Assalamualaikum...
Tadi kawan Thai aku tiba-tiba menangis. Betul-betul tiba-tiba. Tak ada angin tak ada hujan apatah lagi ribut taufan. Tapi sebelum tu ada la jugak aku perasan muka dia sedikit moyok. Then bila borak-borak dengan aku happy balik. Pas tu aku pegi lab jap. Then bila aku datang balik dah nangis. Aiyakk...
Tapi sebenarnya aku dah boleh agak kenapa dia nangis. Kata kawan kan. Kenalah memahami. Tapi walaupun aku faham kenapa dia menangis tapi aku keberatan+avoid nak tanya sebelum dia nangis tu. Kan aku dah cakap aku boleh detect muka dia moyok kan. Bukan keberatan nak tanya sebab takut ke or nak jaga hati dia ke apa. Tapi sebab aku. Maksud aku nanti effect aku. Effect means sama-sama pressure. Pressure sebab yang sama. Tapi bila dia dah nangis tersesak-esak gitu, takkan la aku nak buat bodo je kan. Kena la tenangkan.
Of course tidak lain tidak bukan sebabnya adalah PHD. Allahukabar..
Yes memang pressure. Ok tak payah citer lebih-lebih. Kalau citer pun orang tak faham. Hanya orang mengalaminya sahaja yang memahami. Aku ni luaran nampak je happy-happy, riang-riang.. Dalaman Allah aje yang tahu betapa aku gerun, takut, gementar dengan situasi sekarang. Yer la, aku ni tak suka keadaan pressure-pressure (sapa suka kan). Maksud aku, bila pressure, ditunjukkan lagi kita pressure, memang bertambah pressure lah pressure itu. (Faham tak)
Sebab tu aku malas tanya kawan aku ni. Sebab nanti dengan aku-aku stress.
Tak perlulah aku bagi tau details why kawan aku ni pressure dengan situasi sekarang. Sebab macam aku cakap, orang tak akan faham. Melainkan ko ambik phd jugak. Or at least ko ada master by research, boleh la ko nampak gambaran. Master by coursework tak diterima pakai. Dan one more thing, ko mesti lah budak pure science yang kene hadap lab hari-hari. Bukan phd or master dr bidang kaunseling yang totally berlainan cara perjuangan (aku tak cakap bidang kuanseling ni senang yerr).
Tapi kannn...
Yang aku herannya, orang yang tak ada sangkut paut (means tak ambik phd or tak tahu langsung apa itu Food Technology) tu la yang banyak tanya. Seriously. Kalau tanya sahaja tanpa disusuli mimik muka sinis tak apa lagi. Just tanya je. Then aku bagi jawapan. Thats it. Takat tu je. Ok jer..
Ni tak. Dah la tanya. Bila aku bagi jawapan, bagi fishy sound kat aku. Pas tu nak mengajar aku pulak.
Biasanya yang tanya aku ni memang bukan food background. Science bakcground pun tak. Ambik phd jauh skali. At least kalau orang tu pure science background, dia akan respect sket. Respond yg diorang bagi akan berlainan once aku bagi jawapan. So bila manusia-manusia ni bertanya, aku akan bagi jawapan based on background diorang.
Contoh:
A: Ko buat phd pasal apa ekk?
(aku nyampah betul kalau bukan food tanya soklan mcm ni. So disebabkan dia bukan food background aku akan jawab...)
Me: Roti.
(Tapi bila aku jawab mcm ni, lain pulak feedback yang aku terima..)
A: Roti??? (Sambil buat muka speechless. Macam aku buat dosa besar bila cakap roti). Wahh senang la..boleh makan roti hari-hari..Syok nyer buat phd ni. Aku pun nak buat jugaklah kalau macam ni. Tapi kenapa ko buat roti sampai bertahun-tahun. Orang lain pun ada wat roti jugak. Kejap je. Satu lagi, kenapa kena masuk lab. Kat dapur biasa pun boleh buat roti apa....Ko pergi lah belajar ambik kursus roti kat mana-mana. Kat internet kan berlambak sekarang ni...
Giler aku pasrah dengan feedback orang macam ni. Memang ramai species macam ni. Terus bagi huraian panjang lebar di atas jawapan aku yang ciput tu. Daripada aku layan orang otak senteng macam ni..baik aku just balas dengan senyuman je. Kalau aku bagi jawapan seterusnya pun maybe feedback akan terus menyakitkan hati. So, baik diam. Kita tonton aje kesentengan dia.
Yer la, dia bukan budak food. So, aku jawab la roti. Senang dia nak pickup. Nanti kalau aku jawab pelik-pelik dia tanya balik.. "Aikk, kata ambik bahagian makanan".. Iyo ler, takkan la aku nak jawab:
"Aku study about starch. Starch properties. Aku try to isolate the starch. Then, trying to characterize different types of starch. Cassava, tapioca, potato and the list goes on. Swelling power, viscosity, water holding, pH, color, bla bla bla semua aku kaji. Maybe starch properties yg aku kaji has potential as a thickening agent. Might useful to use as a flavor encapsulation. Protect antioxidant as well. So, last chapter, boleh apply dalam roti. Roti produced might be different in properties. Compared with the commercial ones...bla bla bla" Nahhh, ambik ko...sebab tu makan tahun nak siapkan phd. Kan aku jawab macam ni kan ko ternganga. Huh!
Aku sebenarnya tak salahkan si penanya jugak. Sebab dia bukan food background. Tapi at least boleh tak ko jangan berlagak pandai suruh aku buat itu ini kalau ko tak tahu apa-apa. Just iyer kan aje aku buat roti. Sudah...Tak de la aku dapat dosa cakap ko otak senteng.
Eh Emo..hahhaha
Emo aku hari ni. Nak tahu kenapa aku emo? Sebab iodine solution aku bersama-sama dengan ethanol 95% aku hilang tanpa jejak. Waaaaaaaaaa...Ni pun salah satu kenapa science student phd ambik masa yang lama nak complete. Benda-benda macam ni la yang drag masa. Instrument rosak tiba-tiba, chemical tak sampai, chemical hilang tanpa jejak...fuhhhh..Dugaannnn. Dannn tak campur lagi kalau tetiba ko ada masalah kesihatan yang tanpa di duga kene opret macam aku ni. Double dragging. Double dugaan. Double redha. Eh redha tak boleh double. Kena maxima.
Now, aku dah teror nak menjawab bila org tanya aku buat phd apa..Jawapan aku:
"Buat bodoooo"...sambil gelak2...hahaha..Senang jawab macam ni.
Tapi, bukan semua yang menanya aku akan bagi feedback menyindir. Kalau kawan-kawan yang ada pengalaman phd of course diorang akan bagi feedback berlainan. Dan sebenarnya, diorang tak tanya pun. Diorang terus bagi nasihat supaya kuatkan semangat, bersabar, jangan putus asa dan pelbagai nasihat lagi.
Dan juga ada dalam ramai-ramai kawan aku even dia tak further phd, tapi dia faham aku. Cukup memahami. Of course my best buddy yang sorang itu. Dia faham betapa peritnya nak complete phd ni. Sebab tu la dia jadi best buddy aku. Dan back before aku sambung phd lagi awal-awal lagi dia dah nasihatkan aku yang phd ni struggle. Time tu aku tengah horay-horay lagi. Now, sekarang dah rasa sendiri, baru padan muka..Muhahahha
Berbalik pada kawan aku yang nangis tu. Pergghh giler aku lari topic..Padahal nak citer pasal kawan menangis. So, normallah tu. Kalau ambik phd tak nangis tak normal namanya. Sekian!
No comments:
Post a Comment