Assalamualaikum
Aku tak tau kenapa aku suka bulan November. Adakah kerana aku suka angka satu-satu (11)?. Yer jugak kot. Or Adakah kerana aku dilahirkan bulan 11? Aku rasa tak. Tak de kene mengena. Cuma maybe menambahkan lagi kesukaan aku terhadap bulan 11 ni. Aku rasa aku suka bulan 11 ni sebab bulan ni bulan hujan (yup!! aku suka hujan). Memangla bulan lain pun hujan turun jugak, tp suasana November ni lain macam. Sbb tu people call November rain kot. Hening, redup and syahdu semcam je. Bila syahdu2 ni mula la menggamit memori. Tu yang syok kot. Menggelamun sampai ke bulan bintang. hahaha
Actually, bangun pagi ni tanpa sedar yang hari ni dah masuk 1st november. Walau pun tanpa sedar, tetap 'tersedar' suasana pagi lain macam je. Bukak fesbuk baru realize hari ni dah masuk bulan kesukaan. Patut pun! Ni aku sedap2 menaip ni pada jam 11.09 pagi ayam jantan kat kampung aku ni masih lagi berkokok2 tak henti2 dari pagi tadi. Mungkin jugak ayam tu dah masuk fasa giler or otak dah senget. Tak reti beza waktu pagi dengan waktu hampir tengah hari. Burung2 pun bukan main galak berkicauan. Damai sungguh. Seakan2 meraikan sesuatu. Depa suka bulan 11 jugak kot.. Bagus! Bagus!
Tapi yang aku ni? Suka suka jugak. Tak kan suka November sampai tak nak mandi kot. Duk berbaju tido dari tadi. Mungkin jugak aku pun lebih kurang sama dengan ayam jantan yang berkokok tak henti2 tu. Cakap ayam senget, aku pun tak de la lurus mana.
Cuma satu jer yang aku gerun bila memikirkan November ni. Yup! November menandakan tahun dah nak habis. Takutttt. Banyak keje tak siap.
Sekian!
No comments:
Post a Comment