Assalamualaikummm
Hari ni kawan aku yang baru dapat baby 41 hari lepas dah masuk lab. Aku tak sempat lagi nak gi jenguk baby dia, omaknya dah kembali bertungkus lumus dalam lab. 41 hari tuuu. Belum habis pantang lagi. Agak-agak giler tak? Kira ok lah tu, ada sorang lagi kawan aku tu sebulan jer cuti bersalin. Cukup 30 hari lompat masuk lab terus.
Aku tau kalau orang 'normal biasa' pasti dah kata "giler tak pikir kesihatan langsung suka2 hati je main terjah buat kerja, tak tunggu habis pantang"...Tak per, biarkan mereka dan mereka terus berkata-kata. Hanya kami dan kami yang berada di situasi phd (or master) sahaja yang tahu bagaimana dan apa yang kami lalui.
Aku tau kawan aku tu jiwa tak tenang tu. Tak tenang memikirkan masa berjalan, tapi lab tak jalan2. Masa makin suntuk, tapi lab tak de progress. Sebab tu boleh buat keputusan drastik terjah lab belum habis pantang tu. Dah la dulu time mengandung dia alahan teruk. Tak boleh nak buat kerja lab. Banyak sangkut sana sangkut sini. Alih2 aku dengar sv dia advise dia suruh stop lab dulu coz sv dia ada nightmare. Maksud aku, dulu2 aku ada dengar sv dia pernah ada student yang keguguran time ngandung sbb aktive sangat buat keje lab. So, as a sv yang prihatin dan tak mo dikatakan kejam, dia nasihat la kawan aku ni suruh relaks.
*Sv memang pandai suruh relaks, tapi time nak suruh hantar report tak sempat2". Tak ada lab macam mana nak report?!?!?
Itu yang beranak keluar baby seketul. Yang aku dulu? Yer la, ala2 beranak la jugak kan. Czer lagi youu...Cuma baby seketul je tak de. Pantang tak ada beza dengan orang bersalin czer. Kira aku okey la tu sebab at least aku cuti agak melampau sebulan lebih. Hampir 2 bulan jugak. Time tu Allah ajer yang tahu bertapa tak tenangnya jiwa aku memikirkan lab. Ikutkan kan rasa hati mau ajer 2 minggu lepas opret terus pegang tabung uji. Tapi nasib baik tak meroyang lebih. Mampu berwaras lagi. Jalan pun huyung hayang nak pegang tabung uji konon.
So, aku memahami la apa perasaan kawan aku tu tanggung. Tumpang simpati. Tapi diri aku sendiri pun tunggang langgang sekarang. Nak simpati lebih2 kat orang pun tak mampu rasanya. Kesian kat aku...patutnya macam tu.
Masa aku opret dulu ramai la yang duk kata (or sound aku) "naper tak ambik cuti? Naper tak extend je?" Yang berkata2 ni majority datang dari mulut yang orang tak memahami. Aku tak explain. Just senyum je. Sebab kalau aku explain pun bukan depa paham. Cukuplah kalau aku kata...
"Phd ni mana ada cuti2...tapi kalau aku nak cuti hari2 pun boleh..."
Tak paham? Tak paham sudah...kan aku dah cakap aku2 je paham...Sekian.
No comments:
Post a Comment