/*-------- Begin Drop Down Menu -------*/ #menubar { background: #8E8E8E; width: 840px; color: #FFF; margin: 0px; padding: 0; position: relative; border-top:1px solid #B2FFFF; height:35px; } #menus { margin: 0; padding: 0; } #menus ul { float: left; list-style: none; margin: 0; padding: 0; } #menus li { list-style: none; margin: 0; padding: 0; border-left:1px solid #1A6680; border-right:1px solid #1A6680; height:35px; } #menus li a, #menus li a:link, #menus li a:visited { color: #FFF; display: block; font:normal 12px Arial, Tahoma, Helvetica, FreeSans, sans-serif; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; text-decoration: none; } #menus li a:hover, #menus li a:active { background: #130000; /* Menu hover */ color: #FFF; display: block; text-decoration: none; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; } #menus li { float: left; padding: 0; } #menus li ul { z-index: 9999; position: absolute; left: -999em; height: auto; width: 160px; margin: 0; padding: 0; } #menus li ul a { width: 140px; } #menus li ul ul { margin: -25px 0 0 160px; } #menus li:hover ul ul, #menus li:hover ul ul ul, #menus li.sfhover ul ul, #menus li.sfhover ul ul ul { left: -999em; } #menus li:hover ul, #menus li li:hover ul, #menus li li li:hover ul, #menus li.sfhover ul, #menus li li.sfhover ul, #menus li li li.sfhover ul { left: auto; } #menus li:hover, #menus li.sfhover { position: static; } #menus li li a, #menus li li a:link, #menus li li a:visited { background: #B3B3B3; /* drop down background color */ width: 120px; color: #FFF; display: block; font:normal 12px Arial, Tahoma, Helvetica, FreeSans, sans-serif; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; text-decoration: none; z-index:9999; border-bottom:1px solid #1A6680; } #menus li li a:hover, #menusli li a:active { background: #130000; /* Drop down hover */ color: #FFF; display: block; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; text-decoration: none; } /*-------- End Drop Down Menu -------*/

Tuesday, November 13, 2012

Buang daki bulan ni?


Assalamualaikum


Cuti! Yup cuti hari ni. Sungguh aku tak alert yang minggu ni banyak sungguh cuti. Selang-seli. Kemain lagi aku plan nak buat lab sepanjang minggu ni. Pergi booking alat/instrument dengan pegawai sains semalam dengan harapan dapatlah aku run sample aku minggu ni. Sekali ambik ko, baru tau ada 2 hari cuti minggu ni. Nasib baik staff yang handle instrument tu bagi tau aku. Kalau tak mesti aku confident je pegi fac hari ni. Sumpah aku tak tau today is depavali. Depavali tak alert tak apa lagi. Tak ada sangkut paut dengan aku pun. Tapi yang cuti awal muharam kamis ni aku tak alert jugak apa kes??? Sungguh tak senonoh.

Kalau cuti selang-seli, confirm2 la kan staff akan ambik cuti skali harung. Bila lagi nak bercuti best mcm ni kan. Tapi bila staff/pegawai sains tak ada, tak dapet la aku nak run sample. Pendek kata, hancur lagi harapan aku! Sadiss...

Okey, sebenarnya aku nak story pasal semalam. Lepas mak aku datang jemput aku kat fac semalam, we all heading to Az-Zahrah Women Wellness Centre, Bangi. Panjang sangat namanya aku panggil Az-Zahrah Spa je. Aku ni boleh dikatakan customer tetap diorang la. Memang aku suka datang spa ni Cuci rambut, rebonding, relaxing, facial semua aku hentam kat sini. Bagi aku Spa ni tak de la spa yang high class stock-stock mak datin keluar masuk tuh (maybe ada je mak datin datang sini, aku jer yang tak alert). For me spa ni sesuai la untuk golongan pertengahan (eh ke bawahan?) macam aku ni. Tapi itu tidak penting. Yang penting aku suka dengan 'air tangan' salah seorang staff kat sini. Dalam ramai-ramai staff kat sini, dia sorang memang feberet aku. Rebonding, facial, kerat rambut ke apa ke..hanya tangan dia yang buat aku puas hati. Kalau aku wat appointment  memang dengan dia je. Dengan orang lain aku tak nak. Kalau dia 'full' aku rela tunda ke hari lain. Kita nak masuk spa kan..wajiblah berpuas hati. Kan? Maybe jugak badan aku, kepala aku, rambut aku hanya 'in' dengan dia je. Sesuai la dengan nama minah ni pun In. (nama penuh aku tak tau). Lain orang lain citarasa kan. Maybe orang lain 'seteru' dengan tangan orang lain. So, tak payah la terpengaruh dengan aku. Bahahahha...


Errmm, sebenarnya aku ke spa kali ni bukan tuk aku. Walaupun aku mendapat offer yang sangat-sangat-sangat special for this month. Besday aku kan bulan ni. Memang berbaloi sungguh offer yang diorang bagi kat aku. Massage whole body 50% less. Gilerr ko. Harga asal RM150. So, agak-agak la separuh harga berapa kan. 70 hengget lebih je. Memang lumayan. Tak cukup dengan tu, dapat pulak scrub for whole body for FREEEEEEE...Dah la aku tak pernah nak sental daki-daki kat badan aku ni. Memang cantik punya peluang..


Tapi sayang...sayang..sayanggg...seribu kali sayanggg... *lap air mata*..Mak aku tak benarkan aku berurut lagi. Katanya baru sangat lagi aku operate. Jangan lagi. Tunggu dulu. Orang operate tak berurut. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Rugih!rugih rugih.. Anggap saja bukan rezeki aku. Baru hati tenang. Chewahhh...

Tapi walaupun aku tak dapat nak manjakan diri tuk diri sendiri, aku ubah fikiran apa kata aku manjakan ibu tercinta pulak. Lagipun  aku kesiannnnnn sangat tengok mak aku ni. Macam exhausted sangat lately duk jaga aku sejak aku operate sebulan yang lepas. Pendek kata dari A sampai Z semua atas bahu mak aku. Andai kata ada lagi hurus selepas huruf Z, juga mak aku yang menanggungnya. Superwoman sungguh. 

Aku memang dah lama teringin nak hantar mak aku ni pegi berurut kat spa. Tapi sebelum ni kan duk kat Tganu. Mana aku tau spa mana yang best kat Tganu tu. Nama je orang Tganu aku ni. Tapi bab-bab macam ni, aku lebih arif di Bangi or Shah Alam. Heheh (jangan marah norr orang Tganu). So, alang2 mak aku stay dengan aku buat sementara waktu ni, memang peluang yang cantik. Nak paksa jugak mak aku berurut ka Az Zahrah Spa ni. Aku book appointment tanpa bagi tahu mak aku. Dah nama pun paksa. Tak kira. Pegi jugak!

Mula-mula aku cuba twist offer yang diorang bagi kat aku dengan mak aku. So, dapat la aku jimat duit. Tapi, failed. Offer hanya special tuk besday girl sahaja. Hampehhh...Tak apa lah, demi ibu ku rela. Apa lah sangat ajak pegi berurut dengan pengorbanan mak aku selama ni. Kalau di calculate, tak de percentage pun (paham tak?)


Mak aku ni sama macam aku. Pegi mana-mana pun suka pakai selipar jamban. Even masuk spa. Bahahha.. Btw, staff yang aku suka yang bernama In adalah yang sedang bercakap telefon. Best dengan dia. Staff lain pun best. Cuma taste aku dengan dia. Eh.



Serious mak aku puas hati. Dapat mandi buih ke mandi air panas ke  apa ntah..then massage for whole body. Memang mak aku cakap budak si In ni punya tangan best giler. Tak pernah lagi berurut dengan sesapa sebest tu. Lega dan ringan terasa seluruh badan. Haa...kan aku dah cakap!


Az Zahrah Spa ni kadang-kadang aku buat macam tempat berak aku je. Maksud aku, ada masa aku ke Bangi tiba-tiba aku rasa nak terkencing ke, nak solat ke..selamba je aku tumpang kat Spa ni. even time tu aku tak ada tujuan or tak aim pun datang spa ni. Dah terbiasa sangat. Harap-harap staf dia pun tak de masalah dengan keselamberan aku. 

Oh, btw, sementara menunggu mak aku massage, aku pulak duk melayan adik aku yang sorang ni pegi melantak kat Miyagi. Enjoy the pics ajer lah yer.. Malas dah aku nak mengarang...Bahahhaa..


















Banyaknya pic adik aku. Pic aku? Malas.. Tak de mood!

Sekian!!!



1 comment:

  1. salam...
    facial die utk acne treatment oke x?

    ReplyDelete