Tuesday, January 22, 2013

Berfikir



Assalamualaikum...




Ni kawan aku yang belum Islam datang dari Thailland yang paling aku rapat kat UPM ni. In fact,  memang aku kat sini dikelilingi kawan2 belum Islam. Yang Islam ramai jugak tapi mostly from Nigeria, Libya, Iran dan sewaktu dengannya. (Postgrade kan..klu undergrade tu different story la). Kalau nak di kira yang beragama Islam dan berbangsa Melayu species aku ni berapa ketul lah sangat. Boleh dibilang dengan jari termasuklah aku. Aku bersyukur sangat berpeluang mingle dengan depa2 ni. Terbukak minda aku rasanya. Sebab sebelum ni, aku dimomokkan dengan pelbagai andaian dan tafsiran about depa2 ni. Esp Chinese. Tapi bila aku berkawan dengan dorang, ok jer. Tak de masalah pun (ataupun aku yang jenis lucky??) Malah 'situasi berkawan' tu jauh lebih baik dari situasi berkawan dengan bangsa yang sama dengan aku ni. Situasi tu boleh dikategorikan dalam pelbagai aspek la. 


Salah satunya dari segi attitude. Yang ni memang tak boleh nak challenge la. Rajin, soft spoken, tolong menolong memang buat aku terlopong. Terlopong sebab bagi aku depa ni bawak attitude apa yang Islam ajar, cuma akidah ajer yang masih terpesong. 


Contoh macam kawan aku ni. Ada satu hari tu time aku jalan2 dengan dia kat mall sambil pegang2 tangan (biasa la kan, pompuan jalan2 memang suka pimpin tangan), then terdetik aku nak menanya dia:


Me: Mod (her name), do u holding your hand like this when u walk with your boyfriend? (Bf dia kat siam)
Her: NOoooo..never..
Me: Why not? He is your boyfriend (saja nak menduga).
Her: It's not nice.. Not good. We are not married yer. I think it's not nice to touch each other when u are still couple. Looking not good naaa...


See..dan aku hanya tersenyum. Moga Allah beri dia petunjuk suatu masa nanti. Insyaa Allah.

Sekian.





No comments:

Post a Comment