Saturday, January 12, 2013

Anak tudung



Assalamualaikum





Baru beli anak tudung ni. Murah je 18 hengget (ke ada yang beli lagi murah dari ni?) So balik rumah terus try and terus ambik gambar tengok sesuai ke tak. As usual la kan. Pas tu aku akan peruk anak tudung ni and ntah kurun ke berapa pulak aku akan sarung balik. Selalu macam tu. Beli hari ni pakai tahun depan. Tapi aku harap lusa aku akan pakai. Nak kuar jenjalan dengan kawan aku yang dah 8 tahun kot tak jumpa.


Sian aku kan. Anak tudung macam ni (apa nama ntah style mcm ni?) dah lama giler in kat pasaran. Dah lama berjamang orang pakai. Tapi aku ni baru terkedek2 nak beli. Dah la tu pakainya ntah bila. Alih2 tudung ariani tu jugak yang aku pakai. Tapi tak per, aku memang jenis tak ikut style orang. Aku jenis ikut style aku je. Biar la kuno ke apa pun. Asal mood rasa nak pakai, aku pakai je. Kalau tak de mood tu, ko bawak jer la model apa pun bergaya depan aku..akan aku bodohkan aje...


Ni pun nasib baik terjumpa masa menunggu kawan ajak minum2 petang tadi. Kebetulan kedai tudung sebelah restoran aku menunggu tu. Nampak je terus pegang2 kain rasa lembut ke tak. Berkenan terus rembat. Murah dekponggg.. Klu mahal idoknyer aku nak beli. Aku ni beralusss..hahahaha..


Bercakap pasal tudung or gaya ni. Ada kawan aku kat faculty tegur aku:
 "Ko ni sometimes aku tengok gambar kat fb bukan main bergaya (bergayakah??), tapi mai faculty ni biasa2 je. Awat tak pakai style macam dalam fb tu woii? Cun apa"


Hahaha...memang ponggg. Aku ni sebenarnya suka yang simple2 je. Yang jenis senang, pantas dan tangkas. Sebab aku ni lembab. Mak aku selalu cakap aku buat keje 'betak'. Betak ni bahasa orang Tganu. Meaning lebih kurang sama macam lembab la. Contohnya kalau dalam masa 1 minit mak aku boleh basuh 7 pinggang kotor dalam sinki..aku baru sempat basuh 2 ketul kot. Ntah apa aku tilik aku pun tak tau. Tapi kadang2 aku sengaja je melembabkan diri aku sebab end up mak aku akan cakap "Gi lari la eh...biar umi buat, umi dok brahi (tak suka) tgk orang buat keje betak2 ni". 


So selamatttt...tak payah buat keje, boleh aku lari landing depan tivi..jahat tak aku?? hahahhaa


Berbalik pasal tudung, aku biasanya hari2 memang pakai tudung sarung ariani tu je. Sebab memang senang dan pantas. Tak payah belit2 putar2 tercekik leher ni. Yang time aku melawa tu biasanya bila aku masuk mall je. Tu pun tengok hari. Kalau aku period biasanya aku melawa lah. Maybe sebab tak perlu nak solat kan. So, tak perlu cabut tudung sebab nak ambik wudhu. Boleh??


Lagi pun buat aku aku nak melawa kat faculty tu. Melawa macam mana pun alih2 labcoat jugak yang aku kene sarung. Ke hulu ke hilir dengan baju putih tu jugak. Tambah lagi kerja2 lab tu tak menentu. Kadang berat, kadang ringan. Kadang kene angkut tu, kadang kena angkut ni. Kadang kene handle machine. Karang kan aku pakai tudung juntai2 tersedut masuk dalam pressure machine tak ke haru. Terus aku free hair kat situ. Tak sesuai la aku nak melaram lawa2 kat lab ni. 


Dan yang paling utama, kang tak pasai2 teruna2 Iran, Nigera, Uganda dan sewaktu dengannya terpesona kat aku...Kan? Nak harapkan species teruna melayu kat situ haram tak dak. Sekian.







No comments:

Post a Comment