Sunday, January 13, 2013

Bebelan Ahad




Assalamualaikum






Baru ingat nak pakai balik baju ni hari ni. Baju ni aku pakai sekali je tahun lepas. Pas tu terus landing masuk gobok tak sentuh2. Kesian pulak aku nengoknya. Haruslah dipakai lagi untuk buang rasa bersalah. Baju2 stok gini takde la aku nak pakai masuk lab. Ni stok baju masuk mall je ni. So, bila dah jarang masuk mall gini la jadinya. Jadi pekasam dalam gobok. Now aku dah tak beli dah baju2 cenggini. Sebab aku tau aku tak pakai. Baju aku sekarang memang stok baju masuk lab je. Boleh dipakai selalu. Cehh gitew. Yer la kalau aku pakai baju cam kat atas ni masuk faculty konpem orang pandang semacam. Nak melawa tak kene tempat!


Btw,  aku sepatutnya hari ni kluar jenjalan dengan kawan lama aku. Set date hari ni nak jumpa tapi terpaksa tunda lagi (dah 2 kali tunda, masing2 ada je busy nyer)..Hari ni tunda coz aku period. Eh period pun cancel jalan2 ke? Of course la nanti kan kalau  perut aku meragam dalam mall tu tak ke haru. Tak mo aku ambik risiko. Lagi pun kalau period konpem tak selesa nak borak2, lepak2, makan2..Asyik menggelisah serba tak kena jer tak ubah macam tengah gian dadah. Betul! Kalau korang yang species macam aku ni mesti paham macam mana rasa kan. Kalau jenis period tak affect apa2 tu, maka bersyukurlah! 


So, tak nak la aku melayan kawan aku dalam keadaan tak seperti macam tu. Dah la lama giler tak jumpa. Dalam 7 tahun kot. Sekali jumpa mata tengah merah. Konpem dia ingat aku tengah ketagihan. Tapi ntah bila la boleh jumpa balik kawan aku ni. Dah la wednesday ni dia nak fly balik Ostolia dah. Husband dia mat selleh youuu.. Jeles aku. 


Tapi aku lega plus syukur sejak aku berubat dengan pak abu lepas aku opret tempoh hari senggugut aku dah berkurang. Tak de dah aksi drama guling2 atas katil sampai 4 5 jam. Tak de dah sampai sakit perut sampai muntah2 bagai. Nanti la yer kalau ada masa aku story pasal perubatan alternative aku dengan pak abu ni (kalau those yang follow aku kat fb tau la sapa pak abu ni). Tu kalau aku ingat la..hehe


So, melepak la aku kat rumah hari ni. Tp plan nak jugak kluar Aeon jap lagi. Nak pi beli salmon. Salmon kat giant sebelah umah aku ni tak semengah aku nengoknyer. Tak selera aku nak masak. Pucat lesi. Terpaksa la aku menapak kat Aeon jugak. Tengok la macam mana nanti. Kalau aku rajin pegi la. Sekian.






No comments:

Post a Comment