/*-------- Begin Drop Down Menu -------*/ #menubar { background: #8E8E8E; width: 840px; color: #FFF; margin: 0px; padding: 0; position: relative; border-top:1px solid #B2FFFF; height:35px; } #menus { margin: 0; padding: 0; } #menus ul { float: left; list-style: none; margin: 0; padding: 0; } #menus li { list-style: none; margin: 0; padding: 0; border-left:1px solid #1A6680; border-right:1px solid #1A6680; height:35px; } #menus li a, #menus li a:link, #menus li a:visited { color: #FFF; display: block; font:normal 12px Arial, Tahoma, Helvetica, FreeSans, sans-serif; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; text-decoration: none; } #menus li a:hover, #menus li a:active { background: #130000; /* Menu hover */ color: #FFF; display: block; text-decoration: none; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; } #menus li { float: left; padding: 0; } #menus li ul { z-index: 9999; position: absolute; left: -999em; height: auto; width: 160px; margin: 0; padding: 0; } #menus li ul a { width: 140px; } #menus li ul ul { margin: -25px 0 0 160px; } #menus li:hover ul ul, #menus li:hover ul ul ul, #menus li.sfhover ul ul, #menus li.sfhover ul ul ul { left: -999em; } #menus li:hover ul, #menus li li:hover ul, #menus li li li:hover ul, #menus li.sfhover ul, #menus li li.sfhover ul, #menus li li li.sfhover ul { left: auto; } #menus li:hover, #menus li.sfhover { position: static; } #menus li li a, #menus li li a:link, #menus li li a:visited { background: #B3B3B3; /* drop down background color */ width: 120px; color: #FFF; display: block; font:normal 12px Arial, Tahoma, Helvetica, FreeSans, sans-serif; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; text-decoration: none; z-index:9999; border-bottom:1px solid #1A6680; } #menus li li a:hover, #menusli li a:active { background: #130000; /* Drop down hover */ color: #FFF; display: block; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; text-decoration: none; } /*-------- End Drop Down Menu -------*/

Thursday, November 22, 2012

Genap 30 tahun

Assalamualaikum...


 


Dapat message dari TM ni dalam jam 12.09 am sebentar td.. Dan dan tu jugak baru tersentap "eh besday aku!!!" Giler fokus berangan besday sendiri pun tak ingat.

Terima kasih TM sebab remindkan aku punya besday. Errmm dah tua aku yer..30 tahun sudee. Tapi perasan muda.. Payah!

Doaku semoga Allah kurniakan aku hati yang kuat lagi tabah untuk menghadapi dugaan dan ujian hidup mendatang. Sentiasa denganNya andai badai melanda.


Buat masa sekarang perkara paling aku gerun adalah Phd aku ni. Moga aku dapat menggenggam segulung ijazah Phd Ya Allah.. Permudahkanlah urusanku Ya Allah.. Aaminnn



Tuesday, November 20, 2012

Teguran (bukan pujian) slim



Assalamualaikum

Rata-rata sekarang, mana-mana aku pergi je..tak kira either at faculty, sedara mara dekat, sedara mara jauh, kawan kenal rapat, kawan kenal tak berapa nak rapat or even jiran sebelah rumah kiri dan kanan..PASTI dan sure akan tegur aku kurus sekarang.



Memang berat aku turun 3 kilo after and before operation dulu. Dulu 58kg. Now 55kg. Konpem orang akan tegur slim. Hasil amalan pantang tak berbelah-bagi selepas operate (tapi aku makan nasik 2 kali sari jugak, cuma way of cooking berbeza). Aku ni ideal body weight memang takat 55 kilo je. If tersasar turun bawah 55, konpem orang akan kutuk tak cukup makan. Kering kontang. Melampau sungguh.

Tapiiiii....

Dalam ramai-ramai yang tergur aku slim, ada jugak tiba-tiba yang tegur aku gemuk. Huh?? Aku rasa macam dah cukup kering dah aku sekarang. Ada juga yang kata aku gemuk. Tahu di mana dan siapa?

Of course la bila aku masuk spa or salon kecantikan. Aku tak tau la semada memang depa ikhlas tegur or hipokrit nak lariskan product. Tapi tak de la pulak depa duk promot mana-mana product kurus ke apa. 

Yang pasti aku tak kan terpedaya untuk kerat lemak kat pusat2 kecantikan ni. Kerat rambut tak apa. 

Sekian!!!



Saturday, November 17, 2012

Feeling muda...



Assalamualaikum


Semalam lepas habis lab aku and family terjah Alamanda. Tak ada tujuan pun. Saja-saja je wat hilang boring. Plus bawak mak and adik aku ni jalan-jalan. Mak aku ni tak pernah ke Alamanda. Selalunya if datang KL mesti pergi Sogo. Kejap kejap Sogo. Macam tak ade tempat lain. Paling tak pun SACC Mall Shah alam (sebab area rumah makcik aku). Biasa lah...warga Terengganu ni kalau datang KL suka norr masuk Sogo (warga agak berusia esp). Apa yang best pun aku tak tau daaa. 

Tapi lama pulak mak aku ni duk membelek-belek baju. Jenuh menunggu..aku and adik aku pun apa lagi. Phone kat tangan. Barang-barang display cantik je depan mata. Camwhore ler jawabnya.


 Adik aku la ni yang start. Awalnya sopan je kakak dia duduk menunggu. Tak ada gangguan. Aman. Skali minah ni datang. Try topi la, try spec mata la. Tergugat jugak iman kakak dia ni.


 Bila kakak dia join sekaki, tak ada nyer nak post beradap. Pendek kata bila depan camera memang tak ada adap. Gini lah jadinya..



 Dengan topi


 Dengan spec



 Feberet pic of the day (kiri). Feeling gaya artis tak sedar diri je. Tag harga pun 'cokeng' agi.


Ok..dah takat ni je gambar. Orang tengok aku duk posing aku wat bodoh je. Lantak la...


Ohh, sebenarnya aku nak story pasal baju yang aku pakai dalam pics2 di atas. Setiap kali aku pakai baju ni, ada ajer 2, 3 tangan yang datang membelek sentuh-sentuh baju aku ni. Tanya beli kat mana and belek2 cantuman baju aku ni. Nak kata cantik, rasanya tak pun. Biasa-biasa je. Nak kata mahal memang menyimpang ah. Korang rasa berapa rial aku beli baju ni? Aku beli masa pegi hatyai berbulan yang lepas. Selai adalah 100 bath. 100 bath itu adalah bersamaan dengan 10 hengget! Yer, 10 hengget sahaja baju aku ni yer kawan-kawan. Tengok pun dah tahu murah. 

Tapi yang membuatkan orang macam curious nak belek-belek baju aku ni maybe sebab nak tahu design bahgian atas dengan bawah baju murah aku ni bercantum ke tidak. Unik ke? Yer..memang tidak bercantum. Asing-asing. Asalnya aku just beli baju belang-belang kuning tu je. Tapi baju tu kan senteng nak mampus. Karangkan kalau aku sarung baju tu je, mau nampak lurah bontot bila aku duk tertonggeng. Tak pun, bila angkat tangan konpem nampak pusat berkarat. Tak pasal-pasal Britney Spears jeless.

So, haruslah mencari alternative lain. Bernasib baik terjumpa pulak sleeveless hitam time jalan-jalan tak tentu pasal kat Mines. Kat bahgian bawah baju ni plak bukan yang jenis normal stright cut je. Design berombak-ombak (ke ada term yang sesuai tuk design macam ni, sorry la moi tak ikut trend). So, memang perfect combination tuk baju hatyai murah aku tuh. Pakai yang sleeveless hitam kat dalam, then sarung baju murah kat luar. Bila pakai jadi lah seperti di atas.  

So far sejak kembali bergelar student ni memang aku suka sangat pakai baju-baju cenggini. Feeling-feeling muda gitu. Eh, bukan aku perasan tau. Tapi ramai betul yang ternganga bila aku bagi tau my real age. Ramai yang x cayer I am actually 30 years old. Ada yang ingat aku tipu. Ada yang agak umo aku 23. Giler muda ko. Agak-agak ah kalau nak ambik hati pun. (Eh, orang puji muda pun marah).

Aku rasa selain aku ni active tak bertempat. Suka terkinja-kinja. Factor lain maybe because of cara pemakaian aku. Yer la, dulu waktu aku keje konpem masuk opis pakai baju kurung. Kalau tak baju kurung pun office wear yang aku yakin membuatkan aku (kita?) more matured. Tak gitu? Tapi factor utama aku rasa sebab status aku as student. Aku tak tau ah kenapa. Tapi tittle student memang buat aku feels young. Seriously. Padahal tak sedar diri. Bukannya diploma student. Tapi aku rasa sapa-sapa yang bergelar student sedikit sebanyak akan merasai feeling ni. Cuma maybe aku terlebih feeling. Ramai kawan-kawan aku cakap cenggitu. But once aku masuk keje balik esok-esok confirm hari pertama bekerja terus rasa matured (tak sampai hati nak sebut tua). Ala, macam aku tak pernah rasa. Life aku ni kan memang lompat-lompat. Kejap student, kejap kerja..then student balik..pah tu kerja balik. Perbezaanya memang ketara.

Tak caya? Moh kita sambung belajar. Jadi student. Kihkih..But make sure Full time. Tak main la part time part time ni. The feeling is not there!

Sekian!



Friday, November 16, 2012

Pagi


Assalamualaikum

Now berada kat lab dan sedang menunggu temperature yang di atas turun mematuhi temperature yang di bawah (sila refer gambar). Kena sama. Bila dah sama barulah analysis den bisa dijalankan. Selagi tak sama selagi tu la den duk melangguk macam sekarang.

Apo kan dayo...

Ni pun nasib baik dapat run experiment sebab pegawai sains yang pegang alat ni tak cuti. Kalau cuti terpaksa la aku carik hari lain. Draggg masa lagi.. What to do, this is my journey of phd. Normal.

Tuesday, November 13, 2012

Buang daki bulan ni?


Assalamualaikum


Cuti! Yup cuti hari ni. Sungguh aku tak alert yang minggu ni banyak sungguh cuti. Selang-seli. Kemain lagi aku plan nak buat lab sepanjang minggu ni. Pergi booking alat/instrument dengan pegawai sains semalam dengan harapan dapatlah aku run sample aku minggu ni. Sekali ambik ko, baru tau ada 2 hari cuti minggu ni. Nasib baik staff yang handle instrument tu bagi tau aku. Kalau tak mesti aku confident je pegi fac hari ni. Sumpah aku tak tau today is depavali. Depavali tak alert tak apa lagi. Tak ada sangkut paut dengan aku pun. Tapi yang cuti awal muharam kamis ni aku tak alert jugak apa kes??? Sungguh tak senonoh.

Kalau cuti selang-seli, confirm2 la kan staff akan ambik cuti skali harung. Bila lagi nak bercuti best mcm ni kan. Tapi bila staff/pegawai sains tak ada, tak dapet la aku nak run sample. Pendek kata, hancur lagi harapan aku! Sadiss...

Okey, sebenarnya aku nak story pasal semalam. Lepas mak aku datang jemput aku kat fac semalam, we all heading to Az-Zahrah Women Wellness Centre, Bangi. Panjang sangat namanya aku panggil Az-Zahrah Spa je. Aku ni boleh dikatakan customer tetap diorang la. Memang aku suka datang spa ni Cuci rambut, rebonding, relaxing, facial semua aku hentam kat sini. Bagi aku Spa ni tak de la spa yang high class stock-stock mak datin keluar masuk tuh (maybe ada je mak datin datang sini, aku jer yang tak alert). For me spa ni sesuai la untuk golongan pertengahan (eh ke bawahan?) macam aku ni. Tapi itu tidak penting. Yang penting aku suka dengan 'air tangan' salah seorang staff kat sini. Dalam ramai-ramai staff kat sini, dia sorang memang feberet aku. Rebonding, facial, kerat rambut ke apa ke..hanya tangan dia yang buat aku puas hati. Kalau aku wat appointment  memang dengan dia je. Dengan orang lain aku tak nak. Kalau dia 'full' aku rela tunda ke hari lain. Kita nak masuk spa kan..wajiblah berpuas hati. Kan? Maybe jugak badan aku, kepala aku, rambut aku hanya 'in' dengan dia je. Sesuai la dengan nama minah ni pun In. (nama penuh aku tak tau). Lain orang lain citarasa kan. Maybe orang lain 'seteru' dengan tangan orang lain. So, tak payah la terpengaruh dengan aku. Bahahahha...


Errmm, sebenarnya aku ke spa kali ni bukan tuk aku. Walaupun aku mendapat offer yang sangat-sangat-sangat special for this month. Besday aku kan bulan ni. Memang berbaloi sungguh offer yang diorang bagi kat aku. Massage whole body 50% less. Gilerr ko. Harga asal RM150. So, agak-agak la separuh harga berapa kan. 70 hengget lebih je. Memang lumayan. Tak cukup dengan tu, dapat pulak scrub for whole body for FREEEEEEE...Dah la aku tak pernah nak sental daki-daki kat badan aku ni. Memang cantik punya peluang..


Tapi sayang...sayang..sayanggg...seribu kali sayanggg... *lap air mata*..Mak aku tak benarkan aku berurut lagi. Katanya baru sangat lagi aku operate. Jangan lagi. Tunggu dulu. Orang operate tak berurut. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Rugih!rugih rugih.. Anggap saja bukan rezeki aku. Baru hati tenang. Chewahhh...

Tapi walaupun aku tak dapat nak manjakan diri tuk diri sendiri, aku ubah fikiran apa kata aku manjakan ibu tercinta pulak. Lagipun  aku kesiannnnnn sangat tengok mak aku ni. Macam exhausted sangat lately duk jaga aku sejak aku operate sebulan yang lepas. Pendek kata dari A sampai Z semua atas bahu mak aku. Andai kata ada lagi hurus selepas huruf Z, juga mak aku yang menanggungnya. Superwoman sungguh. 

Aku memang dah lama teringin nak hantar mak aku ni pegi berurut kat spa. Tapi sebelum ni kan duk kat Tganu. Mana aku tau spa mana yang best kat Tganu tu. Nama je orang Tganu aku ni. Tapi bab-bab macam ni, aku lebih arif di Bangi or Shah Alam. Heheh (jangan marah norr orang Tganu). So, alang2 mak aku stay dengan aku buat sementara waktu ni, memang peluang yang cantik. Nak paksa jugak mak aku berurut ka Az Zahrah Spa ni. Aku book appointment tanpa bagi tahu mak aku. Dah nama pun paksa. Tak kira. Pegi jugak!

Mula-mula aku cuba twist offer yang diorang bagi kat aku dengan mak aku. So, dapat la aku jimat duit. Tapi, failed. Offer hanya special tuk besday girl sahaja. Hampehhh...Tak apa lah, demi ibu ku rela. Apa lah sangat ajak pegi berurut dengan pengorbanan mak aku selama ni. Kalau di calculate, tak de percentage pun (paham tak?)


Mak aku ni sama macam aku. Pegi mana-mana pun suka pakai selipar jamban. Even masuk spa. Bahahha.. Btw, staff yang aku suka yang bernama In adalah yang sedang bercakap telefon. Best dengan dia. Staff lain pun best. Cuma taste aku dengan dia. Eh.



Serious mak aku puas hati. Dapat mandi buih ke mandi air panas ke  apa ntah..then massage for whole body. Memang mak aku cakap budak si In ni punya tangan best giler. Tak pernah lagi berurut dengan sesapa sebest tu. Lega dan ringan terasa seluruh badan. Haa...kan aku dah cakap!


Az Zahrah Spa ni kadang-kadang aku buat macam tempat berak aku je. Maksud aku, ada masa aku ke Bangi tiba-tiba aku rasa nak terkencing ke, nak solat ke..selamba je aku tumpang kat Spa ni. even time tu aku tak ada tujuan or tak aim pun datang spa ni. Dah terbiasa sangat. Harap-harap staf dia pun tak de masalah dengan keselamberan aku. 

Oh, btw, sementara menunggu mak aku massage, aku pulak duk melayan adik aku yang sorang ni pegi melantak kat Miyagi. Enjoy the pics ajer lah yer.. Malas dah aku nak mengarang...Bahahhaa..


















Banyaknya pic adik aku. Pic aku? Malas.. Tak de mood!

Sekian!!!



Saturday, November 10, 2012

Sedang menunggu


Assalamualaikum

Di kala aku menaip ni, hujan mengganaz giler kat luar ni. Sapa-sapa yang stay area serdang ni tahu lah macam mana ganaznyer hujan sekarang. Eceh, kat tempat lain pun hujan la aku rasa. Dah memang musim hujan turun sekarang. Aku suka jer...Aku kan suka hujan..

Dan now aku berada sorang-sorang kat postgrade room. Suasana agak creepy tambah lagi guruh berdentam-dentum kat luar nun. Gelap tak payah cakap. Tapi aku steady je. Aku yakin, sapa-sapa yang penakut memang tak berani stay kat tempat aku ni sorang-sorang. Aku ni jenis berani tak bertempat sket orangnya. Ni time hormon takut aku tak dirembeskan. Bila hormon takut aku datang, ramai orang pun aku kecut perut. Pelik sket aku ni

Sebenarnya aku tengah tunggu mak, abang dan adik aku datang jemput aku ni. Diorang pegi Aeon jap tadi. Aku malas nak pi. Sebab aku tau penat tawaf mall walaupun Aeon je. Aku kan stamina kurang sekarang. So, daripada layan depa, baik aku buat keje. Lagi pun memang aku ada keje nak di bereskan kat lab (padahal datang timbang sample yang dah dikeringkan jer pun..gaya macam rajin je weekend2 datang lab..jangan terpedaya!). So, sebelum they all pegi Aeon tadi, hantar aku jap pegi fac dan masuk lab dan now dalam postgrade room. Sorang-sorang! Tadi ada je orang. Now dah balik la. Dah nak masuk maghrib pun. Aku je yang tak reti nak balik.



Laluan utama ke postgrade room. Gambar ni nampak cerah sebab flash iphone aku je ni. Hakikat sebenar teramatlah gelap gumpita. Orang Tganu panggil gelap gelemakk..gelap guguk. Tapi so far alhamdulillah, tak ada lagi dengar benda-banda tak elok. Ataupun aku yang tak alert? Abang aku cakap lab aku ni macam 'walking dead'. Boleh?..

Ok lah, driver dah sampai..chow

Sekian!


Friday, November 9, 2012

Den lomah...


Assalamualaikum


Nak update belog ke tak nak? Lagi mau tanya. Dah taip dua tiga patah pun berpikir lagi.

Aku bukan apa. Aku tak larat ni. Tapi keinginan nak update blog mencanak-canak. Keinginan mengatasi keterlaratan.

Ermmm, terbukti aku masih tak larat. Sejak dah datang stay rumah sewa ni, even semua keje mak aku dan adik aku dan abang aku yang tolong buatkan... tapi still, badan aku masih lemah feelingnya. Agak susah condition ni sebabnya sebelum ni aku kan jenis yang suka melompat tak tentu pasal. Cergas tak bertempat. So, bila Allah tarik sket kecergasan baru lah kita ingat betapa kerdilnya kita. Nak suruh kita beringat. Eh, nak suruh aku beringat.

Bab paling sukar bila nak handle lab. Buat keje dalam lab. Macam aku explain before this, nama  je keje dalam lab. Hakikat sebenar luar dalam atas bawah turun naik tangga lab. Tapi sejak aku mai sini 2, 3 hari lepas aku tak buat lab sepenuhnya lagi. Just panaskan enjin je. Collect alat radas yang mana tak ada, ambik signature prof sebab nak pinjam barang. Selebihnya duduk dalam postgrade room ngadap laptop je. So far ok lah.. Ada la jugak feeling2 tak larat. Tapi buat bodo je..

Tapi yang buat aku ketar lutut dan tak larat tadi kes aku and family pergi masuk mall jap tadi. Bila dah masuk mall, takdenya nak sekejap. Bukan aku aim nak cari barang2 pun..just memenuhi keinginan abang and adik aku ni. Nak makan la, nak cari baju la. Kesian sangat, aku turuti aje. Aku pun ala-ala bosan jugak. Dah lama tak masuk mall kan. Bila dah masuk mall konpem la berlaku adegan tawaf 360 darjah. Berjalan sekejap je dah rasa badan lemah. Kena banyak duduk. Teringat waktu 'hebat'...if pegi mall, masuk pagi balik malam..steady je. Siap dgn high heels lagi. No prob. Memang la no prob. Tu zaman aku sihat. 

Mak aku jap2 tanya, okey ke ni jalan lama2 ni. Cepat je aku jawab. Okeyyy jerrr.. Padahal dah exhausted giler rasa. Mungkin jugak aku dah berehat panjang sangat kan masa kat kampung. So, badan kena adjust balik nak adapt dengan situasi baru. Cehhh..Hahahaha..

Sebenarnya, masa first day sampai sini pun aku dah jejak mall awal-awal lagi dah. Time tu memang dah rasa badan tak berapa nak larat. Bukan saja-saja gatai nak p shopping. Tapi sebab nak cari bahan dapur. Cari apa saja yang patut sebab dah lama dapur kat rumah sewa aku ni tak berasap kan. Bukan aku yang nak masak tau. Mak aku la yang masak. Sekarang ni dah dua hari pegi fakulti berbekalkan lunch yang mak aku masak. Heaven sungguh rasanya. Tak payah susah-susah cari makanan time lunch. Lagi pun aku tak makan sebarangan makanan lagi. Pilih-pilih yang tertentu je. Mana yang aku rasa berkhasiat je aku telan. Yang berminyak-minyak tolak tepi. 

So, no wonder la sejak aku jejak faculty ni semua yang terpandang aku tegur aku slim..makin slim. Nak buat macam mana. Terpaksa la. Tak mahu telan sebarangan je. Nanti kan mudarat badan sendiri kendian hari. Tapi aku suka jer orang tegur aku slim ^___^


Ni pic muka over expose tak larat + mengada-ngada tahap tenuk. Lepas shopping barang dapur kat AEON terus masuk Kenny rogers. Otak aku setting Kenny rogers adalah makanan berkhasiat. So, kita telan ajer. Ikut apa yang kepala hotak aku set. Bukan ikut apa yang pakar pemakanan tulis dalam buku. Bahahha..Lagipun dah lama aku kempunan nak melantak Kenny Rogers. Kat Terengganu mana ada benda2 macam ni. Dah ada depan mata wajiblah melantak puas2. Sekian!


**Aku mengarang semalam..tapi aku publish ari ni..Now tengah tunggu crucibles kering nak timbang sample. Nak wat moisture je ponnnnnnn... Analysis paling senang dalam sejarah dunia sains pemakanan..Kahkahkaha


Monday, November 5, 2012

Ubi naik flight


Assalamualaikum..


Damai petang ni. Redup jer. Orang Terengganu panggil Jo-ong (sebut betul2 yer.. Tak pandai sebut sila cari cekgu). 

Lagi beberapa jam nak balik KL. Errrr i mean balik Serdang. Flight pukul 9.20 pm. Harap la tak delay tak apa. If delay lewat la sampai rumah. Biasanya hampir pukul 12 malam akan sampai rumah sewa if tak delay. Kalau delay tak tahu la pukul berapa sampai sana. Tapi sejak aku menggunakan Air Asia as pengangkutan tetap aku berulang-alik KL-Terengganu, Terengganu-KL jarang sangat-sangat flight aku delay. Seingat aku 2 kali je kot delay. Tu pun tak lama dalam setengah jam jer. Ok lah tu.. Tak kisah sangat.

Cuma sekarang kan musim hujan. So, tau2 la kalau musim hujan ni kadang2 kapal terbang tak boleh nak landing la, tak boleh nak naik la.. Nauzubillahhh.. Moga malam ni smooth je..


Sample aku - 10 kilo


Sebut pasal balik ke UPM ni, gambar kat atas ni akan aku hangkut sekali malam ni. 10 kilo engko..In case ada yang tertanya-tanya apakebenda ni? Ini la sample ujikaji aku. Research aku. Study aku sepanjang phd ni. Ubi badak. Sesetengah orang panggil ubi besar. Aku pulak panggil Diocorea alata L. Caitttt, poyoo...muahhahhaha..Yang pasti ubi ni kat pantai timur area Kelantan or Terengganu memang femes. Tang pantai barat nun biasanya orang tak kenal sangat. Kebanyakkannya la.. Based on kawan2 yang aku tanya la. Tapi kan, sebenarnya aku sendiri pun tak kenal dan tak tahu kewujudan ubi ni sampai la aku terpaksa guna ubi ni as my sample research. Padahal aku pure Terengganu. Muahhahaha..Kata kat orang, diri sendiri pun sama je. Lagi teruk ada la..

Errmmm..ada ke yang pikir macam mana aku nak angkut ubi 10 kilo ni? Dengan luggage aku lagi. Campur2 mau 20 kilo. Aku kan tak boleh angkat benda berat2 buat sementara waktu ni. Ikutkan dulu semua kerja angkut mengangkut ni aku buat sendiri je. Memang dah biasa sangat. Aku rasa aku ni ketegori independent la. Aku tak mau nyusahkan orang. Angkut sendiri je. Maklumlah, pakwe pun takde nak mintak tolong, apatah lagi suami..Hahaha..Konon sadis la tu..

Tapi betul, aku memang independent bab2 macam ni. Memang dah biasa berkeseorangan. Buat keje sorang2. Contoh macam ni la. Angkut barang dari Terengganu ke rumah sewa. Dari rumah sewa angkut pulak ke lab. Lab aku tu pulak bukannya ground floor. Tapi dulu aku happy je buat keje macam ni. Tak kisah pun. But not now. Dengan condition aku sekarang yang tidak mengizinkan. Tapi jangan risau (ada ke yang risau?)...kan aku dah bagi tau dah hari tu, mak aku, adik aku and abang aku akan join skali malam ni. So, tugas angkut-mengangkut serah kat abang aku jer Aku?...relakkss jer la. Mak aku kalau nampak aku angkat benda2 berat sket je sekampung bisingnyer.. Tapi memang patut bising ponnnn...heheh



If ada yang tertanya-tanya macam mana rupa ubi badak ni. Ni haaa... gini la rupanya. Besar segedebuk macam badak. Sebab tu panggilannya pun sedemikian rupa...kihkih

Lupa nak bagi tahu.. dulu, kemain payah aku nak cari sample ubi badak aku ni. Selain payah sebab ubi ni bermusim (musim hujan beranak pinak la dia), juga payah sebab tak tahu kat mana exact lokasi yang jual ubi ni secara tetap. Jenuh mencari..pasar payang, pasar manir bla bla bla...Ada tu mmg ada, tp sikit2 je. Tak boleh borong banyak2 macam sekarang. Tapi sekarang tidak lagi. Aku dah tau mana nak cekau. 

Korang boleh bajet tak kat mana? Yerr..Rupa-rupanya depan rumah aku je ada sorang pakcik ni tanam. Yer, DEPAN RUMAH AKU JER!!!

Giler la..selama ni berpusing aku cari sources ubi. Tak sangka depan rumah aku je ada orang tanam. Sungguh tak celik mata. Yer la, ubi kan beranak-pinak dalam tanah..Dah dalam tanah mana nak nampak. Kalau dia berbuah macam pisang tu senang la pulak nak detect. *Self Defence*..muahhahaha..



Sunday, November 4, 2012

Cerita pasal seluar dalam


Assalamualaikum...


Hari ni boleh di kira hari second last aku stay kat kampung. Menghabiskan sisa-sisa MC aku. Err, alkisah sebenarnya MC aku dah habis 24hb October yang lampau lagi dah (dapat sebulan je MC). Tapi di sebabkan 24hb tu dah hampir2 sangat dengan raya haji, so aku extendkan ajer lepas raya haji. Then lepas raya haji sepupu aku kawen plak. Tambah lah lagi extendnyer. Tapi sebab sebenar-benarnya aku extendkan diri bukanlah sebab2 di atas. Aku sengaja lengah-lengahkan sebab aku rasa aku tak confident lagi dengan condition diri aku ni. 

Time habis MC 24hb tu aku rasa aku need more time. Rasa tak kuat sangat time tu. Jalan pun asyik pegang/tekan perut je. Silap haribulan orang mesti ingat aku mengandung. Yer la, dah la perut buncit semacam jer lepas operate ni..jalan plak asyik pegang perut takut gegar. Mau orang bajet aku pregnant. Whatever..

Sekarang aku rasa lebih confident sket. Hari ni pun dah yakin sarung seluar dalam ketat. Errr, I mean bukan ketat, tapi panties ala-ala girdle yang aku beli kat cosway dulu. Apa kes kisah seluar dalam pun nak citer kat blog ni? Eh kene citer..

Dulu before operation memang aku suka pakai seluar dalam cenggini. Kemas dan best rasanya. Perut pun flat je. Aku masih kategorikan seluar dalam ni as seluar dalam..bukan girdle. Why? Sebab senang nak pakai. Kalau susah nak sarung tu baru orang panggil girdle. Kahkahkakha.. Ni teori aku sendiri la. Korang tak boleh terima lantak pi la..

Lepas operation langsung aku tak sentuh seluar dalam ni, apatah lagi nak sarung. Macam mana nak sarung, pakai seluar dalam biasa yang pendek2 sket (means paras perut) terus rasa sakit. Tak boleh menekan sangat bahgian perut aku. Kena pakai seluar dalam yang tinggi2 atas dari pusat. Yang langsung tak menekan perut. Baru okey. Stock seluar dalam macam nenek aku punya je. Tapi tu dulu. Time awal2 operate. Of course la kan. 

Dalam 2 minggu lepas aku try pakai seluar dalam ala-ala girdle aku ni still tak boleh. Bukan tak boleh sebenarnya. Takut je lebih. Rasa menekan sket je terus bukak. Cetttt...

Tapi hari ni aku try pakai lagi. Yess dah boleh. Malah rasa selesa sangat. Perut rasa kemas dan padat je. If bergegar pun tak rasa ngilu sangat bahgian perut ni. I mean bergegar if aku jalan laju2 sket la. Bukannya bergegar time aku lompat aerobic. Giler ke apa. Aku rasa patutnya aku pakai spentot ni awal lagi than today. Baru lah more confident.

So, disebabkan aku dah confident sket, esok malam aku akan berangkat pulang ke UPM serdang... continue my lab (bulu roma selalu meremang bila teringtkan lab). 

Errr panjang lebar aku citer pasal seluar dalam hanya nak mengaitkan dengan perasan confident. So, adakah seluar dalam sememangnya berkait rapat dengan kekonfident-nan diri aku? Maybe... Terima kasih seluar dalam..

Sekian!






Thursday, November 1, 2012

Lindungi diri andaaaa....


Asslamualaikum..

Sambil kunyah orange sunkist sambil menaip sambil berfesbuk tapi TIDAK sambil bukak slide apatah lagi sambil baca journal. Sejak aku operate sebulan yang lepas (30 hari ++) tak pernah aku miss makan orange sunkist dalam sehari. Okey tipu. Aku pernah miss. Tapi sehari je. So, tolak satu hari tu, memang hari2 aku kunyah buah oren ni. Dah orang kata oren baik tuk orang lepas operate. Bukan sorang dua yang kata. So, aku bedal je la hari2. Lagi pun benda nature, tak de la takut nak bedal hari-hari. Klu supplement ke or ubat apa2 ke memang aku jenis penakut nak try. Aku lebih suka tengok bukti 10 orang depan aku elok dulu, baru aku try. Tu pun kalau terbukak pintu hati.hahaha.

Okey, sebenarnya aku baru lepas register insurance ni. Register ke orang panggil? Ke sign up? Eh ke daftar? Tak ke sama? Lantak lah. Rasanya ni baru betul-betul aku daftar insurance sambil dengar penerangan panjang lebar. Sebelum ni aku dah ada dua insurance. Tapi dua2 aku daftar sambil lewa. Bukan salah agent insurance tu, tapi salah aku sendiri. Aku tak nak dengar pun penerangan depa tuh. Aku ambik insurance aim sbb nak simpan duit. Bodoh kan? Ya bodoh aku tau.. Hahaha. So, padan muka aku!

Bila dah terkene dan tergadah macam ni bertambah-tambah la padan muka aku. Bila datang penyakit dan guna duit banyak baru la terasa. Phuiiii.. Baru nak betul2 daftar insurance untuk pelindungan kan. Sebelum ni insurance apa ntah aku ambik. Tak ambik peduli pun. So, operation aku bulan lepas as pengajaran la. Tak pe, tak payah pikir sangat pasal duit. Duit datang dan pergi. Tak guna untuk cost operation, mesti abis bab lain. Kannn? Cuma agak kecik hati bila duit tu tak dapat dihabiskan untuk beli kasut dan baju. Eh..

Mau tak kecik hati. RM 8K terpaksa dihabiskan untuk keluarkan cyst seketul. Memanglah kalau buat kat gomen dapat free. Kan free kan? Aku ni mmg blur2 bab2 macam ni. Maklumla first time aku sakit dan masuk spital. Sebab tu sebelum ni aku tak sedar diri bab2 kepentingan insurance ni. About spital gomen, dah macam2 kan kita dengar pasal service depa kan. So, aku tak sanggup terkena kat aku walaupun belum tentu terkena kat aku. So, aku rela berhabis duit awal2. Bertitik tolak dari kes ni, aku ambik as pengajaran. Terus daftar BSN prudential insurance. 




Mungkin jugak aku ni terlebih insaf. Aku daftar insurance bukan tuk aku sorang. Langsung dengan adik aku skali (nasib baik adik aku sorang je). Malang tidak berbau (macam kes aku la). So, better ambik protection awal2. Adik aku ni still belajar lagi. So sah2 aku la yang kene bayar kat dia bulan2. Tak pe, aku dah buat perjanjian ngan dia as below:

Me: Anah, kakce nak ambik insurance tuk anah..boleh berjanji ngan kakce dok?
My sis: Insurance tu apa? (nampaknya adik aku lagi bengap dr aku)..ambik la..nak janji apa?
Me: Janji jadi kuli kakce. Whatever kakce suruh kene buat...
My sis: Yer la! yer la!..

YESSS!!! adik aku mmg terbaik. Tak banyak soal. Sesuai jadi adik aku tuk kakak dia yang pemalas ni. Aku ni bila hantu malas aku datang kesian adik aku. Even nak tukar channel tv pun aku suruh dia..padahal remote tv depan mata. Haahahha...

So, kawan2 di luar sana. Yang mana tak ada insurance lagi tu, cepat2 la ambik as perlindungan. Kalau anda tahan dengan kerenah gomen hospital, tak pe..Di persilakan tak ambik.

Ok, aku nak ambik hati aku tuk belek2 journal pulak. Dah lama hati aku ni terasa hati ngan diri aku sendiri. Sekian!




November


Assalamualaikum

Aku tak tau kenapa aku suka bulan November. Adakah kerana aku suka angka satu-satu (11)?. Yer jugak kot. Or Adakah kerana aku dilahirkan bulan 11? Aku rasa tak. Tak de kene mengena. Cuma maybe menambahkan lagi kesukaan aku terhadap bulan 11 ni. Aku rasa aku suka bulan 11 ni sebab bulan ni bulan hujan (yup!! aku suka hujan). Memangla bulan lain pun hujan turun jugak, tp suasana November ni lain macam. Sbb tu people call November rain kot. Hening, redup and syahdu semcam je. Bila syahdu2 ni mula la menggamit memori. Tu yang syok kot. Menggelamun sampai ke bulan bintang. hahaha

Actually, bangun pagi ni tanpa sedar yang hari ni dah masuk 1st november. Walau pun tanpa sedar, tetap 'tersedar' suasana pagi lain macam je. Bukak fesbuk baru realize hari ni dah masuk bulan kesukaan. Patut pun! Ni aku sedap2 menaip ni pada jam 11.09 pagi ayam jantan kat kampung aku ni masih lagi berkokok2 tak henti2 dari pagi tadi. Mungkin jugak ayam tu dah masuk fasa giler or otak dah senget. Tak reti beza waktu pagi dengan waktu hampir tengah hari. Burung2 pun bukan main galak berkicauan. Damai sungguh. Seakan2 meraikan sesuatu. Depa suka bulan 11 jugak kot.. Bagus! Bagus!

Tapi yang aku ni? Suka suka jugak. Tak kan suka November sampai tak nak mandi kot. Duk berbaju tido dari tadi. Mungkin jugak aku pun lebih kurang sama dengan ayam jantan yang berkokok tak henti2 tu. Cakap ayam senget, aku pun tak de la lurus mana.





Cuma satu jer yang aku gerun bila memikirkan November ni. Yup! November menandakan tahun dah nak habis. Takutttt. Banyak keje tak siap.


Sekian!