Teringat dulu time kat kampung. Nak tido then tetiba aku dengar bunyi kerete lalu sambil press minyak kuat gilerr depan rumah aku. Time tu dalam pukul 3 pagi kot. Tak pernah lagi dengar bunyi kereta sepelik tu. Memang lain macam. Yer la, depan rumah aku tu jalan kampung je. Bukan highway 4 lane nak bising-bising malam-malam buta.

VRRooommmmmmmmmm skali ko. Then tak sampai 10 saat lepas kereta pelik tu lalu tiba-tiba dengar suara pompuan: "Abanggggggg jangan pergi bangggg... Tungguuuu...Jangan pergiiii... Tungguuuu". Di susuli bunyi selipar kelepek-kelepek-kelepek (kuat giler bunyi selipar dia) seakan-akan berlari mengejar kereta tadi. Mendayu-dayu sungguh suara pompuan tu. Then perlahan-lahan suara dia hilang di telan malam. Susup-susup gitu..Pelik sungguh adegan malam tu. Serious pelik. Bunyi selipar dia pun cukup memelikkan aku. Giler ko...pukul 3 pagi tu!!!


Tapi ntah macam mana, jujur aku cakap, saat tu sekelumit pun tak terlintas kat kepala hotak aku ni yang adegan bunyi tadi tu adalah hantu setan. Wpun aku admit tersangat-sangatlah pelik apa yang aku dengar. Tapi disebabkan bunyi tu menggangu tido aku, so yang aku tau aku memaki hamun dalam hati "Lahabau mana yang gaduh laki bini malam-malam buta ni. Kacau aku nak tido betul!". Memang aku hangin kalau orang kacau aku tido. Sebab aku jenis susah nak tido. Serious memang ni yang aku terdetik. 


Kat sini, based apa yang aku citer ni maybe korang pun akan pikir laki bini bergaduh jugak. Sebab korang tak dengar sendiri the weird sound show aku cakap tu (sampai sekarang aku baleh bayangkan lagi). Tapi aku lain kes. Sebab aku dah dengar dan admit bunyi tu pelik lain macam. Tapiii otak aku tetap tak berpikir menjurus ke arah benda-benda mistik ni. Yang aku pikir laki bini bergaduh.


Sehingga lah pada suatu hari kat skolah (berbulan-bulan lepas tu). Aku and the geng duk borak-borak pasal hantu. Biasa la time skolah dulu kan..bila masuk citer hantu je, masing-masing berlumba-lumba nak citer pasal hantu. Lepas sorang-sorang duk citer. Aku dengar je. Kalau aku citer pun mesti copy paste orang lain punya kisah je. Sebab tak ada kisah sendiri (mana boleh diam je, aku pun nak story gak..haha).

Tapiii.....

Once kawan aku yang duk bersebelahan kampung aku start buke citer kisah nenek dia. Aku melopong jap. Apa yang dia citer exactly macam kisah aku or apa yang telinga aku dengar that night. Sebijik-sebijik. Nenek dia dengar kereta pelik lalu, suara orang pompuan memanggil-manggil, bunyi tapak kaki or selipar yang kuat. Sebijik! Mula-mula kawan aku start citer tu, ada gak aku terpikir..."giler jauh pasangan laki bini ni bergaduh..kejar mengejar sampai kampung sebelah (ada lagi sisa-sisa bengap otak aku pusing). Yang membuatkan otak aku berpikir kehadapan sket bila kawan aku ni cakap nenek dia bukan dengar skali je. Banyak kali. Means banyak malam adegan ni berlaku. Aku berpikir sejenak "takkan la laki bini tu gaduh banyak malam norr...pas tu bunyi yang sama je". Apa ke bangang tetiap malam laki start kete, then bini kejar kut belakang..esok start lagi, bini kejar lagi. Gilo ke apo? Ingat drama ulang tayang? 


Makin kedepan aku berpikir. Dan yang membuatkan aku tak syak lagi apa yang aku dengar tu adalah hantu setan bila kawan aku ni cakap nenek dia cuba-cuba bukak tingkap nak tengok "sapa" yang bising malam-malam buta tu. The result is Nothing. Kosong. Jalan lengang. Hening. Ok sah! Maknanya apa yang aku dengar that night adalah iblis tengah gaduh laki bini. Bukan manusia. Wallualam..


Punya la lembab otak aku nak process. Makan bulan baru sedar. Serious.



Ada satu lagi kisah time aku kat matrik. Kolej matrik aku ni memang terkenal dengan 'mengusik. Bukan mengusik sikit-sikit. Tapi dah masuk bab kena rasuk bagai dah. Ramai jugak lah yang terkena. Tapi takde la sampai histeria satu kolej. Budak kena rasuk berguling-guling depan aku memang dah biasa la time tu.


Nak dijadikan cerita, ada budak satu bilik aku "terkena" (time tu satu bilik ramai..dalam 12 orang kot). So, ada sorang minah ni ntah macam mana aku pun tak pasti how dia terkena. Tapi bukan jenis yang terkena terus teruk guling-guling histeria tu. Dia terkena masih peringkat awal. Kira macam awal percubaan benda tu nak 'masuk'. Dia dah lain macam. Macam nak gaduh ngan orang je. Perangai jadi pelik. Bengis. Jadi serba tak kena. Nak cari pasal ngan orang pun yer gak. 


Aku ni plak time tu tak ada dalam bilik (biasa la jenis suka merayap). Minah tu duk mundar mandir dalam bilik la dari tadi. Kira semua roomate aku dah syak yang bukan-bukan. Sebab dah terbiasa kan menonton aksi-aksi rasuk kat kolej aku tu. Tapi depa tak berani nak kata apa-apa. Tup-tup aku masuk bilik. Then terus tuju ke bilik air. Sambil-sambil lalu ke bilik air tu aku dah nampak minah ni duk mundar-mandir lain macam dalam bilik tu. Macam angau pun yer gak. Tapi aku kan....aku tak peduli hal orang. Lantak ko lah (sebenarnya aku tak pikap). 


Tapi tiba-tiba dia datang kat aku, belum sempat aku ke bilik air. Then dia sound aku dengan nada yang kasar. Yang pasti sepatah haram aku tak paham apa yang dia cakap. Yang aku paham baldi je (sebab tangan dia duk tunjuk-tunjuk baldi). Muka dia memang lain macam. Bengis. Aku ni terpinga-pinga. Dah la tengah tahan kencing. Aku tengok baldi, tengok dia. Tengok baldi lagi, tengok muka dia. Cuba nak memahamkan. Apa yang tak kena dengan baldi tu?? Hantu betul minah ni (memang betul dia tengah hantu pun..aku jer yang bengap tak paham-paham). Dalam hati aku. "Eh, tiba-tiba marah aku". Apa kes ngan minah ni. Merepek pasal baldi pulak tu. Yang aku ni pulak jenis hangin tak bertempat gak. Aku ni tak boleh bab-bab macam ni. Mula la aku nak penampor orang. Tapi takde la aku tampor dia. Cuma just aku tinggikan suara sound dia balik je. Ntah apa aku marah dia pun aku tak ingat. Aku pun sama 2x5 hantu dengan dia. 


Dia senyap. Tak balas. Terus lajuuuu keluar bilik. Langsung tak kata apa-apa. Time tu aku rasa seolah-olah aku bercakap ngan baldi je. Boleh dia tinggalkan aku bodoh macam tu je. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Nak je aku hempuk ngan baldi tu.


Bila dia keluar je dari bilik, roomate aku terus sound aku.."Ko ni Sher, dia tengah 'pelik' tu. Dari tadi dah kitaorang duk senyap tak kata apa-apa. Takut makin parah". Aku jawab balik.."Hah? Pelik? Memang pelik pun dia...Pelik apa ni???

"Pelik apa lagi, pelik penyakit kolej kita ni la"

"Errrr...mana cheq tauuu...heheh"

So, tersedarlah aku yang aku telah maki hamun hantu sebentar tadi. Ya Rabbi.. Sungguh tak alert aku ni. Aku rasa aku memang ada alertness problem. Tapi pikir-pikir balik, bagus jugak aku tak alert bab-bab hantu ni. Kan kalau aku alert, konpem aku takut. Tak mo ah hidup dalam ketakutan.


Berbalik kisah aku dengar bunyi-bunyi tak pasti 2 3 malam lepas tu. Aku takuttt. Serious aku takut. Tapi macam aku kata lah. Aku takut orang. Aku tak pikir benda lain. Aku berdoa sangat-sangat moga rumah aku ni selamat..dijauhkan dari segala malapetaka.


 Sampaikan dalam hati aku cakap macam ni.. " kalaulah bunyi-bunyi  ni hantu setan yang buat..teruskanlah, malas aku nak layan ko (wpun sakit hati tak boleh tido. Bunyi dah la...jangan plak ko muncul depan aku..muehehhe). Tapi jangan lah bunyi-bunyi ni bersumberkan manusia. Mintak jauhh Ya Allah..


Dan lepas tu aku terlelap jugak akhirnya. Alhamdulillah...Sekian.








Wednesday, December 12, 2012

Nasi goreng




Assalamualaikum

"Best sungguh nasi goreng aku masak hari ni..."

Masuk dalam bakul. Tutup. Then lompat sendiri..Toing! Toing! Toing! Toing!!!!!!....tak de maknanya nak angkat-angkat bakul dah...Lompat terus je..Hahaha..


Semalam aku serabut sangat. Tiba-tiba aku rasa takut. Takut kat research aku ni. Gerun.


Maybe sebab aku stuck at one method analysis. Method simple je. Tapi disebabkan yang nak run tu adalah manusia yang bernama Sheriffa Fahima binti Yahya..benda simple pun jadi payah. Bila aku tanya kawan aku, mintak tolong setelkan calculation, tak sampai 2 minit-siap. Benda-benda macam ni sepatutnya dari zaman diploma lagi aku dah terror, tapi disebabkan aku adalah aku..so, aku pun tak tahu bila aku akan terror. Kadang-kadang aku terpikir, yang aku tak sepatutnya berada di sini. Tapi aku cepat-cepat buang that feeling. Aku kene postive.


Back to my problem. Semalam aku stuck..serabut..Di sebabkan pressure, terus capai buku agama cuba cari apa-apa doa yang berkaitan untuk dipermudahkan segala urusan. Tapi tak jumpa yang betul-betul 'direct hit'. Tu la time jumpa tak nak hafal. Bila serabut baru nak cari balik. So, bila tak jumpa aku baca je Ya Nafi' banyak-banyak kali. Then cuba tido.  Walaupun aku kurang pasti Ya Nafi' tu bertepatan atau tidak dengan problem or keadaan aku tu. Hentam aje. Yang aku ingat Ya Nafi' tu lebih kepada untuk mendapatkan keberkatan dalam pekerjaan. Elok di amalkan tika buat kerja.


Allah maha hebat. Today tiba-tiba ada solution. Itu lah kan, kalau Allah nak tunjuk jalan kejap je. Dia maha kaya. Alhamdulillah.


Okey sambung keje. Sekian.




Tuesday, December 11, 2012

Crying



Assalamualaikum...

Tadi kawan Thai aku tiba-tiba menangis. Betul-betul tiba-tiba. Tak ada angin tak ada hujan apatah lagi ribut taufan. Tapi sebelum tu ada la jugak aku perasan muka dia sedikit moyok. Then bila borak-borak dengan aku happy balik. Pas tu aku pegi lab jap. Then bila aku datang balik dah nangis. Aiyakk...

Tapi sebenarnya aku dah boleh agak kenapa dia nangis. Kata kawan kan. Kenalah memahami. Tapi walaupun aku faham kenapa dia menangis tapi aku keberatan+avoid nak tanya sebelum dia nangis tu. Kan aku dah cakap aku boleh detect muka dia moyok kan. Bukan keberatan nak tanya sebab takut ke or nak jaga hati dia ke apa. Tapi sebab aku. Maksud aku nanti effect aku. Effect means sama-sama pressure. Pressure sebab yang sama. Tapi bila dia dah nangis tersesak-esak gitu, takkan la aku nak buat bodo je kan. Kena la tenangkan.

Of course tidak lain tidak bukan sebabnya adalah PHD. Allahukabar..

Yes memang pressure. Ok tak payah citer lebih-lebih. Kalau citer pun orang tak faham. Hanya orang mengalaminya sahaja yang memahami. Aku ni luaran nampak je happy-happy, riang-riang.. Dalaman Allah aje yang tahu betapa aku gerun, takut, gementar dengan situasi sekarang. Yer la, aku ni tak suka keadaan pressure-pressure (sapa suka kan). Maksud aku, bila pressure, ditunjukkan lagi kita pressure, memang bertambah pressure lah pressure itu. (Faham tak)

Sebab tu aku malas tanya kawan aku ni. Sebab nanti dengan aku-aku stress. 

Tak perlulah aku bagi tau details why kawan aku ni pressure dengan situasi sekarang. Sebab macam aku cakap, orang tak akan faham. Melainkan ko ambik phd jugak. Or at least ko ada master by research, boleh la ko nampak gambaran. Master by coursework tak diterima pakai. Dan one more thing, ko mesti lah budak pure science yang kene hadap lab hari-hari. Bukan phd or master dr bidang kaunseling yang totally berlainan cara perjuangan (aku tak cakap bidang kuanseling ni senang yerr).

Tapi kannn...

Yang aku herannya, orang yang tak ada sangkut paut (means tak ambik phd or tak tahu langsung apa itu Food Technology) tu la yang banyak tanya. Seriously. Kalau tanya sahaja tanpa disusuli mimik muka sinis tak apa lagi. Just tanya je. Then aku bagi jawapan. Thats it. Takat tu je. Ok jer..

Ni tak. Dah la tanya. Bila aku bagi jawapan, bagi fishy sound kat aku. Pas tu nak mengajar aku pulak.

Biasanya yang tanya aku ni memang bukan food background. Science bakcground pun tak. Ambik phd jauh skali. At least kalau orang tu pure science background, dia akan respect sket. Respond yg diorang bagi akan berlainan once aku bagi jawapan. So bila manusia-manusia ni bertanya, aku akan bagi jawapan based on background diorang.

Contoh:

A: Ko buat phd pasal apa ekk? 
(aku nyampah betul kalau bukan food tanya soklan mcm ni. So disebabkan dia bukan food background aku akan jawab...)

Me: Roti.

(Tapi bila aku jawab mcm ni, lain pulak feedback yang aku terima..)

A: Roti??? (Sambil buat muka speechless. Macam aku buat dosa besar bila cakap roti). Wahh senang la..boleh makan roti hari-hari..Syok nyer buat phd ni. Aku pun nak buat jugaklah kalau macam ni. Tapi kenapa ko buat roti sampai bertahun-tahun. Orang lain pun ada wat roti jugak. Kejap je. Satu lagi, kenapa kena masuk lab. Kat dapur biasa pun boleh buat roti apa....Ko pergi lah belajar ambik kursus roti kat mana-mana. Kat internet kan berlambak sekarang ni...

Giler aku pasrah dengan feedback orang macam ni. Memang ramai species macam ni. Terus bagi huraian panjang lebar di atas jawapan aku yang ciput tu. Daripada aku layan orang otak senteng macam ni..baik aku just balas dengan senyuman je. Kalau aku bagi jawapan seterusnya pun maybe feedback akan terus menyakitkan hati. So, baik diam. Kita tonton aje kesentengan dia. 


Yer la, dia bukan budak food. So, aku jawab la roti. Senang dia nak pickup. Nanti kalau aku jawab pelik-pelik dia tanya balik.. "Aikk, kata ambik bahagian makanan".. Iyo ler, takkan la aku nak jawab: 

"Aku study about starch. Starch properties. Aku try to isolate the starch. Then, trying to characterize different types of starch. Cassava, tapioca, potato and the list goes on. Swelling power, viscosity, water holding, pH, color, bla bla bla semua aku kaji. Maybe starch properties yg aku kaji has potential as a thickening agent. Might useful to use as a flavor encapsulation. Protect antioxidant as well. So, last chapter, boleh apply dalam roti. Roti produced might be different in properties. Compared with the commercial ones...bla bla bla" Nahhh, ambik ko...sebab tu makan tahun nak siapkan phd. Kan aku jawab macam ni kan ko ternganga. Huh!

Aku sebenarnya tak salahkan si penanya jugak. Sebab dia bukan food background. Tapi at least boleh tak ko jangan berlagak pandai suruh aku buat itu ini kalau ko tak tahu apa-apa. Just iyer kan aje aku buat roti. Sudah...Tak de la aku dapat dosa cakap ko otak senteng. 

Eh Emo..hahhaha

Emo aku hari ni. Nak tahu kenapa aku emo? Sebab iodine solution aku bersama-sama dengan ethanol 95% aku hilang tanpa jejak. Waaaaaaaaaa...Ni pun salah satu kenapa science student phd ambik masa yang lama nak complete. Benda-benda macam ni la yang drag masa. Instrument rosak tiba-tiba, chemical tak sampai, chemical hilang tanpa jejak...fuhhhh..Dugaannnn. Dannn tak campur lagi kalau tetiba ko ada masalah kesihatan yang tanpa di duga kene opret macam aku ni. Double dragging. Double dugaan. Double redha. Eh redha tak boleh double. Kena maxima. 


Now, aku dah teror nak menjawab bila org tanya aku buat phd apa..Jawapan aku: 


"Buat bodoooo"...sambil gelak2...hahaha..Senang jawab macam ni. 


Tapi, bukan semua yang menanya aku akan bagi feedback menyindir. Kalau kawan-kawan yang ada pengalaman phd of course diorang akan bagi feedback berlainan. Dan sebenarnya, diorang tak tanya pun. Diorang terus bagi nasihat supaya kuatkan semangat, bersabar, jangan putus asa dan pelbagai nasihat lagi.

Dan juga ada dalam ramai-ramai kawan aku even dia tak further phd, tapi dia faham aku. Cukup memahami. Of course my best buddy yang sorang itu. Dia faham betapa peritnya nak complete phd ni. Sebab tu la dia jadi best buddy aku. Dan back before aku sambung phd lagi awal-awal lagi dia dah nasihatkan aku yang phd ni struggle. Time tu aku tengah horay-horay lagi. Now, sekarang dah rasa sendiri, baru padan muka..Muhahahha


Berbalik pada kawan aku yang nangis tu. Pergghh giler aku lari topic..Padahal nak citer pasal kawan menangis. So, normallah tu. Kalau ambik phd tak nangis tak normal namanya. Sekian!








Monday, December 10, 2012

Hikmah



Assalamualaikum..

Yes, aku dah pulang ke Serdang meneruskan perjuangan. Chewahh..

Flight aku hari tu lama giler delay. First time aku naik flight delay sampai 2 jam lebih. Patut terbang jam 8.30. Tapi disebabkan masalah teknikal, jam 10.40 baru bertolak. Nak buat cam mana, Tony Fernandez tu bukan bapak sedara aku. Kalau dia pakcik aku dah lama aku call mintak private jet. Cett..



Aku ni tak boleh sket bab-bab menunggu ni. Jiwa jadi kacau. Ahaks. Giler kronik penyakit. Tapi aku tengok sami or aku panggil tokca sebelah aku ni tenang je menunggu. Tak macam aku. Kejap angkat kaki, kejap bersila, kejap mengangkang. Compare dengan tokca ni langsung tak gerak. Mungkin jugak dia tengah berzikir. Tak boleh jadi ni. Tokca pun boleh tenang, takkan aku tak tenang.

So aku teringatlah buku Harun Din ni ada dalam handbag aku. Aku memang slalu bawak buku Harun Din ni kemana-mana. Sebab kecik dan senang. Plus aku ada cita-cita besar nak hafal semua doa dalam buku ni. Tapi ada je halangan yang mengganggu gugat cita-cita aku. Ataupun aku memang bengap nak hafal sepotong ayat pun makan bulan.



Contohnya doa murah rezeki ni ha. Aku rasa dah berbulan aku cuba hafal. Tapi tak pernah lekat kat kepala. Entah permaisuri semut spesis apa aku telan. Payah bebenor.

Tapi alhamdulillah, berkat delay flight 2 jam hari tu, aku berjaya hafal doa ni. Kejap je. Ada hikmah flight delay. Kalau tak delay ntah bila doa ni lekat kat kepala aku.


Dan juga ada hikmah jugak aku jeles kat tokca sebelah aku tu. Sekian.