Sunday, January 6, 2013

Nasi goreng salmon


Assalamualaikum..




Baru lepas masak ni anda melantak ni (beberapa jam yang lepas sebenarnya). Nasi goreng salmon. Tiba-tiba datang idea. Percubaan pertama. Suka pulak aku. Maybe sebab aku jenis suka salmon. Lain orang lain tekaknya. 


Bila tak boleh simply melantak kat kedai ni macam2 idea datang kan? Otak ni ligat pusing memikirkan nak masak apa. Maybe orang lain dah lama cipta nasi goreng salmon ni. Aku ni je baru terhegeh-hegeh masak menu ni. Jakun! Apa2 jer la. Yang penting menu ni datang dari perahan otak sendiri tanpa google mana2 resepi.com. Chewah perasannn!.


Btw, if ada yang tertanya2 how to bikin nasi goreng salmon ni. Ni dia, ccb rajin sket menaip ini hari.


First salmon yang sekeping tu di grillkan (kalau ada grill belang2 tu cun woo..baru feeling truly grilling giteww..hahha). Sebelum nak grill tu tabur la dulu garam sket, lada hitam sket, olive oil sket, mixed herbs sket, rosemery sket ke...or apa2 jer lah yang berkenan. Kalau tak ada semua herbs tu garam and lada hitam pun sudah cukup. Lepas grill then letak tepi.


Untuk nasi goreng buat macam nasi goreng bodoh biasa je. Tak ada yang special pun. Okey kekdahnya ialah first aku tumis bawang cam biasa (bawang ni aku dah blend siap2 letak dalam peti. Sebab aku tak suka bila nak masak baru terhegeh2 potong bawang). Oh lupa, tumis guna olive oil tau..jangan ngada-ngada guna minyak cap buruh, cap pisau bagai. Tak minat. Lepas tumis bawang letak lada hitam sket. Masuk halia 2 hiris (aku memang suka menumis dengan halia sekali). 


Letak salmon yang dihiris dadu (tangan aku tak ada seni, so rupa dadu or rupa segitiga lebih kurang je). 


Perah lemon sket (aku memang kemaruk lemon). Kalau korang tak suka tak apa. Abaikan je. Eh sedap tau. Haha


Masuk segala mak nenek sayur yang korang minat. Macam aku just letak sawi pendek2 tu (bak choy??), carrot, lada benggali (ke benggala??), tomato hiris kecik2 anddd...tu je kot. Kalau letak broccoli konfirm terangkat lagi ni. Tapi di sebabkan aku tak boleh makan broccoli now so aku makan hati je la.. Dulu broccoli feberet aku tuhhh. Sob sob...:'(


Then letak nasi lah. Goreng ala eksyen mamak sket. Tabur garam gula. Siap!! Oppss jangan lupa letak daun ketumbar. Aku sukaaa sgt daun ni. Wangiiiiii.



Sekalikan dengan salmon sekeping tadi dan boleh terus melantak...Baca bismillah dulu..Boleh makan dengan sos cili maggi je sebagai pencicah. Mood rajin aku tetiba mati tadi. Kalau tak sekali dengan homemade sauce aku buat. Bila dah malas guna je apa yang ada.  





 Ni apakehal tiba2 gambar muka tuan tanah berderet2 ni? Sebab tempoh hari aku baru terjumpa application camera dalam iphone aku ni boleh ambik gambar style macam ni. So, terus jakun. Biasa la, aku kan malas nak explore phone sendiri. 




Dengan kawan skali jadi mangsa. Sekian.




No comments:

Post a Comment