Assalamualaikum
Nak update belog ke tak nak? Lagi mau tanya. Dah taip dua tiga patah pun berpikir lagi.
Aku bukan apa. Aku tak larat ni. Tapi keinginan nak update blog mencanak-canak. Keinginan mengatasi keterlaratan.
Ermmm, terbukti aku masih tak larat. Sejak dah datang stay rumah sewa ni, even semua keje mak aku dan adik aku dan abang aku yang tolong buatkan... tapi still, badan aku masih lemah feelingnya. Agak susah condition ni sebabnya sebelum ni aku kan jenis yang suka melompat tak tentu pasal. Cergas tak bertempat. So, bila Allah tarik sket kecergasan baru lah kita ingat betapa kerdilnya kita. Nak suruh kita beringat. Eh, nak suruh aku beringat.
Bab paling sukar bila nak handle lab. Buat keje dalam lab. Macam aku explain before this, nama je keje dalam lab. Hakikat sebenar luar dalam atas bawah turun naik tangga lab. Tapi sejak aku mai sini 2, 3 hari lepas aku tak buat lab sepenuhnya lagi. Just panaskan enjin je. Collect alat radas yang mana tak ada, ambik signature prof sebab nak pinjam barang. Selebihnya duduk dalam postgrade room ngadap laptop je. So far ok lah.. Ada la jugak feeling2 tak larat. Tapi buat bodo je..
Tapi yang buat aku ketar lutut dan tak larat tadi kes aku and family pergi masuk mall jap tadi. Bila dah masuk mall, takdenya nak sekejap. Bukan aku aim nak cari barang2 pun..just memenuhi keinginan abang and adik aku ni. Nak makan la, nak cari baju la. Kesian sangat, aku turuti aje. Aku pun ala-ala bosan jugak. Dah lama tak masuk mall kan. Bila dah masuk mall konpem la berlaku adegan tawaf 360 darjah. Berjalan sekejap je dah rasa badan lemah. Kena banyak duduk. Teringat waktu 'hebat'...if pegi mall, masuk pagi balik malam..steady je. Siap dgn high heels lagi. No prob. Memang la no prob. Tu zaman aku sihat.
Mak aku jap2 tanya, okey ke ni jalan lama2 ni. Cepat je aku jawab. Okeyyy jerrr.. Padahal dah exhausted giler rasa. Mungkin jugak aku dah berehat panjang sangat kan masa kat kampung. So, badan kena adjust balik nak adapt dengan situasi baru. Cehhh..Hahahaha..
Sebenarnya, masa first day sampai sini pun aku dah jejak mall awal-awal lagi dah. Time tu memang dah rasa badan tak berapa nak larat. Bukan saja-saja gatai nak p shopping. Tapi sebab nak cari bahan dapur. Cari apa saja yang patut sebab dah lama dapur kat rumah sewa aku ni tak berasap kan. Bukan aku yang nak masak tau. Mak aku la yang masak. Sekarang ni dah dua hari pegi fakulti berbekalkan lunch yang mak aku masak. Heaven sungguh rasanya. Tak payah susah-susah cari makanan time lunch. Lagi pun aku tak makan sebarangan makanan lagi. Pilih-pilih yang tertentu je. Mana yang aku rasa berkhasiat je aku telan. Yang berminyak-minyak tolak tepi.
So, no wonder la sejak aku jejak faculty ni semua yang terpandang aku tegur aku slim..makin slim. Nak buat macam mana. Terpaksa la. Tak mahu telan sebarangan je. Nanti kan mudarat badan sendiri kendian hari. Tapi aku suka jer orang tegur aku slim ^___^
So, no wonder la sejak aku jejak faculty ni semua yang terpandang aku tegur aku slim..makin slim. Nak buat macam mana. Terpaksa la. Tak mahu telan sebarangan je. Nanti kan mudarat badan sendiri kendian hari. Tapi aku suka jer orang tegur aku slim ^___^
Ni pic muka over expose tak larat + mengada-ngada tahap tenuk. Lepas shopping barang dapur kat AEON terus masuk Kenny rogers. Otak aku setting Kenny rogers adalah makanan berkhasiat. So, kita telan ajer. Ikut apa yang kepala hotak aku set. Bukan ikut apa yang pakar pemakanan tulis dalam buku. Bahahha..Lagipun dah lama aku kempunan nak melantak Kenny Rogers. Kat Terengganu mana ada benda2 macam ni. Dah ada depan mata wajiblah melantak puas2. Sekian!
**Aku mengarang semalam..tapi aku publish ari ni..Now tengah tunggu crucibles kering nak timbang sample. Nak wat moisture je ponnnnnnn... Analysis paling senang dalam sejarah dunia sains pemakanan..Kahkahkaha
**Aku mengarang semalam..tapi aku publish ari ni..Now tengah tunggu crucibles kering nak timbang sample. Nak wat moisture je ponnnnnnn... Analysis paling senang dalam sejarah dunia sains pemakanan..Kahkahkaha
Semoga cepat sihat. Jom singgah kat http://apelagibest.blogspot.com . Kena ambik ESP Shaklee nih untuk pulih badan selepas oepration. Cadangan sahaja babe.
ReplyDelete